PTD Simpanan dan Kontrak

Standard

Selepas diumumkan keputusan temu duga PTD baru-baru ini, ramai yang bertanya status PTD lantikan secara simpanan dan kontrak. Pandangan penulis kepada para calon PTD kontrak dan simpanan adalah berikut: tunggu surat atau pengumuman daripada SPA tentang status anda. Di dalam surat atau pengumuman itu nanti akan dimaklumkan butiran yang lebih lanjut. Harapan penulis agar anda dapat bersabar. Mungkin ada sinar pelangi di akhir penantian anda. Semoga berjaya.

About these ads

40 thoughts on “PTD Simpanan dan Kontrak

  1. mi

    nak bertnya tentang ptd kontrak. sy pernah terlihat borang ptd kontrak pada housemate sya..tetapi malangnye beliau tidak mahu share sebarang info berkenaan forn tersebut. please advice where i can get it

  2. salehuddin

    Buat Mi,

    Borang PTD kontrak kebiasaannya dibuat oleh JPA. Anda boleh bertanyakan perkara ini kepada JPA.

  3. Ally

    Assalamualaikum saudara,

    Saya telah mendapat keputusan peperiksaan Gabungan 15 skim perkhidamatan awam.

    Saya ingin bertanaya, saya tidak begitu pasti dengan kenyataan: ‘Bagi jawatan PTD calon2 yang telah menduduki dan lulus peoperiksaan bertulis tiada had tempoh untuk jawatan ini.’

    Boleh saya tahu apa maksudnya disini?

  4. Ally

    Saudara,

    Boleh saya tahu apa maksudnya jawatan PTD kontrak? Dan adakah jawatan ini perlu dipohon pada borang SPA 8 juga?

  5. Ally

    Salam Saudara Salehuddin,

    Amat dihargai jika saudara dapat membalas e-mail saya seperti di atas.

    Terima kasih.

  6. salehuddin

    Buat Ally,

    1. Jawapan bagi soalan maksud ‘bagi jawatan PTD calon2 yang telah menduduki dan lulus peoperiksaan bertulis tiada had tempoh untuk jawatan ini’ adalah jawatan PTD tidak seperti 14 jawatan lain yang mempunyai had sah laku selama 5 tahun.

    2. Bagi PTD Kontrak ia bermaksud mereka bukan pegawai lantikan tetap. Mereka hanya akan berkhidmat bagi tempoh tertentu namun mendapat faedah dan kemudahan sama seperti pegawai lantikan tetap. Jawatan ini tiada dalam Borang SPA8. Kebanyakannya dipilih oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

  7. Harith

    PTD Kontrak dapat elaun dan kemudahan lain sama sahaja macam tetap..cuma taraf jawatan sahaja yang kontrak…dalam tempoh kontrak JPa akan berusaha bantu kita menduduki temuduga untuk diserap tetap..tapi tak menjaminkan jawatan tetap..itu berdasarkan prestasi kita…dan bukan bermakna habis tempoh kontrak akan diberhenti,akan dilanjutkan atas pertimbangan JPA berdasarkan prestasi kita..sekarang menurut JPA sudah tidak ada pegambilan PTD tetap..semua akan diberi kontrak untuk tempoh percubaan dan penyesuiaan…

  8. Adi

    sy pelajar jpa dan br konvo, br dapat ofer ptd kontrak lapor diri bln 1 09 nt. sy skrang bt master kat ukm, sy keliru patut ke sy terima tawaran 2, sy takut disenarai hitam oleh jpa nt.

  9. Adi

    sambgn…
    kontrak selama 2thn, sy agak risau nasib sy selepas tamat kontrak nt, sy mhukan jawtn yg tetap untk mjamin msa depan sy dn bakal keluarga sy.sy sangat perlukan pendapat tuan. terima kasih.

  10. Dani

    Assalamualaikum,

    Saya memohon utk jawatan PTD sejak 2004 dan lulus exam pertama sehingga peringkat pac. tetapi malangnya tidak dipanggil utk interview.Sehingga kini saya telah mengulangi exam PTD lebih kurang 9 kali dan tidak pernah lulus semenjak itu.Soalan saya apakah sebenarnya criteria yang diperlukan oleh pihak SPA utk lulus peperiksaan.Saya telah menamatkan pengajian dlm bidang pengurusan dari universiti di united kingdom dan adakah bidang pengurusan tidak diperlukan utk menjawat jawatan PTD?

  11. salehuddin

    Wassalam,

    Terdapat pelbagai perkara yang diuji dalam ujian-ujian tersebut. Ujian-ujian tersebut diwujudkan oleh pakar-pakar penilaian untuk mendapatkan calon yang terbaik. Kelayakan ijazah dan melepasi ujian-ujian tersebut adalah asas utama untuk terpilih dan dilantik.

  12. Din

    A,kum
    Tuan, Saya ada memohon jawatan PTD kontrak lantikan JPA pada november 2008 tetapi sehingga kini pihak JPA masih memberikan jawapan yang sama. saya diminta menunggu sehingga Mac 2009 dan Terbaru diminta pula menunggu sehingga Jun 2009. Baru baru ini saya dapati pihak kementerian pula boleh melantik pegawai khidmat singkat masing masing. Perlukah saya menunggu untuk jawatan PTD kontrak ini atau Jawatan PTD kontrak lantikan JPA ini sudah tidak wujud.

  13. Eric

    Encik Salehuddin,

    Saya mendapat surat pangilan untuk menghadiri PAC pada 3 Jul 2009. Tetepi, tempat PAC adalah di INTIM (Wilayah Timur). Saya tingal di Kuala Lumpur, bolehkah saya tahu atas apa sebab atau criteria JPA membuat keputusan demikian? Bolehkah saya tukar tempat untuk menjalankan PAC ini?
    Kawan saya juga mendapat surat pangilan ini, tetepi tempat PAC adalah di INTENGAH, KL.

    Terima kasih atas nasihat Encik.

  14. salehuddin

    Salam,
    Biasanya tempat PAC tidak dibenarkan bertukar. Manakala penempatan dibuat atas mengikut kapasiti tempat PAC. Jika terdapat lebihan calon di satu tempat, maka mereka akan ditempatkan di tempat lain.

  15. maya

    sy sedang bekerja sbg PTD kontrak bermula Nov 2008. apakah yang akan berlaku apabila kontrak sy tamat dan sekiranya sy tidak menunjukkan prestasi yg cemerlang sepanjang tempoh 2 tahun, adakah kemungkinan sy akan ditamatkan kontrak?

  16. nadia

    assalamualaikum..
    mengenai ptd kontrak ni,ade ke sesi interview sblm diberi offer letter? maksud saya,kene interview dulu ke sblm diterima masuk? harap dpt rep.. terima kasih

  17. Navamani

    salam sejahtera…
    mengenai PTD kontak… dari mana kita boleh dapatkan borang permohonan? dab cara membuat permohonan..
    terima kasih

  18. cty

    salam,

    saya baru sahaja mendapat surat panggilan temuduga untuk PTD kontrak…pada 26hb ini. saya cuma ingin bertanya..apakah perlu saya lakukan utntuk persiapan temuduga tersebut. study berkaitan ape?

    terima kasih

  19. azam mujahid

    salam alaik…

    Terima kasih dan setinggi penghargaan atas kesudian tuan berkongsi maklumat bersama..

    saya merupakan graduan 2008 sekarang bekerja sebagai guru sandaran..Sya mendapat panggilan temuduga PTD kontrak lantikan JPA pada 26.10 nanti..soalan saya ialah,

    1)Adakah temuduga ini di buata oleh pihak JPA atau spa?

    2)Apakah tips2 untuk saya menghadapi temuduga ini..

    3) sejauh manakah peluang ptd kontrak lantikan JPA ini untuk diserap tetap?..

    Sekian,terima kasih.semoga tuan diberkati dan dilindungi Allah selalu..

  20. luqman

    Assalamualaikum,
    Jika saya telah diterima sebagai PTD kontrak,apakah kriteria umum bagi membolehkan saya diterima sebagai PTD tetap dan biasanya berapa peratus yg tidak berjaya menjadi tetap setelah menjadi PTD kontrak.

  21. faieya

    hi

    sy akan menduduki interview pTD pd 2hb nov ni..boleh sy dptkan tip2 utk interview nie..spt cara pemakaian dan sebagainya…

  22. salehuddin

    Wassalam,
    Biasanya untuk menjadi lantikan tetap, perlu mendapat perakuan ketua jabatan, prestasi dan kesesuaian dalam perkhidmatan.

  23. KB

    salam..saya baru saja graduate hujung thn lepas..saya nak tanya camne nak apply utk PTD nie..?

  24. Salam Sejahtera En. Salehuddin,

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan di atas segala maklumbals yang diberikan kepada rakan- rakan kita mengenai jawatan PTD ini.

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa jawatan PTD merupakan satu jawatan yang amat penting dan memerlukan pengetahuan yang luas secara amnya.

    Yang pasti, pihak JPA memerlukan calon PTD yang boleh dikatogerikan sabagai ” cream of the cream”, maka status PTD kontrak telah pun diwujudkan bagi menapis setiap PTD kontrak sebelum diserapkan ke jawatan tetap.

    Sebelum saya bertanyakan soalan, ingin saya memberitahu sedikit sebanyak mengenai profil saya. Saya bekerja sebagai Perangkawan gred E41 dan telah disahkan perkhidmatan. Apabila meneliti skop M41, saya amat berminat untuk memohon jawatan ini. Saya mempunyai pengalaman di sektor swasta dan perbankan selama 8 tahun dalam pelbagai bidang seperti perakaunan, audit, kewangan, penasihat, dan pentadbiran.

    Dari segi akademik pula, saya memiliki kelayakan MBA, BEcons, dan juga ahli Persatuan Juruaudit Malaysia (AIIA).

    Dengan berbekalkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja, saya yakin bahawa jawatan PTD ini sesuai pada diri saya. Untuk pengetahuan tuan, saya pernah lulus exam PTD sebanyak dua kali dan dipanggil untuK PAC. Tetapi kebetulan pula saya berada di luar negara atas urusan pekerjaan dan terlepas peluang untuk kedua- dua PAC tersebut.

    Soalan saya ialah:

    1. Bolehkah saya memohon jawatan ini walaupun saya telah disahkan perkhidmatan gred E41?

    2. Jikalau saya lulus temuduga nanti, bolehkah saya diserapkan ke jawatan PTD melalui kaedah pinjaman, iaitu mendapat pelepasan daripada JPA dan ketua jabatan?

    3. Katakan saya gagal dalam tempoh kontrak itu, adakah saya dikembalikan ke skim asal iaitu E41, atau terus dibuang daripada berkhidmat di sektor awam?

    4. Kalau tak silap, tempoh kontrak adalah selama 2 tahun, jika saya lulus dalam kontrak itu, adakah saya terus disahkan dalam jawatan, atau perlu menjalani sekali lagi tempoh tetap selama 3 tahun lagi?

    Saya amat berharap agar tuan dapat memberikan maklumbalas secepat yang mungkin.

    Sekian, terima kasih.

  25. salehuddin

    Salam sejahtera,

    Berikut adalah pandangan terhadap soalan saudara:
    1. Boleh mohon.
    2. Kaedah yang digunapakai ketika ini ialah tukar sementara.
    3. Akan dikembalikan ke perkhidmatan asal.
    4. Perlu semak dengan Bahagian Perkhidmatan, JPA.

  26. No-G

    Saya pernah dilantik sbg Pegawai Tadbir N41 (Kontrak) pada thn 2004. Namun begitu pada thn 2008, JPA telah mengambil langkah drastik untuk tidak melanjutkan kontrak batch kami. SPA juga menolak untuk menerima lanjutan kontrak tanpa sebarang alasan. Boleh saya dapatkan penjelasan? sedangkan prestasi saya selama 4 thn lebih amat cemerlang & pernah dikurnia Anugerah Khidmat Cemerlang thn 2006. Semangat saya luntur & pelbagai usaha utk mendptkan kerja tetap namun gagal sehingga kini. Apakah sebabnya???

  27. No-G

    Salam tuan..Saya telah memohon untuk jawatan PTD (kontrak) melalui borang yang dikeluarkan oleh JPA. Bilakah tawaran akan dibuat pada tahun ini?

  28. Hafiz

    Salam,

    Saya telahpun ditempatkan sebagai PTD di SUK Negeri tetapi telahpun memohon penangguhan untuk lapor diri di tempat tersebut atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Pemohonan untuk penangguhan saya telahpun diluluskan tetapi saya ada mendengar khabar angin mengatakan JPA mungkin akan tukar penempatan PTD saya memandangkan saya memohon penangguhan. Adakah ini benar? Apakah kebarangkalian saya akan mendapat tempat lain?

    Terima Kasih

  29. Ain

    salam,saya nak tahu apa kebaikan dan keburukan memohon jawantan kontrak?
    Saya amat berharap agar tuan dapat memberikan maklumbalas secepat yang mungkin.
    Terima kasih.

  30. salehuddin

    Wassalam,
    Kebaikan jawatan kontrak adalah mendapat pekerjaan, gaji dan elaun, pengalaman dan kenalan. Keburukannya pula tempoh jawatan yang terhad, kemudahan yang tidak penuh seperti taraf tetap, bergantung kepada keperluan perkhidmatan dan tiada pencen.

  31. NTS

    Salam,

    Encik Salehuddin, apakah peluang bagi mereka yang mendapat keputusan sebagai Calon Simpanan PTD baru2 ini?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s