Bidang Tugas PTD

Standard

Wira yang tidak didendang. Begitulah kesimpulan yang dapat dibuat berkenaan bidang tugas PTD. Untuk pengetahuan, antara pegawai yang terlibat dalam membawa pulang para pelajar dan warganegara Malaysia dari negara Timur Tengah adalah PTD. Mereka yang terlibat ketika itu bertugas di pejabat kedutaan, jabatan pelajar, Majlis Keselamatan Negara dan sebagainya. Salah seorang daripada mereka ialah rakan penulis sendiri. Beliau perlu bertungkus lumus untuk memastikan keperluan dan pengurusan warganegara Malaysia di Mesir mencukupi. Daripada makan minum, tempat tinggal, kapal terbang dan lain-lain perkara perlu diurus dengan sebaiknya. Bukannya untuk seorang rakyat Malaysia tetapi ribuan jumlahnya. Selain itu kerjasama daripada pihak berkuasa Mesir, pihak lapangan terbang, pihak berkuasa Arab Saudi dan ibu pejabat di Malaysia juga sangat-sangat dihargai ketika itu.

Dari sudut peribadi pula, sungguhpun beliau membantu rakyat Malaysia pulang dengan selamat, beliau terpaksa melambatkan kepulangan ke negara. Ini semua dilakukan demi memastikan amanah yang diberikan terlaksana dengan sempurna. Biarpun pelaksanaan tugas ini mendapat kritikan, sebagai penjawat awam yang melaksanakan dasar negara, ia dilakukan tanpa sungutan mahupun rintihan.

Selain itu daripada peristiwa di Mesir tersebut, apa yang dapat dipelajari ialah walau apa pun kerja baik yang kita laksanakan, pasti ada suara-suara yang tidak berpuas hati. Justeru apa yang perlu dilakukan ialah terus laksanakan perkara  tersebut sehingga berjaya. Biarlah sejarah yang akan mengadili kita di kemudian hari.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s