Tidak sampai beberapa ketika lagi, peperiksaan khas memasuki PTD akan berlangsung di seluruh negara pada tarikh keramat 16 Julai 2011. Pertemuan penulis dengan sejumlah calon dan ibu bapa calon (ya) baru-baru memberikan gambaran sebenar keadaan para calon. Rasa cemas, kurang yakin dan rasa tidak bersedia jelas terpancar di riak wajah masing-masing. Mana tidaknya, dalam tempoh kurang dari dua minggu, mereka mendapat surat panggilan menduduki peperiksaan yang terkenal dengan kesukarannya jika tiada persediaan rapi.
Dianggarkan lebih kurang 10 ribu calon akan menduduki peperiksaan tersebut. Biasanya yang akan lulus peperiksaan tersebut ialah lebih kurang 2 ribu sahaja. Ini bermakna hanya seorang dari lima orang calon yang lulus dalam peperiksaan ini. Melihatkan perkara ini, salah seorang ibu calon bertanyakan tip-tip untuk lulus peperiksaan. Panjang lebar jugalah penulis terangkan. Namun yang pasti tiada jalan pintas untuk lulus dalam mana-mana peperiksaan.
Untuk tidak menghampakan permintaan ibu calon tersebut, berikut adalah tip-tip ‘last minute’ yang boleh penulis kongsi bersama.
1. Pastikan calon telah mengenal pasti tempat, tarikh dan waktu peperiksaan. Dapatkan laluan jalan yang cepat dan mudah sampai ke sana. Uruskan pengangkutan yang sesuai. Sediakan pelan kecemasan juga. Ini kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari kejadian. Contohnya: tayar pancit, minyak habis, kesesakan jalan raya, kenderaan rosak dan sebagainya
2. Bawa alat tulis yang secukupnya. Antara yang perlu dibawa ialah pen, pensel, pemadam dan pengasah pensel (jika perlu). Bawa sekurang-kurangnya dua setiap satu. Tidak perlu bawa kalkulator. Dapatkan kesemua keperluan ini sekurang-kurangnya sehari sebelum peperiksaan. Mungkin perkara ini dianggap remeh, tetapi ia wajar diambil berat.
3. Siapkan pakaian yang hendak dipakai pada hari berkenaan. Jangan pula pagi hari kejadian baru tercari-cari pakaian. Basuh dan gosok siap-siap terlebih dahulu. Kasut juga begitu. Janganlah pula memakai selipar jepun ke dewan peperiksaan.
4. Jika ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan semasa di dewan peperiksaan, silalah bertanya kepada pengawas atau ketua pengawas. Mereka telah diberi tugas untuk membantu kelancaran peperiksaan termasuklah mengendalikan para calon. Selain itu mereka juga telah diberi penerangan dan taklimat bagaimana menguruskan peperiksaan.
5. Bagi soalan-soalan yang sukar dijawab, tinggal dan selesaikan yang mudah terlebih dahulu. Selepas selesai yang mudah, cuba jawab soalan yang sukar tadi. Ingat, masa yang diberikan adalah singkat.
6. Bagi bersifat karangan, cuba gunakan kaedah yang mudah ini. Setiap karangan perlu ada pendahuluan, isi dan penutup. Isinya pula sekurang-kurangnya tiga yang mempunyai intipati isi, huraian dan contoh.
7. ‘Expect the unexpected’ yakni jangkakan perkara yang tidak dijangka. Tiada siapa tahu apa akan berlaku pada masa hari kejadian.
8. Kemahiran membaca, menulis, mengira, menaakul dan mengarang adalah aspek-aspek yang akan diuji dalam peperiksaan ini. Gunakan bahasa yang elok dan berhemah.
9. Tulis jawapan dengan tulisan yang cantik. Sedap mata penilai membacanya. Jika ada kesilapan, padamkan dengan garisan. Elakkan menggunakan ‘liquid paper’. Ia boleh merosakkan kertas jawapan calon.
10. Usah dihiraukan konotasi sebelum ini. Anda telah layak menduduki peperiksaan kali ini. Cuba dengan sedaya upaya. Siapa tahu barangkali rezeki anda kali ini.
Sekian, selamat maju jaya dan penulis doakan anda lulus cemerlang!
alhamdullilah.. dah settle akhirnye … rasenye soalan seksyen 1a byk hentam haha..tapi takpe kalu tak dapt saye akan cube lagi..
Salam n hi,
Blh sy tahu ble peperiksaan khas memasuki PTD akn diadakan pada tahun 2012. Terima kasih.