Contoh Soalan Peperiksaan PTD (Siri 3)

Kini kita berbincang pula contoh soalan bagi esei Bahasa Malaysia. Sebagaimana anda ketahui anda akan diberi beberapa pilihan tajuk untuk dipilih. Apa yang penting ialah anda tumpukan kepada topik yang anda mahir. Namun sekiranya tiada topik anda ada pengetahuan yang mendalam, terdapat satu teknik yang boleh anda gunakan. Teknik ini berupaya memberi idea kepada anda untuk menulis dengan sebaik mungkin. Ia mampu mempelbagaikan isi kandungan karangan anda tanpa anda bersusah payah memikirkan apa yang perlu ditulis. Dan yang lebih penting lagi ialah menyusun idea anda dengan mudah seterusnya melancarkan penulisan anda dalam tempoh yang singkat. Nak tahu teknik tersebut? Haa.. teknik tersebut ialah:

5 Wives 1 Husband

ataupun 5W1H iaitu singkatan bagi, What, Where, When, Why, Who dan How. Dalam bahasa Melayunya, Apa, Di Mana, Bila, Kenapa, Siapa dan Bagaimana. Bagaimana hendak mengunakan teknik ini?

Caranya begini. Katakan anda memilih tajuk:

“E-Dagang. Bincangkan konsep perniagaan ini.”

Kemudian anda dapatkan isi setiap perenggan dengan menyoal dan menjawab soalan-soalan tadi seperti di bawah:

1. Apa : Apakah itu E-Dagang?

2. Di Mana: Di mana E-Dagang dilakukan?

3. Bila: Bilakah E-Dagang diperkenalkan?

4. Siapa: Siapa yang menjadi tumpuan pasaran perniagaan ini?

5. Mengapa: Mengapa ia menjadi pilihan ramai?

6. Bagaimana: Bagaimana keuntungan dihasilkan melalui E-Dagang?

Sekarang anda sudah dapat menulis satu perenggan. Jadi untuk perenggan seterusnya, ulangi lagi proses di atas hinggalah tamat karangan anda. Mudah bukan? Saya percaya dengan teknik anda pasti mengurangkan kegelisahan semasa peperiksaan dan seterusnya dapat menghasilkan hasil karangan yang mantap. Sekian, jumpa lagi.

p.s. Teknik ini anda boleh gunakan juga semasa menulis esei Bahasa Inggeris

p.s.s. Anda boleh dapatkan buku ‘Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan PTD’ yang lengkap dengan klik di sini.

15 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan PTD (Siri 3)

  1. salam penulis,
    sy akan menduduki exam ptd lg 2 minggu..sy sgt2 nervous.dah lama sy tunggu peluang ini.sy tak byk mengusai isu semasa.saya takot tak dapat jawab soalan exam nanti…sy nak sgt jd ptd…..pls advice me…
    TQ

  2. Wslm,

    Buat pengetahuan semua, e-book berkenaan bukan hasil penulis. Ia dihasilkan oleh penulis lain. Jadi penulis tidak dapat memberi sebarang komen.

  3. Saya telah banyak kali mengambil peperiksaan PTD..tapi satu pun tak pernah lepas.. di harap lepas membaca blog ini… saya akan praktikkan semasa peperiksaan PTD kali ini..

  4. E-BOOK

    BARU2 NI SY CUBA BELI E-BOOK PTD, DAH BANKIN DUIT RM2O DAN MENGIKUT ARAHAN SETERUSNYA…

    MALANGNYA SAYA DAH TIGA HARI TAK DAPAT KOD PENGAKTIFAN DAN ID..

    IM QUIT PISSED OFF SEBAB HANYA EMAIL DIHANTAR KPD SAYA SBG PENGESAHAN PEMBELIAN..

    EMAIL REPLY ADALAH SEPERTI BERIKUT:
    admin@panduanptd.com to me
    show details Feb 14 (4 days ago)

    Reply

    Yang Dihormati, ummi naziha binti salleh,

    Terima kasih di atas pembelian Ebook Selangkah Ke Alam PTD… ver1.0.

    Pihak kami akan memproses pembelian anda di dalam tempoh 48 jam. Setelah pengesahan dilakukan, kami akan membekalkan anda ID Pengguna (User ID) dan Kata Laluan (Password) bagi tujuan Pengaktifan produk ebook kami.

    Dengan hormatnya,

    admin@panduanptd.com

    February 14, 2009.

    SO HARAP2 SAPE2 JANGAN LA TERPEDAYA NASIB BAIKLA RM20 JE

    WEB MEREKA ADALAH:

    http://panduanptd.com/

  5. Cuba ko contact admin dia.biasalah bile exam ptd ramai jerk yg amik kesempatan hasilkan ebook mcm2..apapun good luck utk mereka yg akan amik exam esok. 21/2/2009

  6. Ape yg aku nak studi nie? hehehe…takde soalan spot ke utk soalan esei PTD 21/2/2009?

  7. 16/07/2011 tarikh sy ambil exam ptd.. first time ni, tapi sy pergi exam bukan kerana mau lulus atau berminat dgn karier ptd, sy duduki exam hanya kerana utk pngalaman dan merasai kesukaran exam yg diperkatakan.. so, sy lgsung x bersedia.. wish u all luck.

  8. assalamualaikum..nak beli buku ptd boleh lagi ke? please email me..sgt urgent.tq

  9. Wassalam,
    Nak beli boleh tapi kami tidak jamin akan sampai pada masa yang diinginkan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s