Tanah merupakan sumber yang terhad dan berharga. Banyak perkara boleh terhasil daripada tanah. Justeru bercakap mengenai tanah adalah perkara yang sensitif. Namun yang lebih tertekan ialah para pegawai yang bertugas di pejabat tanah. Di sebahagian negeri Malaysia pula, terdapat para pegawai PTD yang bertugas di sana.
Hendak dijadikan cerita, baru-baru ini penulis melawat sebuah pejabat tanah di Perak. Agak terpencil juga pejabat tanah ini. Terletak di tengah-tengah kawasan kampung, pelik juga rasanya pejabat tanah bagi sebuah ibu negeri ditempatkan di situ. Biasanya ia terletak di bandar bagi memudahkan orang ramai datang berurusan.
Dalam perbincangan dan pengamatan dengan para pegawai di sana, penulis dapat merasakan tekanan yang dihadapi oleh mereka. Setiap hari, dengan kedatangan ramai pelanggan untuk memohon tanah, memindah milik tanah, menukar status tanah dan sebagainya, para pegawai perlu melayan kedatangan penulis. Dalam masa yang sama kedatangan pegawai penyiasat SPRM dan isu demonstrasi para penduduk terhadap pembangunan yang bakal dibuat timbul hasil laporan media.
Yang membuka mata tentang tugasan di pejabat tanah ialah bagaimana kesukaran yang dihadapi oleh para pegawai yang bertugas di pejabat tanah. Selain perlu melaksanakan tugasan harian, mereka berdepan dengan tekanan politik, media, orang ramai dan ‘stakeholders’. Isu-isu yang ditimbulkan dalam lawatan sehari tersebut boleh disimpulkan seperti berikut:
1. Isu pengusaha tanah di atas tanah yang bukan milik mereka;
2. Isu tanah yang tidak bermilik;
3. Isu dokumentasi tanah yang kurang lengkap;
4.Isu percanggahan bidang kuasa antara pejabat tanah dengan Jabatan Perparitan dan Saliran bagi tanah sepanjang susur sungai;
5. Isu perpindahan penduduk yang terlibat dalam sesuatu rancangan pembangunan; dan
sebagainya. Sekiranya isu-isu ini tidak diuruskan dengan sebaik mungkin, kebarangkalian disiasat dan dihukum oleh pihak berwajib akan timbul suatu hari nanti.
Jadi kesimpulannya, bagi mereka yang berminat bertugas dalam bidang pentadbiran tanah, selain perlu memiliki pengetahuan tentang tanah, sifat amanah, sabar dan kemahiran berkomunikasi amat diperlukan.
saya bersetuju dengan pendapat tuan..cabaran dalam dunia pekerjaan Tanah amatlah besar dan berisiko tinggi..silap langkah, boleh dikenakan tindakan tatatertib. bukan saja berurusan dengan tugas hakiki, kadang kala menjadi cemuhan dan terima kata kesat orang awam pun ada.Sebagai PTD, sabar tu paling utama dan jangan cepat melenting dan cepat melatah jika publik datang marah2 pada kita..apa yg penting, kita tahu kedudukan situasi yang sebenar dan kita sentiasa ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik buat orang awam..Selamat berjaya kepada semua kawan2 yg duduk di pentadbiran tanah..
Terima kasih atas entry berkenaan cabaran bertugas dengan tanah. Saya sendiri merupakan PTD yang bertugas di Pejabat Tanah. Kami disini diserang dari pelbagai sudut dan kadang kala tidak cukup tangan untuk membuat semuanya dalam satu masa.
Kadang kala masa tidak menyebelahi kami dimana waktu itulah bulan terakhir untuk pembayaran cukai tanah (ramai orang yang datang untuk berurusan), waktu itu jugalah berlakunya bencana alam seperti banjir, waktu itulah masalah2 rakyat, waktu itulah tekanan politik, waktu itulah siasatan SPRM dan pelbagai jenis masalah. Tapi kami sebagai PTD sahut semua itu dengan gigih CUMA, kami di sini terasa terkilan sedikit kerana COLA kami kurang RM200 dari mereka yang bekerja di Putrajaya atau tempat2 lain.
Bukan kami tidak bersyukur cuma kami tidak rasa disini harganya lebih murah berbanding tempat2 lain. Harga petrol,beras,gula semua adalah sama. Pembayaran letrik dan air sama. Dan kami di pejabat tanah banyak berurusan di luar dan bukan setiap masa kereta jabatan disediakan dan bukan semua urusan boleh di “claim”.
Kami harap pihak atasan dapat melihat perkara ini. Walauapapun kami berterima kasih dan sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.
salam.an
saya baru bc blog.
tanah: isu yang sgt sensitif. sy terlibat dlm hal tanah ni sebab blaja dalam bidang yang berkaitan dgn tanah.
terlalu byk law, n akta yang kena tau. dan sungguh ramai yang tak minat ambil tahu. sebab terlalu kompleks. sy pun salah sorang nye.
ramai yang tak faham tentang undang-undang tanah. dan sebab tu ramai yang kena tipu.
bila kami kena hantar pegi site, nak wat keje sume, ramai juga yang pertikaikan kenapa cm ni, kenapa camtu. orang kampung sgt sensitif dengan isu tanah. hehe
pembangunan tanah berkaitan dengan alam sekitar. vice versa. too many things too know n mmg pening. sape yang keje di pejabat tanah mmg sy respek.