Bagi anda yang mengikuti perkembangan semasa, nama Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid pasti bukan asing. Beliau yang terkenal sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang menganjurkan skim pelaburan ASB dan lain-lain skim, baru-baru ini dianugerahkan Tokoh Melayu Terbilang oleh sebuah parti politik terbesar negara. Namun yang menariknya ialah beliau sebenarnya pernah bertugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Jawatan yang terakhir beliau sandang ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam tahun 1990-an. Untuk membaca artikel penuh, anda boleh membaca di sini.
Sebenarnya beliau merupakan salah satu personaliti yang diminati oleh penulis. Beliau telah menulis sebanyak lapan buah buku mengenai perkhidmatan awam dan Tan Sri P. Ramlee. Buku-buku buku pernah dirujuk oleh penulis semasa menulis buku Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Selain itu di bawah pimpinan beliau, Persatuan Lawn Ball menjadi salah satu persatuan sukan yang berjaya di persada sukan negara. Beliau juga minat bermain golf. Selain itu beliau juga adalah Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia. Jika hendak diceritakan jasa-jasa dan sumbangan beliau amatlah banyak. Tahniah buat Tan Sri!
