Bagaimana Memohon Kerjaya Sebagai PTD

Tidak dinafikan kerjaya sebagai PTD merupakan salah satu kerjaya yang menarik minat ramai pencari kerja saban tahun. Dalam pada itu, penulis juga mendapati terdapat beberapa soalan yang sering diutarakan oleh mereka. Antaranya ialah kelayakan untuk dilantik sebagai PTD. Justeru bagi menjawab persoalan tersebut, berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang diperlukan bagi mereka yang berminat:

1. Warganegara Malaysia.

2. Tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan.

3. Kelayakan:

3.1 Ijazah sarjana muda kepujian, yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3.2 Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3.3 Ijazah doktor falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3.4 Lulus peperiksaan bagi memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan.

4. Kepujian Bahasa Melayu peringkat SPM.

(Dipetik daripada Skim Perkhidmatan)

Cara untuk memohon pula ialah dengan mengisi borang SPA8i yang boleh didapati secara percuma di laman sesawang www.spa.gov.my atau di laman www.jobsmalaysia.gov.my.

Selain itu beberapa makluman tambahan yang dipetik daripada laman sesawang SPA mengenai iklan jawatan dan tempoh sah laku pendaftaran adalah seperti berikut:

1. Mulai tahun 2009, SPA tidak lagi mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar seperti yang biasa dilakukan oleh SPA sebelum ini sebanyak 2 kali setahun. Walau bagaimanapun SPA menyiarkan iklan sepanjang masa di portal SPA. Oleh itu, para pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Selain itu, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPA pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.

2. Setiap pendaftaran perlu diperbaharui dengan menggunakan ID yang telah diberikan walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh setahun. Ini membolehkan SPA mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data SPA. Selain itu, ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh satu tahun. Bagi pemohon KPSL dan Pegawai Sedang Berkhidmat, pembaharuan pendaftaran juga perlu dilakukan sendiri dengan mendapatkan ID terlebih dahulu di Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Untuk soalan-soalan lazim lain, anda boleh klik di sini.

One comment on “Bagaimana Memohon Kerjaya Sebagai PTD

  1. Will the freeze on hiring civil servant effect PTD intake as well? will the PTD interview go on as plan which is around June 2011?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s