Gaji PTD

Standard

Salam sejahtera,

Post kali ini ialah berkenaan gaji permulaan PTD Gred M41. Gaji permulaan PTD Gred M41 adalah seperti berikut:

Gaji pokok: RM1993.63 (minimum)/RM 5295.68 (maksimum)

Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM300.00

Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM250.00

Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM100.00 (minimum)/RM300.00 (maksimum)

Jumlah besar sebulan: RM2643.63 (minimum) / RM6145.88 (maksimum)

Selain gaji, PTD juga akan menikmati kemudahan lain seperti kakitangan awam lain termasuklah:

1. Pinjaman perumahan

2. Pinjaman komputer

3. Pinjaman kenderaan

4. Kemudahan rawatan perubatan

5. Lebih 30 jenis cuti

6. Biasiswa pelajaran

dan banyak lagi kemudahan. Sekian sahaja buat kali ini. Jumpa lagi.

About these ads

144 thoughts on “Gaji PTD

  1. mks134

    salam en. Salehuddin.

    saya amat berminat untuk menjadi PTD dan baru-baru ini saya telah lulus exam khas PTD yang diadakan pada 16.2.2008

    Saya ingin meminta tips-tips daripada en. Salehuddin iaitu bagaimana untuk menghadapi PAC dan sekiranya lulus PAC bagaimana pula cara untuk ‘tackle’ panel penemuduga dalam temuduga yang akan datang. Jika tidak keberatan, boleh tak en. Salehuddin terangkan kepada saya serba sedikit tentang suasana di PAC dan soalan yang bakal keluar apabila saya menghadiri PAC dan interview? saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada en. Salehuddin di atas kesudian membalas soalan saya.

  2. salehuddin

    Wslm,

    Tahniah kerana berjaya lulus peperiksaan khas memasuki PTD baru-baru ini. Utk tip-tip, saya telah tulis satu entry tentangnya. Utk memikat hati panel temuduga pula, saya syorkan saudara tunjukkan kebolehan saudara dengan sebaik mungkin. Suasana PAC nanti pasti meriah sebab semua calon hendak menunjukkan kebolehan masing-masing. Mengenai soalan yang akan keluar, anggaplah ia rahsia. Jika tidak, tiadalah elemen ‘surprise’ nanti. Selamat berjaya!

  3. salehuddin

    Buat Yunsan,

    Memang lebih dari 30 jenis cuti. Contohnya cuti tahunan 30 hari, cuti sakit kerajaan, cuti sakit swasta, cuti haji, cuti bersalin dan sebagainya. Boleh semak di Bab Cuti, Perintah-Perintah Am.

  4. Nor Aziah Jumaini

    Apakah yang dimaksudkan dengan PAC? Benarkah ada ujian Fizikal utk bakal PTD?

  5. salehuddin

    Buat Nor Aziah,

    PAC adalah singkatan perkataan bagi PTD Assessment Centre. Terdapat pelbagai ujian akan diadakan semasa PAC termasuklah ujian fizikal.

  6. Rabiatul Basria

    salam en salahuddin,

    Saya nak tanya, selepas dapat jd PTD.Boleh kah sambung belajar?

    Macam keadaan saya, skrg ni dlm perancanggan nak sambung master dlm medical research.

    Pada masa yang sama, setelah dpt call letter utk ujian bertulis PTD,and setelah search maklumat ttg PTD. Sye rasa berminat untuk jadi PTD, tp saya sayang nak drop project saya ini(skrg ni saya ada join research project).

  7. jj

    minta pandangan. jadi manager kat glc company, ptd or running own business. mana satu lagi ok

  8. ala

    Salam.

    Februari lalu saya telah mengikuti peperiksaan PTD M41. Saya berjaya lulus dlm exam tersebut. Tetapi saya tidak dihubungi oleh pihak yg b’tanggungjawab mengenai panggilan ke PAC sama ada melalui surat mahupun telefon. Apabila memeriksa di laman web SPA, nama saya tidak ada dalam urusan PAC. Adakah berlaku ralat di sini ataupun memang pernah berlaku calon PTD yang lulus exam tidak dipanggil untuk ke peringkat seterusnya?

    Terima Kasih.

  9. salehuddin

    Wassalam,

    Saya cadangkan saudara menelefon pegawai yang bertugas di SPA mengenai isu saudara.

  10. salam sejahtera,
    saya bernama vigniswaren a/l maniam,saya nak tanya mengenai peperiksaan PTD, saya menerima surat panggilan untuk peperiksaan. bagaimana dengan soalan peperiksaan?bolehkan mendapat tips-tips mengenai soalan?

  11. salehuddin

    Salam sejahtera,
    Tip-tip untuk menduduki peperiksaan tersebut boleh saudara dapatkan melalui entri-entri sebelum ini.

  12. maya

    Im interested with PTD but wanna ask U, saya berkerja d sebuah bank dan pengalaman almost 3 years, if i join PTD, my salary will be based on scale gaji di atas? or ada scale gaji yg lain lagi?

  13. salehuddin

    Skala gaji adalah sama. Cuma jika ada pengalaman berkaitan, boleh mohon penyelarasan gaji.

  14. nurhanum

    Aswt
    Saya ingin bertanya,
    saya sudah mempunyai pengalaman kerja selama hampir 10 tahun dan gaji ketika ini melebihi skali gaji gred M41.

    Adakah kemungkinan saya akan ditawarkan skala gaji pada tahap yng maksimum?

    Saya harap dapat penjelasan. Terima kasih

  15. bes ke ptd?

    saya dapat jadi ptd.setat bulan 11 2009. saya nak tau pasal increment gaji untuk lantikan baru ada x?maksud saya ptd baru ni kontrak 2 tahun, dalam masa 2 tahun ni ada incremant gaji x? sorry my bahasa is damn poor.

  16. adila

    saya ditawarkan ptd kontrak last year..so skang dah almost 1 year berkhidmat as a ptd kontrak..so saya nak tanya,adakah saya ada peluang untuk renew kontrak?or abis je 2 tahun saye terpakse cari kerja lain coz saye failed exam ptd baru2 ni..

    tq

  17. salam,
    sy hanyalah lulusan diploma dan mempunyai pengalaman bekerja 8 tahun. kini sy bkecimpung dlm industry Oil & Gas. sy bminat utk berkareer sbg PTD. boleh tuan beri pandangan n nasihat, bagaimana utk mencapai ke arah tersebut?

  18. Rina J.

    Assalamualaikum En. Salehuddin,

    Sya salah seorang kakitangan kerajaan, dan saya amat berminat untu memohon jawatan PTD. Malangnya, saya hanya mempunyai sijil Ijazah Sarjana Muda dan tidak mempunyai sijil Diploma mahupun STPM. Seperti yang diketehui, untuk mengisi borang SPA on-line kener ader salah satu sijil tersebut….

    Harap En. dpt memberi nasihat pd sya…

  19. salehuddin

    Wassalam,
    Saudari sudah layak memohon kerana syarat yang diperlukan adalah memiliki ijazah. Boleh terus isi borang SPA on line.

  20. Mr Burn

    Slm Tuan, berapa jarak masa antara PAC dan interview? PAC 11/12/2009 lepas.. Thanks tuan

  21. pendekar sakti

    gaji PTD awal2 tak best tapi dah tinggi nnti makan elaun meeting pun tak habis…baru elaun meeting..dah JUSA tak payah nak crita la..elaun keraian elaun rumah elaun driver..bil air bil api internet astro orang gaji driver kereta rasmi kediaman rasmi smua free .best nye..gaji tak sentuh..elaun aje pakai..crita benar nih bukan omongan..belum aku start cerita pasal TURUS lagi…tak ramai orang tau pasal TURUS pasal jumlah dia boleh kira dgn jari kat malaysia

  22. saiful

    saya sekarang guru gstt, 2 hari lepas dapat surat tawaran untuk ptd,sebelum ni pernah interrview tetapi gagal, yang kali ini saya dapat mungkin sebab saya pemegang biasiswa jpa, saya masih belum buat keputusan samada terima atau tidak, saya sudah berminat dengan bidang pendidikan, mungkin permasalahanya gstt tiada peluang untuk diserap. sebagai seorang perempuan, saya takut saya tak boleh nak sesuaikan diri dengan kerjaya ptd,lagipun saya tidak pandai berbahasa ingggeris.so ada apa-apa nasihat untuk saya?

  23. salehuddin

    Salam,
    Mengenai isu puan,setiap keputusan yang bakal diambil mempunyai pro dan kontra. Apa yang ada di depan puan adalah pilihan-pilihan arah tuju hidup puan. Saya cadangkan puan fikir, tanya isi hati & bincang dengan keluarga terdekat terlebih dahulu.Selain itu jika ada kelemahan ke arah mana-mana pilihan boleh diatasi dengan usaha & masa.

  24. suza

    salam..saya sekarang bkerja di bidang oil n gas dan ad ijazah kejuteraan..
    baru2 ni sy dipggil utk pgambilan PTD utk thn ini tp kontrak 2thn..
    kini sy sdg keliru mane yg bagus tuk dipilih..

    harap tuan bole kongsi pdgan tuan..
    adakah PTD ini mempunyai masa depan yg cerah??

  25. salehuddin

    Wassalam,
    Kedua-dua bidang pun bagus. Cuma bergantung kepada sudut mana yang saudara/i ingin lihat. Masa depan PTD adalah cerah.

  26. gonzales

    PTD ni kene kerja kt putrajaya je ke?then, kalo dapat dia attach kt mane2 department je ke?x leh pilih?mcm engineering dept ke..terasa rugi because i got degree engineering and now pursue a master in engineering.hu hu..ask your opinion how..

  27. salehuddin

    Tidak. Peluang bertugas bagi PTD terdapat di pelbagai kementerian, jabatan, negeri, persekutuan dan luar negeri.

  28. hamiza ms

    salam en salehudin,
    saya ada beberapa soalan ttg jawatan PTD. sblm tu terima kasih byk utk info on tangga gaji ptd posted earlier.

    1)adakah ptd ditawarkan kuarters? atau ianya bergantung pd lokasi?

    2)saya difahamkan skrg kontrak utk ptd pengambilan baru adalah selama 3 thn.adakah info ini benar? jika masih dlm tempoh kontrak, penyandang ptd ini akan berasa di tangga gaji yg sama selama 3thn dan tdk boleh mengambil exam utk kenaikan pangkat/gred?

    saya amat berharap en salehudin dpt luangkan masa utk menjawab kemusykilan saya. ribuan terima kasih saya ucapkan.

  29. salehuddin

    Wassalam,
    1. Kuarters perlu dimohon dan bergantung kepada kekosongan.
    2. Sepengetahuan penulis tempoh kontrak dan kenaikan gaji tahunan ada dimaklumkan di dalam surat tawaran kontrak.Mengenai peperiksaan kenaikan pangkat,biasanya bagi kakitangan kontrak tidak wujud.

  30. Salam En Salehudin

    Saya nak tanya mengenai PTD lantikan kontrak ini benarkah lantikan kontrak ini tangga gaji akan bermula dengan P1T1 apabila mendapat jawatan tetap kelak.. Sebab semasa tempoh 2 tahun akan berlaku kenaikan gaji dan selepas ke jawatan tetap akan kembali ke tangga awal semula.

    Kedua saya nak tanya mengapa pngambilan PTD baru2 ini hanya ditawarkan kontrak sahaja… saya merasa agak hairan mengapa tiada yang ditawarkan jawatan tetap.

    Harap En Salehudin dapat meluangkan masa menjawab pertanyaan saya ini.

  31. salehuddin

    Wassalam,
    1. Untuk jawapan lebih sahih, saya cadangkan agar saudara berhubung dengan SPA.
    2. Pada hemat penulis, kemungkinan ia dibuat untuk memastikan kualiti skim perkhidmatan PTD.

  32. anum

    Assalammualaikum,

    Saya telah lulus interview PTD pada 10.02.2010 yang lalu. Saya berjawatan tetap di agensi kerajaan, Gred 27. Soalan saya;

    1) Adakah status tetap saya diambil kira bagi pengambilan PTD?
    2) Jika status tetap saya diambil kira; apakah gred yang ditawarkan, 41 atau 44 (kenaikan pangkat)?

    Sekian, terima kasih.

  33. DO

    salam en.Salehuddin,

    Baru2 ni sy mendpt tawaran menduduki peperiksaan utk PTD pd april ni, bagaimana utk sy tackle dan boley jwb suma soalan ngan yakin dan tepat.Ingin mendpt tips2 dr encik.Terima kasih.

  34. aqja

    Salam En… Saya nk tanya, berkenaan dgn kursus selama 6 bulan bila dah jadi ptd nanti… macam mana bg yg sudah bersuami dan berkeluarga, ada kelonggaran tak untuk balik rumah bila ujung minggu yg tak ada aktiviti?

  35. Slm

    En Salehuddin,sy sekarang masih dlm pengajian d UIA,jurusan Undang2. Soalan saya,adakah PTD ini terbuka kepada semua,asalkan ad ijazah? Terima Kasih ats maklumbalas.

  36. hazwani

    salam tuan..PAC tu hnya utk jwatan ptd sj ke? utk jwatan2 lain sperti penguasa kna pergi PAC jgk tak?

  37. salehuddin

    Wassalam,
    Setakat ada beberapa jawatan sahaja yang mempunyai AC. Jawatan-jawatan lain perlu mendapatkan maklumat rasmi dari SPA.

  38. Syamim

    Salam. saya nak tau cane saya boleh daftar untuk amek periksa ptd ni?
    saya berminat nak jadi ptd diplomat :)

    saya tak tau apa apa dan harap encik boleh beri tunjuk ajar melalui emel jika tak keberatan,

    terima kasih

  39. SYED MOHD FAHITAR BIN SYED AHMAD

    Salam….tuan..

    Saya berjawatan tetap di jabatan kerajaan, bergaji melebihi RM 3K dan telah bekerja hampir 16 tahun. Soalan saya;

    1) Adakah status tetap saya diambil kira bagi pengambilan PTD?
    2) Jika status tetap saya diambil kira; apakah gred yang ditawarkan, 41 atau yang terdekat atau 44 (kenaikan pangkat)?

    Terima kasih.

  40. salehuddin

    Wassalam,
    1. Status perkhidmatan saudara tidak terputus sekiranya dilantik menjadi PTD.
    2. Biasanya gred lantikan ialah M41 namun gaji permulaan bergantung kepada kelulusan tertinggi saudara semasa memohon.

  41. NURUL AIN

    Salam Tuan.
    Saya baru shj selesai melalui PAC dgn jayanya. Saya dh beri yang terbaik dan saya bersyukur berjaya sampai ke tahap ini. Saya ingin tahu, biasanya berapa lama jarak selepas selesai PAC dengan panggilan utk interview. I really look into it. harap Tuan berkesempatan utk reply saya. Terima kasih.

  42. siti mas

    salam…tuan,saya telah menghadiri peperiksaan khas untuk memasuki gred 41 pada april 2010..minggu lepas, saya dipanggil untuk menghadiri PAC pada 10 julai 2010…i really did my best..saya nak tahu mcmana untuk saya mengetahui sama ada saya lulus atau tidak PAC?sekiranya lulus, adakah saya akan dipanggil untuk ujian seterusnya..harap tuan dapat meluangkan masa untuk menjawab persoalan ini..terima kasih

  43. Khairul

    Salam En Sallehudin…

    Saya lulusan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan & Pentadbiran Tanah…adakah perlu saya memohon melalui SPA utk jawatan PTD jika saya ingin berkhidmat sbg PTD di Pejabat Tanah atau memohon terus ke SUK Negeri???

    Tq

  44. Abdul

    Salam En Salehuddin,

    Beberapa hari lepas saya ada terbaca catatan Presiden PTD association di ruangan The Star online bertajuk: ‘A new breed of civil servants’, yang menerangkan halatuju PTD pada masa hadapan yang memerlukan pegawai yang berkamhiran dynamik dan universal berikutan permintaan Model Ekonomi Baru oleh kerajaan.

    Sehubungan dengan artikel terbabit, dan situasi saya yang akan menamatkan pengajian tidak lama lagi, saya ada beberapa soalan yang ingin ditanya berhubung jawatan PTD:
    a) Apakah tangga permulaan gaji PTD bagi calon berkelulusan Phd tanpa pengalaman bekerja?
    b) Adakah calon berkelulusan Phd (fresh grad) diperlukan dalam rangka skop misi pembangunan PTD? atau lagi baik calon Phd mencari kerjaya dalam bidang akademik?

    Maklum balas dari pihak En Salehuddin amat dihargai
    Sekian, Terima kasih
    Abdul

  45. salehuddin

    Wassalam,
    Berikut adalah maklum balas soalan saudara:
    1. Tangga permulaan gaji PTD bagi calon berkelulusan PhD tidak diambil kira pengalaman bekerja.
    2. Terpulang kepada minat masing-masing.

  46. norhidayu

    salam..
    saya bakal menamatkan pengajian tahun hadapan.jika permohonan dibuat sebelum saya konvokesyen boleh tak?
    TQVM

  47. llyasmahwati

    keputusan intervw ptd akan keluar bulan november ni, mudah2an ada rezeki saya dalam kerjaya PTD ni. InsysaAllah….

  48. llyasmahwati

    lagi satu, saya da beli da buku yang en. tulis sebelum saya grad lagi…huhu semangat nak jd PTD

  49. amran

    mcm mana saya boleh hubungi en.salehudin selain e.mail dan halam blog ni? bole berikan no tel untuk hantaran sms tak?

  50. Amir Fadli MH

    Salam En. Salehuddin,

    Alhamdulillah saya telah berjaya dalam temuduga ptd September 2010 yang lalu.
    Soalan saya,

    1) Pada kebiasaannya, selepas mendapat tahu keputusan melalui portal SPA, berapa lamakah masa yang diambil untuk menerima surat rasmi drpd pihak SPA?
    2) Bilakah akan dipanggil utk kursus PTD Unggul?

    Ini kerana saya bercadang utk ke luar negara semasa cuti sekolah (Disember 2010) dan khuatir akan bertindih dengan kursus tersebut.

    Sekian, terima kasih.

  51. khairil asraf bin abu bakar

    Salam En. Salehuddin,
    Saya pelajar tahun akhir jurusan arkitek landskap dan merupakan pelajar tajaan JPA. Saya sangat berminat dengan kerja sebagai PTD. Soalan saya, adakah kerajaan akan memilih calon-calon JPA dahulu atau ia dipilih dengan secara terbuka.

  52. Selamat Sejahtera En. Salehuddin,

    Saya telah lulus peperiksaan PTD pada Nov 2010. Sekiranya saya tidak dapat menghadiri training di Assesment Centre, adakah saya berpeluang untuk memohon semula lain kali atas sebab peribadi?

    Terima kasih.

    Roseyani

  53. Goh

    Selamat Sejahtera En. Salehuddin,

    Baru-baru ini saya sangat berminat utk menjadi PTD, tetapi saya mempunyai beberape soalan seperti dibawah:

    1) Saya sedang buat master di Germany dan akan tamat pada tahun 2012, bagaimana untuk memohon jawatan PTD? Perlukah saya balik ke Malaysia untuk mengambil jenis- jenis peperiksaan seperti yang dimaklumkan? Adakah peluang untuk saya mengambil peperiksaan tersebut di Germany?

    2) Jikalau saya berjaya dilantik sbg PTD, adekah kemungkinan untuk bertugas di Germany? Berape lama agaknya boleh saya bertugas di luar negara? Atau saya tidak mempunyai pilihan utk bertugas di luar negara dan segala tugasan adalah siap diatur oleh pihak atasan?

    Sekian terima kasih.

  54. Claire

    Selamat Sejahtera En. Salehuddin,

    Saya amat berminat untuk menjadi PTD. Saya pernah lulus exam PTD pada tahun 2008 tetapi tidak berkesempatan menghadiri PAC di INTAN kerana lambat mendapat surat pgglan. Sejak itu, saya tidak pernah lagi lulus exam PTD.
    Soalan saya, calon yg berjaya ditawarkan PTD dikehendaki mengikuti kursus di INTAN mengambil Diploma Pengurusan Awam..dalam tempoh setahun tersebut adakah diberi gaji (ikut gaji M41) atau hanya diberi elaun shj..jika elaun shj berapakah amount elaun tersbt?

  55. salehuddin

    Salam sejahtera,
    Ketika ini akan diberi gaji dan elaun penuh sepanjang kursus DPA.

  56. salehuddin

    Salam sejahtera,
    1. Mohon secara online dengan mengisi borang SPA8 di laman sesawang http://www.spa.gov.my.Setakat ini calon perlu hadir peperiksaan yang diadakan di Malaysia. Belum ada lagi peperiksaan secara online.
    2. Kemungkinan bertugas di Jerman bergantung kepada keperluan dan keadaan perkhidmatan. Tempoh berkhidmat di luar negara bergantung kepada dasar semasa kerajaan.

  57. nyonyafern

    Salam En Salehuddin,

    Ni agak sensitif ; harap dimaafkan – ada tak sekatan pada bangsa yang diambil untuk mengisi jawatan PTD ni?

    Saya kini bekerja sambilan di Jabatan Kerajaan, entah akan diserap lepas habis kontrak tak. Diploma saya dari Stamford College, khabarnya tak diiktiraf oleh kerajaan. So, terpaksa aku ambil Pembelajaran Jarak Jauh untuk menaiktarafkan diri kalau nak mencuba nasib jadi PTD. Degree / Ijazah Sarjana Muda dari Open U (OUM) atau USM RPJJ diterima kan?

    Maaf, kerana banyak bertanya tapi harap boleh dapat jawapan, terutamanya soalan yang pertama. Sekian, terima kasih.

  58. salehuddin

    Tidak boleh kerana jawatan PTD memerlukan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda.

  59. salehuddin

    Salam sejahtera,
    1. Sekatan bangsa mengikut skim perkhidmatan tiada.
    2. Pengiktirafan sama ada sesuatu ijazah daripada mana-mana institusi pengajian boleh disemak dengan http://www.jpa.gov.my.

  60. siti

    As-salam,
    Saya tlh berkhidmat lbh krg 3 thn dlm skim M nie…
    sblm join service sy dah start join program part time master di sebuah ipta..so after dpt offer sy just proceed study since class during weekend and completed master last year..
    keraguan saya ialah.. apakah saya layak memohon utk pelarasan gaji? jika ya, bagaimana caranya?

    Terima kasih kerana sudi melayan persoalan saya..:)

  61. Claire

    Salam 1 Malaysia,

    Soalan saya, jika seorang guru yang telah sah jawatan, telah berkhidmat selama 3 thn (gred DG44) dgn KPM diterima menjadi PTD, adakah:

    1) Status tetap di jawatan terdahulu diambil kira. Maksud saya perlukah beliau membuat pengesahan jawatan untuk jawatan baru (PTD) sedangkan beliau sudah berstatus tetap.

    2) Saya difahamkan melalui komen encik yang terdahulu bahawa Gred 44 di jawatan lama tidak akan diambil kira. Tetapi adakah gaji lama beliau (Gred 44) akan diambil kira dalam penetapan gaji awal PTD M41?

  62. salehuddin

    Salam sejahtera,
    1. Biasanya jawatan guru tidak dibenarkan bertukar menjadi PTD. Ini kerana ia memerlukan kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Justeru tidak timbul isu pengesahan status jawatan terdahulu.

    2. Biasanya gaji gred terdahulu akan diambil kira melalui kaedah pelarasan gaji.

  63. salehuddin

    Maaf, saudari tidak layak untuk membuat pelarasan gaji. Ini kerana hanya calon yang sudah memiliki ijazah Masters semasa mengisi borang permohonan SPA8 sahaja yang layak mendapatkannya.

  64. siti

    Baru- baru ini saya telah menghadirkan diri ke sesi PAC 12 Mac di INTENGAH kl.Namun entah mengapa semangat untuk bergelar PTD merupakan minat impian harapan dan cita-cita saya sebelum ini bertukar musnah semuanya setelah selesai sesi PAC.apabila hadir di sesi PAC baru saya tahu langit 2 tinggi ke rendah.Bukan sesuatu yang mudah dan bukan sesuatu yang pelik.Saya merasa teramat2 rendah diri akan kelemahan bahasa inggeris saya.Tatkala rakan-rakan sesama kumpulan berbincang isu in english saya merasa tidak berupaya untuk mencelah.Saya akui saya tidak fasih berbahasa inggeris n sebelum nak bercakap saya kena fikir banyak kali.Ya tuhan time 2 saya hanya mampu berdoa gar Tuhan permudahkan segalanya.Namun saya sempat untuk mencelah sekali dua sahaja.Alangkan rendahnya saya di hadapan rakan-rakan mahupun penilai.Rasa nak menangis pun ada.Adakah sememangnya saya tidak layak dan tiada harapan lagi.Saya mohon agar pihak tuan dapat membantu saya sedikit sebanyak dlm hal ini. Sedangkan macam2 persiapan saya lakukan sebelum tibanya PAC.Saya selalu mengulangkaji isu semasa.Berhabis duit print maklumat dlm english mahupun Bm,dan sanggup stay up untuk mengulankaji, menonton berita, membaca syuratkhabar n sebagainya..Ini nampaknya tidak cukup untuk saya melayakkan diri bergelar PTD..Adakah saya gagal..apabila gagal berbahasa inggeris dengan lancar dan baik saya sudah gagal..Tolonglah beri penjelasan..saya benar2 harap ada sinar buat saya..

  65. asheeq

    saya menjawab bagi pihak Tn. Salehuddin ya, untuk Siti.

    Mungkin dah tahu keputusan? Lulus barangkali, alhamdulillah. jika tidak, siti mohonlah lagi. nampaknya Siti pun dah maklum dan tahu di mana kelemahan Siti. Membaca saja tak mencukupi, malah saya yakin Siti pun tidak ada masalah dalam ‘reading’ kan? Banyakkan perbualan, supaya lebih lancar. Berbeza dengan saya, saya ak ada masalah untuk perform in public. Tapi untuk one to one session, saya selalu ‘tersangkut’.

    Jadi, jangan putus asa.

  66. cc

    Salam Tn. Salehuddin,

    Awal tahun ini saya telah lulus exam, dipanggil untuk PAC dan interview. Masa isi borang, saya isi memilik ijazah master. Semasa PAC hari tu, pegawai bertugas cuma ambil skrol ijazah sarjana muda sebab masa itu belum dpt skrol master(convo belum sampai, Okt 2011 nanti). Untuk situasi ini, adakah saya layak untuk memegang gaji P1T2 (Master) jika berjaya diserap sbg PTD?

    Terima kasih.

  67. vat69

    Tuan,

    Bagaimana pula mereka yang telah berjawatan tetap N41 dengan tempoh perkhidmatan selama empat tahun? Adakah tangga gaji mereka bermula dengan P1T1 sekiranya bertukar skim kepada M41?

  68. salehuddin

    Setakat ini begitulah. Namun boleh mohon penyelarasan gaji permulaan dengan SPA.

  69. Katrina

    Tuan,

    1) saya ada pengalaman kerja selama 3 tahun dan gaji sekarang lebih daripada gaji tahap masuk M41 – boleh saya memohon penyelarasan gaji?

    2) saya akan memulakan Master of Business Administration (MBA) di UM pada Sept ini, dan saya difahamkan pegawai kerajaan boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran dan ditanggung oleh kerajaan. Sekiranya saya ditawarkan jawatan ini, bolehkah saya memohon masa itu walaupun saya sudah mula MBA ?

  70. vat69

    Tuan,

    Bilakah masanya surat permohonan gaji pelarasan perlu dikemukakan kepada SPA? Adakah sewaktu pertama kali melaporkan diri? Kepada siapa pula surat tersebut perlu dimajukan?

    Thanx in advance

  71. salehuddin

    Dalam tempoh 1 hingga 3 tahun iaitu semasa tempoh percubaan. Hantar ke Bahagian Perkhidmatan, SPA.

  72. isabela

    salam…

    kebiasaannya 1)
    1)bilakah sy akn memperolehi surat tawaran memandangkan result bagi temuduga dikeluarkan pada 16/72011..
    2) brapa lama masa yang diberikan sebelum melapor diri?ini penting memandangkan sye kene memberikan notis 3 bulan kepada syarikat yg sye berkhidmat sekrg..

  73. azlan

    Assalamualaikum tuan,
    Saya ingin bertanya, saya merupakan seorang pegawai yang berkhidmat dalam ATM dan ingin berkhidmat sebagai PTD, masalah saya di sini adalah bagaimana saya boleh menukar perkhidmatan saya dan menyertai PTD. Saya pernah mendapat maklumat bahwa PTD amat mengalu-alukan bekas tentera, bekas jurutera dan bekas guru(maklumat ini saya dapat pada tahun 2008 ketika saya dalam latihan tentera di media.)
    oleh kerana itu saya ingin mendapatkan jawapan dan pendapat dari pihak tuan.
    sekian terima kasih.

  74. Riz

    Salam Tuan,
    Baru-baru ini saya telah menerima surat tawaran dari JPA untuk jawatan PTD M41. Berasa sangat gembira kerana akhirnya mendapat penggilan ini. Walau bagaimanapun, sebelum ini saya masih tidak terdedah kepada kerjaya PTD jadi saya telah mula bekerja selepas tamat pengajian. Saya sudah berkerja selama 5 tahun dan gaji dalam lingkungan RM4500-RM5000 sebulan. Gaji yang ditawarkan untuk PTD M41 adalah P1T1 baru-baru ini.

    Jadi, saya ingin mendapat balasan jawapan daripada Tuan untuk beberapa soalan atas situasi saya sekarang ini.

    1. Bolehkah saya mengemukan permohonan kepada SPA supaya mempertimbangkan kenaikan gaji M41 yang ditawarkan kepada saya berdasarkan pengalaman saya?

    2. Jikalau boleh, bila saya boleh membuat permohonan tersebut? Adakah selepas terima tawaran dan bekerja sebagai PTD atau macam mana?

    Harap mendapat balasan daripada Tuan secepat yang mungkin. Terima kasih atas perhatian daripada Tuan.

    Terima kasih!

  75. Ling

    Salam sejahtera..

    Saye telah berjaye mendapat surat tawaran daripada JPA untuk melaporkan diri ke PTD. Tapi saye masih tidak tahu lagi saye diaturkan bertugas di negeri mana? Saye inginkan bertugas di hometown sendiri, mustahil tak?

  76. salehuddin

    1. Boleh cuba mohon penyelarasan gaji permulaan. Namun tiada jaminan akan berjaya.
    2. Permohonan boleh dibuat selepas menerima tawaran dan bekerja sebagai PTD.

  77. ginny

    salam sejahtera, untuk jawatan ptd kontrak ni, adakah masih perlu melalui temuduga dan peperiksaan seperti ptd spa? jawatan ptd kontrak, adakah pelajar tajaan jpa perlu memohon sendiri atau pihak jpa yang akan membuat pemilihan?
    Terima kasih.

  78. salehuddin

    Salam sejahtera. Biasanya untuk jawatan kontrak, ia tidak melalui kaedah peperiksaan dan sebagainya. Ia adalah tertakluk kepada pemilihan JPA berdasarkan syarat-syarat yang tertentu.

  79. Nanna

    Assalamualaikum Tuan ,
    Saya teringin menjadi PTD tapi sayaa tak tahu dari mana harus mula . Ada universiti tempatan yang tawarkan kursus diplomatik ni tak ? TQ

  80. Jasmine

    salam tuan,

    saya ada sedikit kemusykilan mengenai PTD. sekarang saya sedang berkhidmat dengan organisasi yang berstatus badan berkanun di selangor. sekiranya saya menduduki untuk peperiksaan PTD dan lulus, saya tahu saya perlu menjalani PAC dimana say akan diperlukan untuk menjalani latihan fizikal

    Persoalan saya ialah: perlukah saya mengambil cuti dengan organisasi saya untuk menduduki PAC ?

  81. salehuddin

    Wassalam, saudara/i boleh bermula dengan mendapatkan ijazah sarjana muda dari universiti yang diiktiraf. Setakat ini belum diketahui sama ada wujud kursus diplomatik di universiti tempatan.

  82. salehuddin

    Wassalam,
    Sekiranya PAC tersebut jatuh pada hari kerja, maka perlulah saudari mengambil cuti.

  83. salehuddin

    Wassalam,
    Ya, saudari perlu mengambil cuti sekiranya PAC berlangsung semasa hari bekerja.

  84. suhana

    WASSALAM…
    dalam tempoh DPA ( 6 bulan ) ada kelonggaran tak bagi calon? boleh tak saudara terangkan seba sedikit info DPA..terutama bagi calon yang dah berkeluarga dan ada anak…dan macam mana penempatan ditentukan?,..sebab lokasi pada ic saya memang orang utara… tetapi kami menetap di KL n maklumat pd borang SPA pun pilihan kami kawsn KL…cz hari tu sy telah menghadiri PAC di Utara alasan yang diberikan SPA , intan bukit kiara sudah penuh…jika ada rezeki DPA sy takut di luar kwsan KL…

  85. salam…saya lulusan diploma tetapi dalam bidang kejuruteraan..saya berminat untuk memohon jawatan ptd tetapi saya tahu sekurang kurangnya mesti ada ijazah..saya ingin sambung belajar tetapi melalui pjj..adakah terdapat kekosongan untuk jawatan penolong pegawai dan masa yang sama saya memohon untuk bantuan biasiswa bagi menyambung pelajaran?tq

  86. SHAHRUL AMRI BIN SALLEH

    Salam, bagaimana saya hendak memohon jawatan ptd? Dimanakah biasanya iklan pengambilan disiarkan? Adakah iklan pengambilan 2012 telah disiarkan?

  87. Faruq

    Salam.
    Saya sekarang bekerja di Politeknik dgn gred DH44.
    Saya mempunyai Master of Educational Psychology dr UUM. Bachelor in TESL
    Saya berminat utk menyertai PTD manakala servis skrg sudah 5 tahun.
    Di bawah skim SBPA boleh mohon pelepasan tanpa perlu izin Ketua Jabatan.

    Soalan.
    1.Layakkah saya memohon.
    2.Adakah peluang saya cerah.
    3.Bagaimana kaedah pelarasan gaji.Adakah boleh SPA menetapkan gaji permulaan M41 sama dgn gaji akhir saya sekarang (terkini memangku DH44).
    4.Bolehkah saya memohon penempatan di daerah.
    5.Adakah dlm keadaan sebegini, idea memohon PTD baik untuk masa depan kerjaya saya.Namun saya agak minat PTD sbb skop kerja yg pelbagai.
    Tq.

  88. JULIA JUNAK

    syarat atau kelayakan utk menjawat jawatan PTD… sangat2 berminat dengan kerja ini…

  89. salam, saya azila baru tamat di ipta Nilai. saya berminat untuk memohon jawatan PTD tapi bulan 10 baru saya graduasi..boleh ke?

  90. salehuddin

    Wassalam, sepengetahuan penulis, pemohon perlu tamat pengajian dan memiliki skrol.

  91. salehuddin

    Wassalam, bagi kekosongan jawatan perlu semak dengan SPA. Manakala bagi bantuan biasiswa boleh mohon kepada pihak yang menawarkannya.

  92. salehuddin

    Salam,
    1.Kelonggaran boleh dimohon kepada JPA atas alasan-alasan yang munasabah.
    2.Lokasi penempatan utama adalah di Bukit Kiara. Manakala bagi aktiviti-aktiviti lain bergantung kepada lokasi tempat latihan dan pecahan kumpulan nanti.

  93. mrues

    Hai..saya bakal akan menduduki ujian untuk PTD..ada sesiapa2 yang boleh memberikan tips ujian?

  94. Dino Corleone

    Salam, kebiasaannya berapakah tempoh masa untuk calon dipanggil bagi melaporkan diri setelah keputusan temuduga diketahui? Berapa lamakah masa yang diambil bagi menyiapkan surat lantikan PTD?

  95. Faizal Aziz

    kancantirana

    Salam

    saya pernah mendapat tawaran memasuki perkhidmatan PTD dlm thn 2010. Namun atas sebab tertentu saya telah menolak. Persoalannya bolehkah saya mencuba sekali lagi atau nama saya telah kena “blacklist”.

  96. Sofeeya

    salam Tuan,

    saya baru sahaja lulus ujian PTD. agak-agaknya bila jadual untuk ke PAC keluar memandangkan kita hampir ke bulan puasa dalam pertengahan julai ini.

  97. Rania

    Salam En. Salahuddin.
    Saya nak tanya kalau saya sekarang sedang menjawat jawatan F32 dan baru selesai menamatkan ijazah muda pengurusan pentadbiran sekiranya saya mohon jawatan PTD M41, adakah gaji akhir F32 saya diambil kira atau gaji M41 saya akan bermula kepada gaji pokok M41?

  98. nurhafizah zahiridin

    salam, saya masih belajar dan saya bercita-cita untuk menjadi seorang ptd, apa step dan course ape yg sye ambil di universiti..

  99. Salam Tuan,

    Izinkan saya bertnaya tuan, sekiranya ditawarkan sebagai Kadet ptd dan menjalani kursus di INTAN (latest info: 1tahun, bukan 6 bulan) , adakah kami diberi Elaun?

    Bolehkah saya tahu berapakah elaun bulanan yang akan diberi semasa training yang selama 1 tahun itu?

  100. salehuddin

    Wassalam,
    Maklumat mengenai elaun yang terbaru akan kami maklumkan kemudian. Kalau dulu, para PTD yang mengikuti kursus di INTAN akan dibayar gaji dan elaun bulanan sepertimana PTD yang bertugas.

  101. salehuddin

    Wassalam, ketika ini tiada jenis pengkhususan kursus universiti untuk memohon jawatan PTD.

  102. salehuddin

    Wassalam,biasanya gaji akhir akan dikira. Jika tidak, boleh buat rayuan pelarasan gaji.

  103. arl

    salam, sy dipanggil utk exam ptd 13/4 ni..mase apply dulu sy sdg ambil kursus ijazah tapi atas sebab tertentu tak habis belajar..automatik sy xde degree…ade ke peluang jugak utk jawatan ini even ade diploma shj? mohon pendapat encik…tq :)

  104. arl

    jadinye langsung xde peluang utk jjwtn ni? atau penolong pegawai? xperlu dtg exam pun xpela mcm tu? xde blacklist? mntk maaf byk soalan :) tk

  105. mayasari

    Salam, saya dipanggil untuk exam pada 13/4 ini. Berkelulusan MBA, usia 47 tahun, berpendapatan RM3800 di sektor swasta. Soalan saya
    1. Bolehkah saya memohon untuk pelarasan gaji sekiranya saya diterima jd PTD nanti?
    2. Apakah peluang kenaikan pangkat yang ada pada PTD?, Adakah ia berdasarkan pengalaman, kelulusan dan usia?
    3. Memandangkan faktor usia, adakah saya dikenakan ujian fizikal ketika di PAC?

    Tq…

  106. salehuddin

    Wassalam,
    1. Boleh mohon pelarasan gaji tetapi tertakluk kepada pengalaman yang relevan.
    2. Ia berdasarkan LNPT dan faktor-faktor lain.
    3. Boleh mohon pengecualian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s