Salam sejahtera,
Syabas! Selepas lulus peperiksaan PTD, anda akan dipanggil untuk menghadiri PAC. PAC ialah kata singkat bagi PTD Assessment Centre. Kebiasaannya ia berlangsung selama tiga hari di INTAN (Institut Tadbir Negara) seluruh negara. Bagi yang akan menghadirinya, berikut adalah tujuh tip untuk anda:
1. Tahu bila harus bersuara dan bila harus berdiam diri.
2. Bijak berhujah.
3. Berani bercakap di khalayak ramai.
4. Mempunyai stamina berlari.
5. Bijak menjawab soalan.
6. Bijak mengendalikan mesyuarat.
7. Bijak melontarkan pandangan.
Begitulah tujuh tip yang saya percaya mampu membantu anda menghadapi PAC. Harapan saya anda akan berjaya ke peringkat seterusnya.
08/05/2008 at 3:40 am
Assalamualaikum En. Salehhudin Md. Dahlan,
Saya ingin bertanya mengenai tajuk pengucapan umum samada tajuk adalah bebas atau ditentukan semasa sesi PAC berjalan ?
Sekian, terima kasih
12/05/2008 at 11:16 am
Wslm,
Buat Anuar,
Melalui sumber tidak rasmi, tajuk pengucapan awam kali ini ditentukan oleh penganjur.
13/08/2008 at 3:14 pm
rasa macam boleh buat…tapi…ada yang….
16/11/2008 at 10:36 pm
Encik Salehhudin Md. Dahlan,
Saya adalah pelajar dalam jurusan Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Saya bercita-cita untuk menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik suatu hari nanti. Saya percaya bidang yang saya ceburi ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam perlaksanaan cita-cita saya. Soalan saya berbunyi:
1. Adakah peluang kedua untuk mengambil ujian di PAC sekiranya gagal buat pertama kalinya?
2. Adakah jurusan saya bertepatan dengan ciri-ciri panduan yang diberikan oleh tuan?
3. Adakah layak saya menyertai peperiksaan di peringkat permulaan dengan hanya segulung Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat
afa
Ahmad Faris bin Amran
Pelajar tahun 2
UiTM,Seri Iskandar, Perak
23/11/2008 at 2:11 pm
Buat Faris,
1. Tiada peluang kedua jika gagal kali pertama. Maksudnya calon perlu menduduki peperiksaan kali pertama sekali lagi dan lulus.
2. Jurusan Faris sesuai.
3. Untuk layak menduduki peperiksaan peringkat pertama, seorang calon harus memiliki ijazah sarjana muda kepujian daripada universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Kelulusan diploma belum mencukupi.