Salam sejahtera,
Dalam kesibukan melapor diri dan bersedia menghadapi aktiviti-aktiviti PAC, ada satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pengalaman tersebut ialah pengalaman mengenali latarbelakang calon. Sebenarnya bagi anda yang peramah, anda akan bertemu dan berkenalan dengan pelbagai jenis calon. Antaranya ialah calon yang sedang bertugas di sektor swasta, calon yang telah berumur, calon yang masih muda, calon yang sedang berkhidmat dalam sektor awam, calon usahawan dan macam-macam lagi. Selain itu anda juga pasti bertemu dengan calon dari pelbagai bangsa, agama dan taraf ekonomi keluarga.
Tambahan dari itu anda pasti bertemu dan menilai calon-calon yang belajar di universiti dalam dan luar negara. Bagi pembaca yang bijak, inilah peluang kita meluaskan jaringan hubungan dan menilai kebolehan rakan-rakan calon yang lain. Suatu hari mungkin anda memerlukan mereka. Jadi dalam berusaha menempatkan diri calon yang terbaik, pastikan kita tidak memandang rendah kepada calon yang lain dan berbaik-baiklah dengan mereka. Yang paling baik ialah bersainglah dengan sihat. Anda akan untung pada masa kini dan akan datang.
Sekian, jumpa lagi dalam siri 3.
29/11/2008 at 2:42 pm
Saya akan mengikuti PAC pada 11/12/2008 ini di INTURA.Saya belum mendapat surat panggilan tetapi mendapat tahu dari laman web SPA.
Adakah program ini diadakan hanya satu hari sebab dari apa yg saya tahu ianya berlangsung 3 hari. Bagaimana pula dengan peralatan2 yg diperlukan? Jika 1 hari, rasanya tidak perlu membawa brg terlalu banyak, bukan?
Saya masih “confius”..ini 1st nak pegi.Pls comment.