Salam sejahtera,
Mulai minggu ini hingga ke penghujung bulan Mei 2008, demam PAC akan melanda calon-calon PTD. Ramai yang bertanya dan mencari maklumat mengenai PAC. Malah ada yang bertanya akan soalan-soalan yang bakal diutarakan. Namun begitu sepengetahuan penulis, maklumat sebegini masih dirahsiakan dari pengetahuan umum. Oleh yang demikian, janganlah pula bertanyakan penulis apa soalan-soalan yang akan keluar dan sebagainya. Apa yang boleh diberitahu adalah berikut:
1. Setiap calon akan diberikan satu nombor. Jadi untuk sepanjang sesi PAC, anda akan dikenali dengan nombor tersebut sahaja.
2. Tiada soalan-soalan ramalan.
3. Fasilitator akan bertindak sebagai pemudahcara, bukan pemberi markah.
4. Makanan, minuman dan penginapan disediakan secara percuma.
5. Arahan yang diumumkan hendaklah sentiasa diikuti untuk berjaya dalam PAC.
Begitulah sedikit sebanyak coretan PAC kali ini. Semoga anda berjaya. Bye.
16/11/2008 at 10:50 pm
Saya percaya proses sebegini akan memantapkan lagi potensi calon yang bakal menjadi PTD. Dalam Sektor Kerajaan, PTD adalah penggerak utama. Ujian-ujian yang dibentuk oleh PAC dapat menyiapkan diri bakal PTD untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku semasa bertugas. Setiap ujian adalah bertepatan dengan apa yang dilaksanakan.
afa
Ahmad Faris bin Amran