Buat calon-calon peperiksaan memasuki PTD pada bulan Ogos 2008 yang lalu, keputusan telah diumumkan secara rasmi oleh SPA Malaysia. Untuk mengetahui keputusan anda, anda boleh klik di sini. Tahniah bagi yang berjaya.
Nov
2
2008
Buat calon-calon peperiksaan memasuki PTD pada bulan Ogos 2008 yang lalu, keputusan telah diumumkan secara rasmi oleh SPA Malaysia. Untuk mengetahui keputusan anda, anda boleh klik di sini. Tahniah bagi yang berjaya.
Saya baru lepas check result.Gembira dan lega sebab dah lulus.Tapi apa langkah seterusnya?Perlu teruskan penantian?Berapa lama selalunya?Adakah semua calon yang lulus peperiksaan akan dipanggil utk temuduga?Atau bergantung kepada kekosongan jawatan?
Buat Kareem,
Tahniah kerana berjaya lulus dalam salah satu peperiksaan yang sukar. Sepertimana yang saudara ketahui, hanya sedikit sahaja yang melepasi tapisan ini. Langkah seterusnya ialah panggilan PAC. Selalunya tidak lama lagi. Hanya calon yang lulus PAC sahaja yang akan dipanggil temuduga. Semoga berjaya.
saya pun dh check result.. alhamdulilah..lulus..bru first time saya mintak jwtan ptd ni n ni la first time sy buat ujian ni. pas ni, agk2 bile diorang nk pggl untuk PAC?mksd sy the exact duration untuk tnggu.sbb saya skrg tgh further study lg..mcm pengalaman saudara dulu brapa lama?
Salam.
Alhamdulillah, saya juga lulus. Syukur ya ALLAH.
1. Berapa lama masa bagi tahu dapat panggilan PAC itu?
2. Apa persediaan sebelum ke PAC itu.
Harap tuan dapat beri tip.
Tahniah kepada yg lulus… saya pon lulus jugak… agak2 nya bila erk PAC tue?
salam,
sya pun dah lulus gak exam tu..agak2 encik salehuddin
1. Bla agaknya tarikh yang tepat bagi PAC tu?
2. Adakah paggilan bagi menghadiri PAC bergantung kepada kekosongan jwatan PTD?yang saya fham setakat ni, temph sah laku exam PTD tu adalah semasa,jd mungkinkah bagi calon yang lulus exam takkan dapat sebarang surat paggilan dari PAC dalam tempoh setahun (tempoh status permohonan) sekiranya tiada kekosongan jwatan PTD? Harapkan penjelasn.
apakah faktor yg menyebabkn kegagalan ujian khas bg jawatan selain ptd m41?
saya lulus utk jawatan ptd m41 tapi tidak untuk n41,kr41 dan s41.
Buat para pembaca,
Tarikh spesifik PAC akan diumumkan oleh SPA. Ini kerana ia berbeza mengikut kumpulan calon yang ditentukan kelak.
Salam saudara,
agak manakah panggilan pac tu akan dipaparkan?
kat website spa ke atau melalui notis kiriman ke rumah calon.
Wslm,
Panggilan PAC kebiasaannya akan dipaparkan melalui semakan laman web SPA dan melalui notis kiriman ke rumah calon.
Salam encik,
Saya telah mendapat surat panggilan PAC..mengapa dalam surat tidak menyatakn tempoh PAC akan dijalankan?adakah bagi PAC kali ini ianya akan hanya dijalankan dalam tempoh sehari?
salam…
saya ingin bertanya, jika telah mendapat surat tawaran perlantikan dari JPA, apa yang perlu di lakukan…sebabnya dalam surat tersebut tidak dinyatakan tarikh dan tempat…cuma di beri masa 30 hari untuk mklumbalas…apa yang perlu saya lakukan?
Assalamualaikum,
Saya baru sahaja selesai menduduki exam PTD minggu lalu ( 21/02/2009). Bila tempoh yang lazim keputusan exam tu kuar?
Wassalam,
Biasanya dalam tempoh sebulan ke dua bulan keputusan akan diumumkan.
saya pun baru ambil exem 21/02/2009 haritu, har ni tengok spa, ada tulis keputusan peperiksaan ptd. saya cek tapi yang keluar maklumat anda tiada dalam senarai. apa maksudnya tu? tak tahulah sama ada keputusan itu untuk ujian 21/2/09 atau tidak.
Alhamdullilah saya telah lulus tahun 2007 dan telah kursus PAC 2008 tetapi gagal dipanggil temuduga seterusnya. adakah saya akan dipanggil kursus PAC pada masa akan datang kerana result saya masih sahlaku.
Buat Maisara,
Keputusan PAC saudari sebenarnya telah tamat sah laku selepas tidak melepasi tapisan tersebut. Hanya borang permohonan sahaja yang mempunyai tempoh sah laku selama setahun.
Afusalam, terima kasih kerana respon pihak tuan. Saya sebenarnya keliru kerana saya difahamkan bahawa Tempoh sahlaku Lulus Periksa memasuki PTD ialah 3 tahun, apakah ia benar? Sekiranya benar ini bermakna saya layak dipanggil PAC sekali lagi berdasarkan keputusan periksa PTD 2007 tetapi telah kurusus PAC 2008 dan gagal.T.Kasih
saya telah lulus exam PTD pada tahun ni.Saya masih menunggu panggila PAC.Bila agak-agaknya panggilan PAC akan dibuat?
Salam,
Buat Salim,
Pengumuman panggilan PAC secara rasmi akan dibuat oleh SPA kepada calon.
saya ingin bertanya, saya menduduki exam ptd pd 3.10.2009 yang lepas. Bilakah tarikh keputusan exam itu akan diketahui?
sekian, terima kasih.
Salam,
Saya telah cuba menyemak keputusan ptd yang diambil sekitar bulan August 2009 yang lalu, namun dukacita data saya tiada dalam sistem. Adakah keputusan yang dikeluarkan secara berperingkat?
Wassalam,
Sila semak dengan SPA.
Salam…
Saya nak tanya…slps PAC, berapa lama masa diambil utk dapatkan keputusannya?
sy telah mnduduki PAC Dis 2009 ari tu…tq
Wassalam,
Tiada tempoh rasmi yang diumumkan.Namun biasanya dalam sebulan dua.