Salam sejahtera,
Selamat datang ke alam kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang mencabar dan menarik. Entri ini adalah entri yang pertama dalam blog kerjaya PTD ini. Blog ini ditujukan khas buat anda yang berminat untuk mengetahui kerjaya ini dengan lebih mendalam dengan informasi yang anda perlukan dan dibenarkan di sisi undang-undang. Antara paparan yang akan disampaikan di dalam blog ini ialah seperti maklumat jawatan, gaji, kemudahan, jadual peperiksaan, tugas-tugas dan makluman terkini. Jadi bagi anda di sana, selamat membaca.
Salehuddin Md. Dahlan