Barangkali sebahagian daripada calon temuduga telah selesai menghadiri temuduga ketika ini. Mungkin ada yang gembira dengan prestasi temuduganya dan mungkin ada yang tidak.
Persoalannya sekarang apa yang dapat kita pelajari daripada temuduga berkenaan.
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu, berikut adalah antara situasi-situasi yang berlaku ketika temuduga:
1. Tidak hadir temuduga. Alasan pelbagai.
2. ‘Blank’.
3. Tidak boleh mengupas isu-isu semasa.
4. Lupa subjek yang dipelajari semasa universiti.
5. Tidak petah bercakap.
6. Tiada keyakinan berhadapan dengan panel temuduga.
7. Tidak tahu tugas PTD walaupun sedang berkhidmat.
8. Tidak tahu organisasi kerajaan.
9. Tidak tahu bagaimana pentadbiran awam berfungsi.
10. Tidak membuat persediaan (diri, dokumen, pakaian dan pengetahuan) yang cukup.
11. Tidak mahir berbahasa Inggeris.
Dan mungkin terdapat situasi lain yang tidak dinyatakan di sini.
Jadi harap-harap selepas ini, prestasi para calon akan lebih baik. Muhasabah pemangkin kejayaan.
p.s. Muhasabah = merenung kembali
10/03/2009 at 9:48 am
Salam,
sy nk tau kebiasaanya brape lama utk result exam PTD akan diumumkan?
11/03/2009 at 3:37 am
akum en salehuddin..
Saya merupakan salah seorang calon yang menghadiri interview ptd pd 4 Mac 2009 yang lalu.Sebenarnya apa yang dlihiat oleh para penemuduga?seberapa banyak betul jawapan yang dilontar atau keyakinan berhadapan dengan mereka?Harapkan penjelasan…
11/03/2009 at 4:49 am
Wassalam,
Sebenarnya banyak faktor yang dilihat oleh penemuduga. Tetapi yang pastinya calon yang berjaya adalah calon yang boleh menyakinkan para penemuduga bahawa mereka layak untuk menjawat jawatan berkenaan.
11/03/2009 at 4:54 am
Wassalam,
Buat Insyirah,
Biasanya keputusan diumumkan dalam sebulan ke dua bulan dari tarikh temuduga.
17/03/2009 at 2:26 pm
salam salehuddin, statistik pengambilan ptd telah pun ditambah dari 300 kepada 500 org. adakah spa mempunyai agenda tertentu berkenaan penambahan pengambilan ptd pada kali ini
18/03/2009 at 4:51 am
Wassalam,
Saya percaya ia adalah sebahagian pelan merangsang ekonomi negara dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
18/03/2009 at 7:41 am
Askum..Saya selaku salah seorang calon temuduga menyambut baik hasrat kerajaan untuk menambah pengambilan ptd pada kali ini.Tetapi saya ada bebrapa persoalan khusus mengenai:
1. Adakah markah dalam PAC akan menjadi kriteria dalam proses pengambilan dan mempengaruhi keputusan temuduga nanti?
2.Sejauhmana kebenaran sesetengah retorik yang mengatakan bahawa trend pengambilan ptd sekarang adalah banyak didominasi calon lelaki?
3. Adakah faktor personaliti dan penampilan seseorang calon seperti rupa paras akan menjadi kriteria dalam pengambilan ptd?harapkan penjelasan…
25/03/2009 at 1:27 am
Salam salehuddin, dah lame xupdate blog ni. berkenaan keputusan ptd, adakah wajar untuk menelefon spa 2minggu awal dari tarikh sebenar untuk mengetahui keputusan temuduga. byk persiapan yang perlu dilakukan sekiranya kami berjaya dalam temuduga tersebut seperti memberi notis awal dan juga hal2 yang lain.TQ
26/03/2009 at 4:17 am
Salam.
Saya telah dipanggil untuk interview kali ini dan sekarang menunggu keputusan temuduga. Malangnya saya tak perasaan tempoh permohonan saya telah tamat pada 1 Mac yang lepas. Adakah ini akan memberi kesan kepada keputusan temuduga saya? saya baru sahaja renew permohonan saya. Harap dapat membantu.
TQ
27/03/2009 at 3:25 pm
Wassalam,
Tidak.
30/03/2009 at 5:20 am
Salam.Syukur sy dah melepasi temuduga dan telah lulus.
Tarikh temuduga 26.2 result kuar minggu lepas kat web spa.So dalam tempoh sebulan gak.
Apa yg dilihat?
Rupa? No.
Jadi diri sendiri.PTD memerlukan ‘pegawai’.Maknanya yang benar-benar mampu menjadi diri sendiri dalam apa jua keadaan.
Tak tau,cakap tak tau.Yg penting anda tau apa yang diperkatakan.
Biasa,panel akan menguji kefahaman apa yang dicakapkan.Jadi hanya tekankan isi yang boleh dikembangkan,bukan jawapan ’standard’.
Trend temuduga sekarang lebih kepada ‘mengenal’ calon.
Saya ditanya tentang ekonomi.Jawapan sya:
Saya tak tau punca dari segi teknikal walaupun saya jurusan perakaunan.
Respon panel: Tak mengapa.Itu soal teknikal.Apa yang kamu tau tentang konteks Malaysia.
Jawapan saya:
Mula bercakap tentang masalah umum ekonomi spt inflasi,kerja,permintaan dan cara yang diambil oleh kerajaan seperti pakej rangsangan.Cadangan yang perlu dilakukan oleh kerajaan.
Panel akan menanya soalan berdasarkan jawapan.Maknanya mereka hanya ikut panduan memilih ‘kriteria’ jawapan.Bukan betul atau salah jawapan calon.
Macam sdr Salehudin cakap..yakinkan panel bahawa anda layak diberi peluang sebagai PTD!
01/04/2009 at 2:02 am
Salam..
Saya ingin bertanya, jika seseorang Pegawai Askar ingin menukar kerjaya untuk menjadi PTD, adaka mereka layak?? Adakah permohonan seperti pemohon yang lain?
Sekian, terima kasih.
01/04/2009 at 3:42 am
Wassalam,
Layak jika penuhi syarat skim perkhidmatan. Selain itu perlu dapat pelepasan daripada ketua jabatan (yakni ATM).
02/04/2009 at 8:01 am
Salam encik Salehuddin,
Ucapan tahniah ditujukan kepada encik serta isteri diatas kelahiran cahaya mata sulung. Pasti bertambah ceria kehidupan encik sekeluarga. Sekali lagi tahniah…
03/04/2009 at 4:43 pm
Tuan saya tidak lulus.
Tetapi betul ke keputusan rasmi hanya ikut surat rasmi nanti.
Rasa kecewa tetapi tetap berdoa untuk lulus.
Betul ke ada orang dalam baru boleh?
16/04/2009 at 8:07 am
Betul ke seperti cakap2 orang PTD “melahirkan” PTD di mana jika kita anak kpd pgw PTD maka peluang untuk lulus PAC dan intew adalah lebih cerah disebabkan pgw penailai dan panel pasti kenal ibu/bapa (pgw)calon ptd ini. Sebab itu ada PPTD.Betul ke en salehudin?
22/04/2009 at 11:11 am
Salam,
Saya check laman web spa, keputusan peperiksaan PTD pada 22.02.2009 lulus, tapi saya tidak dipanggil utk interview pada bulan 2. Ada kemungkinan untuk dipanggil interview semula ?
29/04/2009 at 5:48 am
salam..
sy telah menghadiri i/view ptd pd 24.2.09..
stlh disemak kptsn i/view tersebut di website spa, sy dikategorikn sbg calon simpanan dlm ms setahun.. soalan sy :
1) adakah sy akan dipanggil / diserap sbg ptd kelak (dlm ms sethn ini)?
2) sehingga hr ini, sy tdk menerima sebarang surat dr spa menyatakan keputusan yg sy perolehi ini.adakah surat tersebut mmg mengambil ms yg lama utk dikeluarkan?
29/04/2009 at 7:47 am
salam,
sy telah lulus exam spa PTD bulan feb yg lepas tp tak dipanggil temuduga.kenapa sy tak dipanggil temuduga? kena ambil exam semula ke?
29/04/2009 at 2:28 pm
Wassalam,
Saudari masih mempunyai tapisan PAC sebelum boleh dipanggil temuduga.
29/04/2009 at 2:29 pm
Wasalam,
Saudari perlu menunggu panggilan rasmi daripada SPA.
28/05/2009 at 3:29 am
salam….
saya akan menghadiri temuduga dlm bulan jun ini.persoalan yg ingin saya tanyakan,apakah kriteria yang dinilai oleh panel semasa temuduga?
2. saya mempunyai sedikit kelemahan dalam pertuturan bahasa inggeris,adakah itu akan menjejaskan peluang sy utk menjadi seorg PTD dan adakah ia satu komponen utama untuk menjawat jwtn PTD
11/06/2009 at 2:24 pm
Wassalam,
1. Antara kriteria yang dinilai ialah penampilan, kelayakan akademik dan bukan akademik.
2. Kemahiran berbahasa Inggeris dengan baik adalah perlu.
22/07/2009 at 8:09 am
saya ingin tahu bila keputusan temuduga akan dikeluarkan. saya hadir temuduga pada 4 jun 2009.
22/07/2009 at 11:49 am
Keputusan temuduga akan dikeluarkan secara rasmi melalui laman web SPA. Sudi-sudilah menyemak laman tersebut dari semasa ke semasa.
29/11/2009 at 8:32 am
en salleh..kalau PTD lantikan JPA, keputusannya perlu di semak dalam laman web SPA atau JPA?
29/11/2009 at 2:11 pm
Semak dengan JPA.