Fenomena Buku Kerjaya Sebagai PTD

Pada tahun 2007, buku ‘Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik’ muncul di pasaran. Ketika itu terdapat banyak suara-suara yang mempertikaikan kehadiran buku tersebut. Empat tahun kemudian, setelah empat kali cetakan, diikuti dengan empat buku sampingan lain, ramai penerbit berlumba-lumba untuk menerbitkan produk berkaitan PTD. Diterbitkan dalam bentuk e-book dan buku fizikal, pemasarannya pula ada yang dibuat melalui laman web mini, blog dan kedai fizikal. Nampaknya idea menulis buku ‘Kerjaya Sebagai Tadbir dan Diplomatik’ berkenaan memang mempunyai tarikan komersil yang baik.

Penulis sebenarnya pada mulanya terasa hati juga apabila ditohmah selepas buku berkenaan diterbitkan. Penulisan buku tersebut juga bukannya mengambil masa,wang, usaha dan penat lelah yang sedikit. Lebih daripada 30 buku dan bahan rujukan lain telah dibaca dan ditapis. Selain itu penulis juga menemuduga ramai PTD, menjalani kesemua proses tapisan PTD dan menjalankan tugas PTD sehingga kini. Untuk memastikan kualiti buku tersebut, penulis mengambil masa selama enam bulan untuk menghasilkan buku tersebut termasuk menghadiri kursus penulisan. Untuk pengetahuan sekalian, penulis juga telah meminta penulis terkenal, iaitu saudara Azizi Ali untuk membaca draf buku tersebut dan PTD yang telah bersara untuk mengedit buku berkenaan. Buku-buku yang mempunyai kaitan PTD juga tidak ketinggalan penulis beli dan baca sebagai sumber rujukan.

Justeru daripada kisah ini, penulis mendapat beberapa pengajaran seperti berikut:

1. Umur dan tempoh berkhidmat tidak menjadi penghalang untuk menghasilkan sesuatu. Telah ramai anak muda yang berjaya dalam kehidupan. Contohnya Imam Syafie dalam usia belasan tahun telah menjadi ilmuwan tersohor. Mark Zuckerberg pula dalam usia 20-an telah menjadi ‘billionaire’.

2. Untuk berjaya dalam usaha mencapai impian anda, pasti ada perkara yang menghalang namun akan ada yang membantu anda.

3. Dapatkan restu dan izin daripada majikan dan orang tua anda sebelum memulakan sesuatu. Percayalah, ia penting untuk jangka panjang kelak.

4. Tidak perlu bersedih hati sekiranya permulaan yang agak perlahan. Jika perkara itu mempunyai nilai tertentu kepada ramai orang, lambat laun berbondong-bondong orang mencari anda.

5. Usah pedulikan kata-kata negatif orang lain. Mereka belum tentu pernah melakukan perkara atau mempunyai pengalaman, idea mahupun pengetahuan seperti yang anda miliki.

6. Salurkan perasaan marah anda kepada perkara positif dan daya kreatif anda. Itu adalah terbaik.

Sekian, selamat menggapai impian anda pada peperiksaan terdekat ini. Anda pasti boleh!

p.s.: Buku ‘Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik’ masih boleh didapati di kedai-kedai buku utama di seluruh Malaysia.

 

6 comments on “Fenomena Buku Kerjaya Sebagai PTD

  1. Assalam Encik Salehuddin..

    Ingin bertanya adakah encik ada mengeluarkan buku dlm format e-book? jika ada saya ingin membelinya. Berlaku kesukaran di mana saya tidak dapat membeli buku2 PTD ini di pasaran. Rata2 semuanya sudah abis dijual. Jumaat ini 3/6/2011 saya bakal menduduki sesi temu duga PTD di putrajaya. Harap sangat2 jika saya dpt memiliki buku PTD ini sebelum sesi temu duga jumaat nie..

  2. Terima kasih Encik Salehuddin. Serba sedikit ini dapat membantu saya membuat persediaan untuk temu duga esok. InsyaAllah.

  3. Assalam Encik Sallehuddin,

    Saya amat berdukacita kerana tidak dapat menghadiri temuduga PTD pada hari ini. Adakah terdapat peluang kedua tanpa perlu melalui ujian bertulis serta ujian fizikal di masa hadapan? Saya telah menghubungi pejabat SPA cawangan tetapi panggilan tidak diangkat. Namun pada jam 12 tengahari saya telah dihubungi untuk diminta alasan tidak hadir. Saya telah membaca buku tuan, namun masih tidak pasti dengan
    peluang kedua.

  4. Assalam….sy berminat untuk memiliki buku yg berkaitan dgn PTD dan Exam PTD..masih ada stok?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s