Salehuddin Md. Dahlan ialah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik di sebuah agensi awam.
Berkelulusan ijazah berkembar sarjana muda undang-undang sivil dan shariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau juga memiliki ijazah sarjana undang-undang perbandingan (MCL) dari universiti yang sama.
Selain itu beliau juga berkelulusan diploma pentadbiran awam (DPA) dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan diploma tahfiz al-Quran dan qiraat dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sepanjang bertugas, beliau banyak terlibat dalam bidang perundangan dan pentadbiran perkhidmatan awam. Hobi beliau ialah membaca, menulis, bermain badminton dan mengembara.
Penulis juga merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007.
Antara buku-buku yang dihasilkan oleh beliau ialah:
1. Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Edisi 2009)
2. Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Edisi 2007)
3. Koleksi Kes-Kes Mahkamah
4. Koleksi Kes-Kes Mahkamah: Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan
5. Soal Jawab Kerjaya PTD
Beliau boleh dihubungi melalui e-mel: salehuddin78@hotmail.com.




12/02/2008 at 6:05 am
Salam…saya ingin mengetahui bagaimana ingin mendapatkan buku : Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik..Terima kasih….
12/02/2008 at 6:21 am
Wslm,
Buat Roselinda,
Saudari boleh mendapatkan buku tersebut di kedai-kedai buku utama seperti MPH, Harfa Bookstore dan Kedai buku Muda Othman. Cara lain ialah anda order secara online seperti di laman berikut:
1. http://www.mphonline.com.my
2. http://www.bookcafe.com.my
3. http://www.firstedition.com.my
4. http://www.ebay.com.my
Sekian.
11/03/2008 at 9:02 am
Tahniah di atas kerjaya anda sebagai PTD.
30/03/2008 at 7:07 pm
A’kum…
Sekiranya saya mempunyai diploma/ ijazah dlm bidang pentadbiran awam…
Adakah saya perlu melalui proses temuduga untuk menjawat jawatan PTD…????
atau..
terus dpt menyertai kursus PTD…???
Sbab saya diberitahu kononnya pemohon yg ada diploma/ ijazah dlm bidang pentadbiran awam dpt terus join kursus PTD….
Betul ke…???
30/03/2008 at 11:50 pm
Wslm Izzat,
Setakat ini tiada sebarang pengumuman sebegitu. Jika ada ia akan diumumkan di dalam laman web SPA dan JPA.
10/04/2008 at 9:42 am
saya telah lulus exam ptd 16//02/08 tempoh hari dan tidak mempunyai keyakinan untuk menjawat jawatan ini kerana kelemahan saya dalam penguasaan bahasa inggeris. Adakah penguasaan dalam bahasa inggeris sengat ditekankan semasa menjalani PAC dan Interview? Sudi tuan memberikan pandangan berhubung perkara ini..terima kasih
Buat Jaslan/Feroz,
Penguasaan bahasa Inggeris memang ditekankan di dalam PAC dan interview. Ada beberapa aktiviti di dalam PAC yang memerlukan anda berbahasa Inggeris. Semasa interview pun begitu juga. Akan ada soalan-soalan yang perlu dijawab dalam bahasa Inggeris.
10/04/2008 at 9:50 am
akum,
Saya mempunyai beberapa pertanyaan:
1) Adakah B.ingeris sangat ditekankan untuk menjadi PTD?
2) Selepas lulus PAC, berapa kalikah interview yang perlu dihadapi atau hanya sekali interview sahaja?
3) Setahu saya, terdapat 7 aktiviti di PAC dan adakan kesemua aktiviti menggunakan bahasa Inggeris? Can u give some advice here because i’ve no self-confident related to english language. TQ
10/04/2008 at 1:36 pm
Buat Ahmad,
1. Bahasa Inggeris memang ditekankan untuk menjadi PTD.
2. Selepas lulus PAC, lazimnya hanya sekali sahaja calon-calon ditemuduga.
3. Dua bahasa yang utama digunakan semasa PAC ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadi berusahalah untuk menguasai kedua-dua bahasa dengan baik.
19/04/2008 at 1:52 am
Salam,
Tahniah dan terima kasih buat saudara!
Dan alhamdulillah…saya juga telah lulus ujian bertulis baru-baru ini. Soalan saya:
1)Bilakah calon yang lulus akan dipanggil untuk PAC?
2)Bilakah PAC biasanya dijadualkan?
3)Selain dari 7 tip yang diberi, apakah persediaan lain untuk PAC? Atau boleh saudara syorkan mana-mana bahan/tempat rujukan bagi peringkat PAc dan seterusnya?
4)Mengikut perkiraan saudara,berapa lamakah masa yang akan digunakan bagi keseluruhan proses perujian dan perlantikan PTD jika berjaya?
Terima kasih.
Wassalam
20/04/2008 at 7:32 am
Wslm,
Intan,
Jawapan soalan Intan adalah seperti berikut:
1. Calon yang lulus peperiksaan khas memasuki PTD pada 16.2.2008, sebahagian besarnya telahpun dipanggil untuk PAC.
2. PAC yang terdekat ialah sekitar bulan Mei 2008.
3. Sebenarnya tiada bahan/tempat rujukan yang rasmi bagi PAC kerana ia adalah maklumat rahsia. Tetapi saudari boleh bertanya kepada rakan-rakan yang pernah melalui peringkat tersebut.
4. Tempoh masa proses ujian dan pelantikan PTD yang berjaya adalah lebih kurang 6 bulan atau kurang.
22/04/2008 at 3:02 am
slm,
basically apa preparation sebelum menghadiri PAC…besides improve stamina utk larian 2.4 km?
22/04/2008 at 10:15 am
Wslm,
Preparation yang paling penting ialah pengetahuan anda mengenai isu-isu semasa. Ini penting bagi anda untuk mengulas, menganalisa dan memberi pandangan yang bernas dalam aktiviti-aktviti yang dijalankan.
23/04/2008 at 5:37 pm
salam tuan salehuddin,
berdasarkan banyak maklum balas d portal ptd saya dimaklumkan bahawa bmi memainkan peranan penting untuk melayakkan diri ke peringkat temuduga bg jawatan ptd (selepas pac)
sebagai seorg ptd, apakah pandangan tuan tentang isu ini
bagaimana pula sekiranya calon mencapai sekurang2nya gred b (bawah 15min) tetapi tidak menepati bmi yang ideal.
sekian.
24/04/2008 at 7:40 am
Wslm,
Buat nurfa,
Di dalam skim perkhidmatan, tidak ada syarat BMI tertentu untuk lantikan PTD. Justeru itu anda tidak perlu risau perkara tersebut.
25/04/2008 at 4:29 am
salam tuan salehuddin,
terima kasih kerana meluangkan masa untuk menjawab pertanyaan saya. semoga tuan lebih berjaya di masa hadapan dan dapat menerbitkan lebih banyak lagi buku yang berkaitan perkhidmatan awam sebagai panduan bagi mereka yang berminat untuk berkhidmat dalam sektor awam.
25/04/2008 at 3:10 pm
Wslm,
Buat Nurfa,
Terima kasih kembali. Sekarang ini saya dalam usaha menulis beberapa buah buku berkenaan perkhidmatan awam buat panduan bagi yang berminat. Insyallah akan terbit dalam masa terdekat.
26/04/2008 at 4:38 am
salam..
tuan salehuddin,
adakah setiap aktiviti di pac mempunyai markah penilaian?bagaimana calon2 dinilai?
adakah di pac mempunyai peperiksaan bertulis?
sekian,terima kasih.
27/04/2008 at 5:02 pm
salam en salahuddin
saya termiss program PAC memandangkan pd tarikh saya perlu mendaftar iaitu 25/4 saya perlu menghadiri sesi interview peringkat akhir di sebuah kemnterian kerajaan.
adakah saya akan di blacklist sekiranya tidak menghadiri PAC ini dan saya akan dipanggil exam semula pd bln 8 nanti??
sekian wassalam
30/04/2008 at 12:07 am
Wslm Encik Mozak,
Jika saudara termiss program PAC,nama anda tidak akan disenarai-hitamkan. Bagi exam bulan 8 nanti, saya cadangkan saudara mengisi semula borang SPA8.
02/05/2008 at 1:26 am
Salam En Salehudin,
saya ingin bertanya,
1-Bagi soalan temuduga kemasukan PTD,sekiranya saya menjawab setiap soalan dalam bahasa inggeris walaupun ditanya dalam bahasa malaysia,adakah itu mempengaruhi markah temuduga?
-saya agak sukar untuk mengatur bahasa sekiranya ditanya dalam 2 bahasa bergilir-gilir.
2-biasanya soalan yang ditanyakan setahu saya adalah mengenai isu-isu semasa,kursus ijazah yang diambil,dan sumbangan saya terhadap ptd sekiranya berjaya,adakah encik rasa ada soalan lain akan ditanya luar dari skop yang saya telah nyatakan tadi? cthnya-kabinet malaysia yang terbaru,isu-isu politik semasa(pilihanraya umum baru2 ini) dan isu2 sensitif seperti altantuya dan isu kehakiman negara baru2 ini.
3.saya adalah lepasan universiti sesi 2007.saya sudah mendapat kerja dengan kementerian kesihatan,namun demikian panggilan penempatan masih belum dibuat lagi.memandangkan minat yang mendalam terhadap ptd, saya ingin mengambil ujian ptd.setakat ini saya sudah selesai diperingkat PAC.memandangkan saya baru sahaja tamat belajar dan belum mempunyai pengalaman kerja yang secukupnya,adakah ini akan menjejaskan pertimbangan terhadap resume saya untuk menyertai PTD?
Sekian terima kasih.
02/05/2008 at 1:51 am
Salam En Salehudin,
Satu lagi soalan yang saya ingin ajukan kepada encik,adalah mengenai temuduga yang selanjutnya (kira-kira pada hujung bulan 5 atau awal 6 nanti),berdasarkan pengetahuan encik,berapa ramaikah pengambilan para PTD yang akan dibuat spesifik untuk sesi temuduga yang berkenaan?
Sekian terima kasih.
05/05/2008 at 4:04 pm
Salam
Saya tlh mlalui PAC 2/5 lps…bilakah kptusan PAC akn kluar?adakah mlalui laman web spa juga?
Sekirany xberjaya adakah sy akn dberitahu jg?
TQ
06/05/2008 at 12:01 pm
Wslm,
1. Penggiliran berbahasa Melayu dan Inggeris mempunyai nilai pemarkahan.
2. Soalan-soalan temuduga boleh datang dari pelbagai sudut.
3. Tiada diskriminasi terhadap lepasan graduan baru.
4. Untuk mengetahui jumlah pengambilan spesifik PTD bagi setiap urusan, anda perlu layari laman web SPA.
5. Untuk mengetahui keputusan PAC sama ada anda berjaya atau tidak, anda boleh rujuk laman web SPA.
08/05/2008 at 4:46 am
saya akan menjalani pac pada 16 mei 2008 ini.saya nak tahu berape calon yang akan menyertai pac ini dan berape jawatan ptd yang perlu diisi bagi ambilan kali ini.
12/05/2008 at 11:13 am
Wslm Norizan,
Maklumat tidak rasmi menyatakan seramai 4+++ orang calon yang akan menyertai PAC kali ini dan jumlah jawatan yang yang akan diisi ialah lebih kurang 6++ iaitu termasuk lantikan tetap dan kontrak. Apapun sila rujuk laman SPA untuk maklumat rasmi.
19/05/2008 at 6:25 am
Semasa PAC apakah Kriteria yang para panel nilai dan cari pada setiap calon?
19/05/2008 at 8:07 am
Assalamualaikum En Salehuddin…
Saya ingin bertanya samaada bagi kemasukan yg akan datang, calon yang gagal dalam temuduga PTD yg pertama pada Januari 2008 yang lalu akan diberi peluang utk menghadiri sesi temuduga ke-2.. ?
Soalan ke-2, adakah benar bahawa seseorang calon yg sedang berkhidmat dalam jawatan kerajaan perlu disahkan jawatannya terlebih dahulu sebelum boleh diterima sbg PTD..?
terima kasih.
27/05/2008 at 6:01 am
Salam saudara,
Saya ingin bertanyakan pendapat saudara sbg org lama PTD.Perlukah saya menghadiri 2nd attempt interview PTD yg akan dtg ini (1st interview saya gagal)..sedangkan saya bercadang mengikut suami ke luar negara pd thn dpn utk tempoh lebih kurang 4 thn.Jika saya menghadiri interview PTD itu nnt dan andaikata saya berjaya,sudah tentu saya perlu melengkapkan diri hingga ke peringkat DPA sblm disahkan jawatan.Benarkah ‘cuti tanpa gaji’ hanya dibenarkan bg mereka yg sudah sah jawatan shj?..Jika benar,saya agak ragu2 utk membuat kptsn samada untuk menghadiri interview itu nnt atau saya postpone dahulu keinginan saya utk menjadi PTD sehingga saya pulang ke M’sia semula nnt. Pandangan saudara amatlah dihargai.Terima kasih
05/06/2008 at 3:35 am
Salaam En. Salehuddin,
Saya kagum dengan pencapaian saudara. Boleh saya tahu bagaimana saya boleh hubungi suadara? dan saudara dari batch mana?
Sekian, dan salam perkenalan.
Ghiya
12/06/2008 at 11:54 pm
salam tuan,
saya akan menghadiri temuduga PTD pada 18 june 2008… saya rasa tak yakin lansung sekiranya soalan mengenai parlimen atau apa2 jua dalam struktur pemerintahan kerajaan di tanya dalam bahasa inggeris…saya boleh berbahasa inggeris tapi saya agak gemuruh bila ditanya spontan dan mesti bahasa inggeris saya menjadi bahasa pasar….
bolehkah saya menjawab bahasa malaysia jk soalan itu saya x dapat jelaskan dalam bahasa inggeris…
saya xyakin lansung tentang interview ini….
sekiranya saya tidak pergi…adakah nama saya akan di black list oleh SPA…terima kasih,wslm
25/06/2008 at 12:12 pm
assalamualikum En Salehuddin…
Saya sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda pengurusan hal ehwal antarabangsa Di UUM.
Saya ingin bertanya prospek kerjaya saya dalam kerjaya sebagai PTD.Bagaimana?
06/07/2008 at 2:49 am
dihargai jka sdra dpt memperkenalkan kpd rakan2 spt rashid, pelalajr dr rusia tersebut sbb sye ingin belajar bahas rusia.
06/08/2008 at 8:05 am
salam tuan…
saya liyanaa.saya baru ja dpt surat untuk menghadiri peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan awam gred 41 iaitu penguasa kastam W41, pegawai tadbir N41 and pegawai tadbir dan diplomatik M41… soalan saya, adakah exam ini sama dgn PTK?
thanks
11/08/2008 at 4:44 am
salam…
saya ingin bertanya tip2 atau contoh2 soalan yang terbaru jika ada untuk persediaan saya menjalani peperiksaan pada 23hb ogos ini…
terima kasih…
12/08/2008 at 7:49 am
hai liyanaa n nelly, i pu dapat surat exam ptd 23rd bulan ni di sekolah saujana impian kajang..u all kat mana??
En salehuddin, saya ingin bertanya mengenai teknik2 menjawab soalan peperiksaan, kerana saya maklum daripada org yang pernah menduduki peperiksaan ini, yang mereka tidak cukup masa untuk menjawab soalan..
dan adakah perlu untuk membawa kalkulator untuk menjawab soalan matematik?
TQ
12/08/2008 at 11:39 pm
Buat tiemie,
Isu masa tiduk cukup untuk menjawab memang perkara biasa. Pandangan saya adalah kerana tidak cukup persediaan. Maklumlah subjek-subjek yang disoal bagi kebanyakan calon sudah lama ditinggalkan. Antara perkara yang dicadangkan untuk mengatasi perkara ini adalah dengan membuat agakan bijak jika benar-benar kehabisan masa. Kalkulator biasanya tidak dibenarkan di bawa masuk ke dewan.
14/08/2008 at 2:35 am
Boleh saya tanya berapa had umur bila nak memohon jadi PTD?.Adakah yang berumur 30 tahun boleh dapat jadi PTD.
14/08/2008 at 4:59 am
salam,
Saya ingin bertanya sekiranya, gagal dalam temuduga PTD, adakah saya kena bermula dari mengambil exam semula?
14/08/2008 at 8:56 am
Buat Aziz,
Ketika ini had umur memohon PTD adalah 54 tahun. Jadi saudara masih boleh memohon menjadi PTD.
Buat Nana,
Sekiranya gagal dalam temu duga PTD, saudari perlu bermula dari mengambil peperiksaan semula.
15/08/2008 at 4:00 am
Hi!
Syabas atas blog ini. Saya baru mengetahui mngenai blog ini dan saya rasa blog ini sgt2 berguna kepada semua yg berminat utk menceburi PTD. Saya pun mempunyai minat mendalam utk menceburkan diri dalam PTD tp masih belum ada rezeki (might be). Saya harap lebih byk lg warga2 PTD yg akan membantu sesiapa yg berminat dalam bidang ini.
Thanks
21/08/2008 at 1:53 pm
Askum,
saya adalah pelajar tingkatan 5 2008
saya berminat untuk menjadi seorang diplomat.
adakah saya perlu menjadi PTD terlebih dahulu?
boleh encik terangkan dengan lebih jelas?
24/08/2008 at 3:59 am
Wslm,
Buat Za,
Tahniah atas minat untuk menjadi diplomat. Secara umumnya Za perlu menjadi PTD untuk menjadi diplomat. Caranya ialah selepas terpilih menjadi PTD, Za boleh meminta untuk berkhidmat di Kementerian Luar Negeri. Dari sini perjalanan menjadi diplomat sudah bermula.
25/08/2008 at 12:36 am
Pd tarikh 23.8.08, saya telah mengambil peperiksaan PTD di Sek men keb saujana Impian Kajang. Saya dah buat persedian lengkap untuk menghadapi peperiksan ini tetapi saya betul kecewa dgn diri saya krn tidak sempat menghabiskan kertas matematik saya dan saya agak letih bila menjawab soalan esei. Perasaan saya masih terganggu kerana amat benar saya mahu jadi sebahagian PTD. Tolong nasihatkan saya krn saya rasa kemungkinan saya tidak lulus.
25/08/2008 at 1:02 am
Buat Normaliza,
Keadaan sebegini turut pernah dihadapi oleh penulis dan rakan-rakan lain. Oleh kerana peperiksaan telahpun selesai, kini yang mampu dibuat adalah banyakkan berdoa dan tawakal. Selain itu mungkin saudari boleh membuat post mortem untuk mengatasi kelemahan yang diketahui.
04/09/2008 at 5:46 am
Saya telah menduduki peperiksaan sebanyak 2 kali utk jawatan ptd. Namun belum lagi lulus setakat ini. Saya memiliki Ijazah dan soalan saya, adakah saya perlu menyambung pelajaran saya atau mengambil diploma bidang yang berkaitan untuk dijadikan sebagai nilai tambah bagi memohon jawatan ini? Memandangkan saudara sendiri memiliki banyak kelulusan. TQ.
04/09/2008 at 2:47 pm
Buat Syamilah,
Kelulusan yang banyak tidak menjamin untuk terpilih menjadi PTD. Apa yang penting adalah saudari lulus ketiga-tiga saringan kemasukan. Sekiranya saudari memiliki Masters atau Phd, bezanya adalah tangga gaji permulaan saudari nanti iaitu lebih tinggi daripada calon yang memiliki ijazah sarjana muda.
05/10/2008 at 6:31 am
sy merupakan pelajar tahun akhir di UIAM..bagaimanakah cara untuk menjadi PTD..adakah sekadar dengan mengisi borang SPA secara online?
dan apakah peluang untuk tangga gaji menaik?
05/10/2008 at 9:06 am
Tuan,
Salam Sejahtera, saya berasa amat kecewa kerana:
saya telah lulus ujian PTD yang dikatakan agak sush tu pada bulan Februari..Pada bulan Mei saya disuruh untuk hadir ke INTAN Kluang untuk assessment… tetapi saya tidak menghadiri kerana masalah tertentu..bulan Ogos, saya dapat lagi tawaran untuk menduduki Exam PTD.. sekali lagi saya menolak…
Tuan,kini saya amat menyesal dan bertekad untuk mengambil ujian ini semula dan menjadi seorang PTD yang berkewibawa…adakah saya perlu mendaftar semula? Adakah saya akan ditolak kerana tidak mengedahkan tawaran ini kerana masalah2 peribadi? Apa yang saya harus lakukan untuk mencapai cita-cita ini..
Tuan, adakah kaum lain-lain ( Cina dan India )selain daripada Melayu lebih senang untuk menjadi PTD?Kerana kaum-kaum ini kurang berminat untuk menjawat jawatan kerajaan.
Tuan, saya boleh bertutur lebih daripada 5 Bahasa Asing dan sedikit dialek..adakah peluang saya lebih cerah ketika menjalani PAC?
Adalah peluang saya lebih cerah kerana saya pernah dan berpengalaman menjadi Pembantu Khas kepada salah seorang Setiausaha Parlimen merangkap Ahli Parlimen XXX?
Tuan, setelah menjadi PTD, adakah peluang melawat ke luar negara lebih cerah?
Saya telah mengisi semula borang PTD.. Apakah langkah seterusnya yang perlu saya lakukan?
Tuan boleh tak Tuan reply dalam email say.
Sekain Terima Kasih..
10/10/2008 at 2:05 pm
Salam…
saya seorg dari Gred DGA 29 dah masuk tahun ke 6… sedang buat degre secara PJJ-UKM pengajian islam (al-quran & as-sunnah).
Berminat dengan kerjaya PTD sebab lebih berminat kerjaya pengurusan & pentadbiran.
Persoalan.
1 Boleh tak saya tukar skim perkhidmatan dari DG ke M?
2 Kalau boleh bagaimana caranya? Adakah lepas dpt degre trus aply PTD atau aply DG41 dan disahkan jawatan dulu dalam DG41 baru aply PTD?
16/10/2008 at 8:12 am
Askum cik salehuddin..
Anyway sye bru dipanggil temuduga untuk jawatan pembantu tadbir(perkeranian/operasi) pada 10/11/2008..Actualy sye plajar ipta/ipts yg sedang menjalani praktikal skrg..Adakah saya akan diterima bekerja di sana??Atau ditolak serta merta kerana status sye seorang student lg..Emm
21/10/2008 at 5:36 am
Assalamualaikum en salehudin…
Saya merupakan seorang suri ruma yg sblom ini adalah pekerja d slh sbuah syrikat swasta…Saya telah menerima panggilan temuduga dari spa sbgai pembantu tadbir p/o pada 31.10.2008 nanti…saya sbnarnya pernah menghadiri bbrapa tmuduga spa tp blom rezki untuk berkhidmat ngan perkhidmatan awam…Saya berharap kali ini saya akan berjaya… Masalahnya saya kurang yakin ngan diri saya selain dr lemah dlm penguasaan bahasa inggeris…Apakah yg patut sya lakukan sblom menghadiri temuduga?
terima kasih…
26/10/2008 at 1:16 am
Tuan, Kurang PTD Cina Dan India….Adakah kurang permohonan daripada kaum ni atau ?
28/10/2008 at 12:42 am
Tuan, ngapa tuan lambat reply email kami?
28/10/2008 at 5:18 am
Buat King,
Kekurangan PTD Cina dan India pada umumnya adalah kerana kurangnya permohonan daripada mereka.
28/10/2008 at 7:57 am
Tuan, setiap hari saya semak bahagian ini untuk mendapat jawapan daripada Tuan..tetapi Tuan belum lagi menjawab soalan saya…Tuan telah menjawab soalan king walaupun dia lambat bertanya soalan…
Terima kasih tuan
28/10/2008 at 11:44 pm
Buat Mark,
1. Oleh kerana Mark telah banyak kali menolak untuk menduduki peperiksaan, PAC dan sebagainya, Mark perlu mengisi semula borang permohonan. Selain itu penolakan selama ini pastilah sudah menjadi sebahagian dari rekod SPA.
2. Kaum-kaum lain tidak didiskriminasi dalam pemilihan PTD.
3. Peluang dipilih adalah cerah jika mampu menguasai pelbagai bahasa.
4. Pengalaman kerja lalu tidak menjadi syarat dalam pemilihan. Yang penting adalah lulus ketiga-tiga peringkat tapisan.
5. Peluang melawat ke luar negara sentiasa ada.
6. Jika telah mengisi semula borang, Mark perlu tunggu urusan pengambilan akan datang. Jadi sentiasalah menunggu pengumuman oleh pihak SPA.
Sekian.
29/10/2008 at 1:05 am
Tuan,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjawab soalan2 saya.
Untuk pengetahuan Tuan, saya telah menghadiri peperiksaan PTD, cuma sekali sahaja TIDAK HADIR KE PAC…kerana masalah peribadi….BUKAN BANYAK KALI TUAN..
Tuan, saya telah mengisi semula permohonan tersebut dan telah mendapat slip pendaftaran daripada SPA. ADAKAH SPA AKAN MEMANGGIL SAYA SEMULA UNTUK EXAM PTD…
Tuan,lazimnya setahun berapa kali peperiksaan PTD dan biasanya pada bulan berapa Tuan?
Sekian, Terima Kasih…
Regards
Mark
29/10/2008 at 5:01 am
Buat Mark yang budiman,
Jika Mark sudah mendapat slip pendaftaran, kebiasaannya akan dipanggil untuk peperiksaan semula. Biasanya peperiksaan PTD hanya dua kali setahun. Untuk mengetahui bulan berapa, Mark perlu merujuk kepada jadual peperiksaan di laman web SPA. Namun untuk tahun 2008, sudah tiada peperiksaan lagi.
29/10/2008 at 6:16 am
Salam Sejahtera Tuan,
Terima Kasih Banyak2 Tuan kerana sudi meluangkan masa Y.Bhg Tuan untuk membalas mail ni..
Tuan, bagaimanakah cara untuk saya membeli buku Tuan, Kerjaya Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik?
Untuk pengetahuan Tuan, banyak kedai buku yang saya telah cari tetapi masih tidak dapat berjumpa lagi..
Sekian Terima Kasih….May God Bless You…
Regards
Mark
29/10/2008 at 7:13 am
salam… sudilah kiranya tuan dapat jawab soalan saya di atas.. Sekian terima kasih.
29/10/2008 at 2:32 pm
Buat Cikgulan,
1. Boleh bertukar dari skim DG ke M tetapi perlu mendapat pelepasan dan telah disahkan dalam perkhidmatan.
2. Seeloknya cikgulan menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dahulu. Kemudian mohon jawatan PTD. Pastikan telah mendapat pelepasan dari kementerian pelajaran dan telah disahkan dalam Gred DGA 29.
29/10/2008 at 2:44 pm
Buat Mark,
Mark boleh mendapatkan buku Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik melalui http://www.mph.com.my atau terus dari penulis. Caranya klik pada side bar blog ini.
29/10/2008 at 10:35 pm
Salam….
Terima kasih di atas komen & bantuan pihak tuan salehuddin.
Saya telah disahkan dalam jawatan di gred DGA 29.
Persoalan saya ialah.. adakah saya boleh aply ke M41 setelah menamatkan pengajian ijazah sarjana muda walaupun masih di DGA 29/ DGA 32 (time base) atau saya perlu mohon DGA 41 dan disahkan dalam jawatan DGA 41 dahulu baru mohon ke M41.
Kalau ikut pandangan dan nasihat tuan macam mana?
Sekadar mohon pandangan….
29/10/2008 at 11:36 pm
Buat cikgulan yang budiman,
Cikgulan boleh memohon M41 setelah tamat pengajian ijazah sarjana muda walaupun masih di DGA 29/DGA 32. Yang penting perlu dapat pelepasan dari pihak berkuasa melantik sebagai guru terlebih dahulu. Ini kerana jarang skim guru dapat bertukar ke skim PTD kerana tidak mendapat kelepasan daripada mereka.
30/10/2008 at 1:07 pm
Salam,
Saya ingin bertanya,saya baru dapat call dari putrajaya untuk interview pada sabtu ini. Apa yang perlu saya tahu??
Tolonglah saya, saya bingung.
31/10/2008 at 6:12 am
Buat Fadila,
Tahniah kerana dipanggil untuk temuduga. Fadila sepatutnya bergembira kerana ribuan lagi di luar sana belum mendapat panggilan berkenaan. Pandangan kami adalah Fadila membuat persediaan yang sepatutnya. Semoga berjaya!
01/11/2008 at 5:49 am
Salam, Ramaikah Kaum India Dan Cina yang menjadi Pegawai PTD… Setakat ini ada berapa orang yang berdaftar dengan JPA? Setahun berapa ramai kaum India dan Cina yang apply PTD? Berapa ramaikah yang berjaya? TQ
02/11/2008 at 12:57 pm
Buat King,
Wslm. Adapun statistik lantikan PTD mengikut kaum belum dikeluarkan secara rasmi oleh pihak SPA. Harap maklum.
04/11/2008 at 4:31 am
Selamat pagi En Salehuddin,
Laman web encik memang memberikan semangat untuk saya menghadiri peperiksaan PTd yang dijalankan pada 23/8. Saya telah berjaya di dalam peperiksaan. Bilakah agaknya say akan dipanggil untuk ditemuduga? Tetapi pagi ini saya telah menelefon pejabat SPA, tetapi pegawai berkata SPA akan memanggil tahun depan. Perlukah saya tunggu sebegitu lama? Saya tak sabar-sabar nak menghadiri temuduga dan kursus.Perlukah saya menelefon semula pejabat SPA?
Harap En Salehuddin akan memberikan nasihat.
Terima kasih
04/11/2008 at 7:13 am
Salam, Tuan..
mengikut pengalaman Tuan, agak2 lazimnya bulan berapa exam PTD? TQ
04/11/2008 at 8:32 am
Salam….
Buat king…. Segala persoalan asas berkenaan PTD seperti tarikh exam… Bila PAC atau temuduga. Tuan boleh semak di web SPA…
04/11/2008 at 8:33 am
web SPA: http://www.spa.gov.my/
05/11/2008 at 12:58 am
Salam Cikgulan
Maksud Cikgulan, tarikh exam 2009 sama dengan tarikh exam 2008?
05/11/2008 at 6:12 am
Saya tidak bermaksud tarikh exam tersebut sama. Segala maklumat berkenaan tarikh exam, PAC, atau temuduga akan dikemaskini di laman web SPA. Rujuk selalu di laman web SPA. SPA akan kemaskini maklumat tertentu untuk makluman semua.
05/11/2008 at 7:05 am
Buat Cikgulan,
Setiap hari sy semak SPA.saya cuma ingin mendapat kepastian daripada mereka yang berpengalaman terhadap sistem JPA.adakah tawaran PTD ini lazimnya diadakan pada bila……seimbas semak, saya dapat buat kesimpulan bahawa ujian akan diadakan pada awal tahun dan pertengahan tahun….Sekiranya boleh, saya ingin tahu agak2nya dalam bulan berapa..2,3 atau 4…..
Sekian…..
11/11/2008 at 3:14 am
Salam.
Buat kawan2 yang tertanya2.saya sudah membuat analisa untuk thn 2008. saya tidak mempunyai tarikh2 tahun yang lain.. maka di sini saya ingin menyimpulkan bahawa Dalam Setahun, peperiksaan PTD akan diadakan 2 Kali…Sesi 1, Ujian akan diadakan pada bulan Februari, PAC bulan April dan May manakala Jun Interview….Sesi 2 : Exam bulan 8, PAC 10-11, Interview 12….. so inilah analisis yang dapat saya simpulkan..
17/11/2008 at 5:53 am
Impian Dan Realiti tidaklah sejauh yang disangka
03/12/2008 at 1:29 pm
Assalamualaikum En Salahudin…
Syukur alhamdulilah telah lulus exam ptd pada bulan 8 yang lepas dan telah di panggil untuk menghadiri PAC di kluang bulan 12 ini. Soalan yang ingin saya tanyakan pada En Salahudin ialah:
1) Adakah aktiviti/modul terbaru sama dengan yg lama memandangkan ia hanyalah program sehari?
2)Apakah kriteria yang di pentingkan semasa menilai calon-calon yang hendak menjadi seorang PTD semasa program PAC dijalankan?
sekian terima kasih… di Harap Encik sudi memberikan pandangan dan membalas di email saya
05/12/2008 at 5:56 am
Assalamualaikum En. Sallehuddin,
Saya ada kemyusyikilan untuk bertanya berhubung dengan PAC. Mei lalu, setelah lulus ujian bertulis PTD, saya telah di panggil untuk mengikuti PAC selama 3 hari. Namun saya gagal dalam PAC. Baru2 ini saya menerima panggilan untuk mengikuti PAC sekali lagi yg di jadualkan akan diadakan pada Sabtu 13/12 (1 hari sahaja) dan saya dinyatakan bahawa pakaian untuk aktiviti pada hari tersebut merupakan pakaian sukan. Bolehkan En. Sallehuddin terangkan kenapa ujian PAC kali ini hanya satu hari? dan kenapa saya di panggil semula? adakah ini satu kesilapan? terima kasih..
07/12/2008 at 2:59 pm
Kemusykilan yang sama terlintas di fikiran saya, saya telah membaca beberapa blog mengenai kerjaya seorang PTD sebelum ini. Kebanyakannya menyatakan bahawa terdapat 7 aktiviti tetapi sekarang saya dimaklumkan melalui surat tawaran ke PAC yang saya terima bahawa terdapat hanya 3 aktiviti dimana saya disuruh berpakaian sukan. Untuk pengetahuan Encik, PAC saya akan dijalankan di INTAN Kemaman.
Harap Encik dapat membantu kami yang berada dalam kemusykilan ini. Sekian.
08/12/2008 at 6:55 am
Encik Sallehuddin,
mengapakag PAC ptd sekarang hanya sehari dan apakah perisian sepanjang hari tersebut. saya ingin membuat persediaan tetapi kurang maklumat.
terima kasih
08/12/2008 at 3:19 pm
Assalamualaikum
Pertama kali saya membaca blog saudara, ia banyak membantu saya serba sedikit berkenaan dengan jawatan yang di sandang oleh saudara. Saya merupakan pelajar sarjana di salah satu universiti tempatan dan telah lulus ujian bertulis PTD Ogos lepas. InsyaAllah, PAC akan diadakan pada minggu hadapan. Saya masih musykil berkenaan pemakaian yang diwartakan di dalam surat tawaran dimana saya perlu berpakaian sukan. Selain itu, saya ingin berkongsi tips dari saudara untuk menempuh sepanjang aktiviti PAC diadakan..terima kasih..
Wassalam
12/12/2008 at 2:02 am
Hi Tuan Salehuddin, I ada keraguan sedikit. Saya akan menghabiskan pelajaran saya pada tahun depan (Phd under Slai-kpt). Sekiranya saya ingin menjadi PTD, adakah skim gaji saya akan bermula pada m41? Utk pengetahuan tuan, jika i balik ke jabatan saya, saya akan menjawat ds51 selepas tamat phd dan pada masa yang sama saya ialah pegawai kerajaan pula. Bagaimana pula dengan kes saya ini? Fyi, I like the wider scope of opportunity in PTD.
17/12/2008 at 1:35 pm
Buat Ajik,
Jika saudara ingin bertukar ke perkhidmatan PTD, saudara perlu mendapatkan pelepasan pihak berkuasa yang melantik saudara terlebih dahulu.
17/12/2008 at 4:47 pm
Tuan Saleh,
Thanks for your speedy reply. Sekiranya pihak atasan saya setuju melepaskan saya, bgaimana pula kes ini? Sila komen.
19/12/2008 at 8:43 am
Buat Ajik,
Sekiranya ketua jabatan/pihak berkuasa melantik bersetuju melepaskan saudara, maka ia memudahkan proses pelantikan yang baru.
23/12/2008 at 6:04 am
salam saudara,
adakah memakai kot sangat kritikal semasa temuduga nanti.
terima kasih.
26/12/2008 at 1:38 pm
HI kawan2 yang nak jadi PTD..i ada info nok bagi tau u all sikit.baru2 ni member terjumpa balik kawan melalui face book. kawan kita ni PTD konon…tapi dia nampak ok..huhhhh, sungguh tak caya.masa kita nampak dia ngan member2 PTD yang lain kursus kat INTAN..macan tak caya….huh..hampa..semuanya muka seposen…Tak hensam…..macam besi karat pun boleh jadi PTD…pompuan pula,,nasib baik geng kita tu cantik..lain2 tu macam X pire date je…tak ngerti tap cap…macam nenek kampung..ni katakan PTD..masa pemilihan bukan main ketat..rupa2 nya muka karat pun leh masuk.ada yang perangai cam budak22….malu sungguh…Tak ada class…tak ada standart langsung…PTD bukan nak muka cantik2..tapi tu sumua tak leh tengok langsung…harap2 muka dua puluh sen yang akan dipilih…nampak muka pun …agak2 CGPA dalam 2.8 kot….oh..muka X TEN pun ada….aduhai….apa jadah ni..malu
30/12/2008 at 8:15 am
Hi King,
Muka tak Cantik or tak hensem tak boleh jadi PTD ker?
Salam En.Salehuddin,
Saya ada mendengar cerita bahawa sekarang ni PTD akan dilantik secara kontrak bukan lagi secara tetap, btul ker?
kalu dilantik secara kontrak, berapakah peratusan mereka dapat diserap tetap?
02/01/2009 at 10:23 am
bukan kata muka tak hensem/tak cantik tak leh jadi PTD..habis ngapa SPA memilih sangat,terlalu gemuk, tinggi, pendek semua tak sesuai…betul, sungguh…..kawan kpd member kita tu semua muka setengah sen..tu tak pe..ha..nak tau tak..masa posing ambil gambar mengalahkan budak2..tak ada rupa PTD yang telah ditapis…huh..malunya…king rasa,,muka2 karat mat / minah lumba tu lagi hensem danboleh jadi PTD..hiiii..
03/01/2009 at 8:46 am
king,
tak baik awak mengutuk org, itu kan rezeki masing2, buruk ke, tak hensem ke tu suma ciptaan Allah, mengutuk atau mencerca ciptaan Allah sama seperti merendahkan kekuasaanNya…
bro salehudin,
fyi, saya dulu penah menghadiri peperiksaan PTD, dan lulus, tp saya menolak utk pergi menghadirkan kursus di Dungun atau Kemaman (kalau tak silap saya) ketika itu sbb saya dah dpt tawaran keja yg lain. Skrg saya rasa mcm berminat utk mencuba semula utk jawatan PTD ni, adakah kemungkinan nama saya telah di’blacklist’?
05/01/2009 at 12:41 am
salam…
bz ke En. Salehuddin?
05/01/2009 at 8:58 am
Salam.. persoalan timbul mengenai Gantian Cuti Rehat.
Saya sekarang berada di gred DGA29…
Adakah cuti rehat khas saya masa skim DGA29 akan diambil kira jika saya masuk ke skim DG41…
Kemudian adakah cuti tersebut boleh dibawa ke skim M41 untuk pengiraan GCR nanti jika saya masuk ke skim ini.
06/01/2009 at 8:27 am
Satu lagi nak tanya…
Berkenaan pekeliling yang baru dikeluarkan mengenai kadar GCR yang berubah kepada 150 hari daripada 120. Bil 18,2008.
Adakah cuti 120 untuk mereka yang kekal dengan pekeliling lama dan 150 untuk yang menerima opsyen bagi pekeliling bil 14,2008.
Ataupun semua layak untuk kumpulkan GCR sehingga maksimum 150 hari….
Perkara ini diperbincangkan oleh kami kerana pekeliling bil 18,2008 tidak begitu jelas maksudnya.
Harap tuan Salehuddin dapat komen…
Ingin penjelasan…
12/01/2009 at 4:05 am
Buat Cikgulan,
Maaf kerana lambat memberi pandangan. Untuk soalan perubahan jumlah cuti GCR tersebut, penulis difahamkan semua kakitangan awam layak mengumpulkan GCR dengan kadar yang baru. Manakala bagi cuti rehat kakitangan yang bertukar skim, mereka akan membawa bersama baki cutinya ke skim barunya kerana perkhidmatannya dengan perkhidmatan awam tidak terputus.
12/01/2009 at 6:54 am
Terima kasih tuan salehuddin…
Saya kini berada di gred DGA29…
Sedang mengikuti sarjanamuda (kepujian). Sekiranya saya berminat untuk KPSL ke skim M41 adakah penilaian prestasi tahunan di gred DGA29 dikira sebagai satu syarat lantikan ke M41. Masalah yang timbul kami di skim DG ni kebanyakan GB atau pentadbir begitu “kedekut” markah. Tak semua sekolah macam ni tapi kebanyakannya macam tu la.
12/01/2009 at 2:04 pm
Buat Cikgulan,
Sama-sama. Menurut Surat Pekeliling SPA Bil. 2/2004, penilaian prestasi tahunan bagi calon KPSL akan diambil kira semasa temu duga.
13/01/2009 at 12:00 am
Buat saudara one yang tersayang..
King bukan mengutuk atau menghina sesiapa…saya rasa anda telah salah paham dengan i..sebenarnya, apa yang dimaksudkan secara tersirat ini ialah saya AMAT tidak setuju dengan cara pemilihan SPA bahawa orang yang terlalu gemuk dan kurus, tinggi dan rendah untuk jadi PTD..wajah molek dan sebagainya..bukankah ini satu penghinaan buat mereka..bukankah ini satu pencabaran maha Allah yang maha berkuasa….PENDEK KATA saya tidak setuju dengan cara pemilihan PTD..sekiranya ia amat mementingkan paras rupa dan bentuk badan..maka ngapa hasil pemilihan PTD baru ini menampakkan hasil yang amat mengecewakan..
SO..ini mesej ini sebenarnya untuk disampaikan kepada mereka ( SPA ) yang makan cili..dan PTD yang terpilih (yang sombong tak kena tempat) terlalu perasan..Jangan ingat anda jadi PTD tu..boleh sombong..sudah cantik di paras rupa atau IQ nya..ohhh tidak.Paham2 je lah..andakan PTD..pandai?mesti lah atau apa yang saya nak katakan..
so member yang terasa jangan salah paham..member ( PTD yang sombong) rasa lah engkau..memang ni tuk gosip u..so lain kali berkhidmat untuk masyarakat..bukannya nak bangga sangat ngan jawatan ptd mu yang mungkin disilap pilih oleh SPA..Pahamm..
King..
one Berkata
03/01/2009 at 8:46 am
king,
tak baik awak mengutuk org, itu kan rezeki masing2, buruk ke, tak hensem ke tu suma ciptaan Allah, mengutuk atau mencerca ciptaan Allah sama seperti merendahkan kekuasaanNya…
bro salehudin,
13/01/2009 at 12:10 am
salam en. salehudin…
betul ke skrg ptd dilantik secara kontrak terlebih dahulu?…
i need ur reply…
thanx
13/01/2009 at 1:14 am
bagi lantikan ptd baru M41 mulai 2009, semua lantikan adalah secara kontrak selama 1 hingga 3 tahun. penilaian dan tapisan akan dibuat secara berterusan sepanjang tempoh kontrak. DPA kini merupakan salah satu syarat lantikan dan bukan lagi sebagai syarat sah jawatan.
sekian terima kasih.
SYMP
13/01/2009 at 5:21 am
Buat Normy Haris,
Terima kasih atas makluman berkenaan.
13/01/2009 at 7:15 am
askum en salehuddin..
saya merupakan salah seorang calon PAC yang telah lulus baru2 ini.Cuma saya ada beberapa soalan iaitu:
1. Berapakah statistik kekosongan jawatan PTD yang terbaru?
2. Adakah markah yang dikumpul dalam PAC akan mempengaruhi sesi interview yang seterusnya?
Harapkan jawapan, terima kasih.
13/01/2009 at 12:05 pm
Salam
G Tahniah lulus PAC.
Bagaimana tahu keputusan itu.
SPA hantar surat ataupun check kat web.
En. Salehudin, bagaimana ya?
14/01/2009 at 2:40 pm
Salam…
Tuan Salehuddin… Saya ada satu lagi persoalan…
Isteri saya merupakan seorang guru di Tabika Perpaduan N11 (kontrak)..
Beliau juga memiliki ijazah sarjana muda (kepujian)..
Boleh tak beliau cuba untuk mohon KPSL ke gred yang lebih tinggi dan secara tetap (tidak lagi kontrak) atau apa-apa kaedah yang membolehkan beliau berkhidmat dengan kerajaan di gred N41..
Untuk makluman tuan, beliau telah pernah melalui exam PTD M41, telah lepas PAC dan telah pernah juga dipanggil temuduga PTD sebanyak 2 kali dan PTD kontrak sekali… Tetapi belum ade rezeki…
Ada apa-apa cadangan tak? Harap dapat bantu bagi penjelasan… terima kasih.
19/01/2009 at 6:11 am
Assalamualaikum En Salehuddin. Saya ingin bertanya sekiranya CGPA kita terlalu rendah, iaitu 2.22 Ijazah. Adakah peluang untuk mendapat PTD ni masih ada? Pernah tak seseorang yang CGPA begitu rendah diterima menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik?
19/01/2009 at 7:19 am
buat Anas,
SPA akan memberikan keputusan dalam laman portal webnya sebelum surat keputusan PAC dihantar sekali bersama2 dengan surat panggilan temuduga.Harap maklum.
19/01/2009 at 8:35 am
thanx Normy Haris………
19/01/2009 at 9:17 am
Hi kawan2.
Rasanya awal tahun ni..bila baru ada exam PTD ya?
Tak sabar2 nak exam..
20/01/2009 at 2:02 am
Assalamualaikum,
En Salehuddin,
Saya berminat nak masuk PTD tapi rasa macam was-was pula bila tahu bhw jawatan M41 adalah kontrak. Betul ke? Kalau macam tu, tak best lah..habis 3 thn kalau kerajaan tak nak kita kena buang/ tamatkan kontrak. Kursus DPA tu untuk syarat lantikan aje ke? Rugilah macam tu! Siapa yang nak join PTD nanti kalau kerja tak secure?
Harap dapat pengesahan.
Salam
20/01/2009 at 6:51 am
Bro, saya dah ambik 2x exam PTD. Macam mana nak lulus Exam PTD ni? Saya dari diploma sampai master tak pernah gagal. Tapi, exam PTD ni dah dua kali gagal!!! Tolonglah bagi teknik2 untuk lulus exam PTD ni…
Terima kasih bro.
21/01/2009 at 3:59 am
Salam semua, saya merupakan salah seorang yang lulus Pra-PAC baru baru ni. Kepada rakan-rakan yang bakal menghadiri temuduga.. marilah kita sama-sama berusaha ke arah kejayaan.
21/01/2009 at 4:14 am
Salam tuan,
Bilakah buku tuan akan dicetak lagi?
21/01/2009 at 10:19 am
Salam En.Salehuddin,
Bila agaknya tarikh interview PTD kali ini akan keluar. Dengar kata akhir bulan 2 ni. Bila tarikh sebenar akan diberitahu?
22/01/2009 at 9:50 am
Salam,
Saya pun lulus PAC yg diadakan pada 11/12/2008. Kini menunggu panggilan temuduga.
Apakah persediaan yang perlu dilakukan? Terima kasih.
22/01/2009 at 11:46 am
hi Kawan2…ada berita baik untuk anda semua..Buat kawan2 yang tidak sabar untuk menduduki peperiksaan PTD..Peperiksaan PTD M41 akan dilangsungkan pada 21hb Februari 2009 ( hari Sabtu) Surat panggilan telah dicetakkan pada hari ini dan akan dikirimkan kepada anda semua..hurayyyyy..yahooooo..saat2 yang dinantikan telah tiba..apa lagi,bagi mereka yang telah mohon ini lah saat2 yang dinantikan..apa lagi? baca lah banyak-banyak buku..khasnya akhbar..tidak kira berita apa pun..ingat bukan sekadar baca cam tu je..kena ingat nama2nya sekali..
Bye..semoga berjaya…Gong Xi Fah Cai buat member yang meraikan Tahun Baru Cina..
27/01/2009 at 3:12 am
Aper ni..igt ker interview PTD yang nk kuar, tp surat paggilan exam bagi sesi 2009 pulak yang sampai dlu.interview bila lg nih?!!!
Penantian suatu penyiksaan..
29/01/2009 at 3:08 pm
Salam…
Setelah 5 kali failed exam, ni kali percubaan kali ke 6. Persediaan lebih baik daripada dulu. Harap lulus exam 21/2 ni…aminn.. Tak larat dah nak keje mati kat swasta ni.. huhu.. Doakan untuk saya.. huhu..
Blog ni banyak membantu. Terima kasih En.Salehuddin..
31/01/2009 at 3:08 am
salam tuan..
tahun lepas saya dh g exam ptd..saya lulus dan dipanggil pac..ms pac saya yakin saya akan lulus..tp sygnyer rezeki saya xder ms tu..
lgpn ketika pac saya pregnant..jd saya tidak dibenarkn menjalani aktiviti larian 2.4km..adakah kerana itu markah saya dipotong..
dan adakah saya pregnant saya kurang diberi peluang utk lulus kerana selepas berjaya ditemuduga saya harus hadir kursus 10hr..
tp utk thn 2009 ni..saya telah dipanggil lagi utk exam ptd..saya akan berusah lg utk capai impian saya ni..saya mmg sungguh2 ingin menjadi seorg ptd..
thanks tuan
02/02/2009 at 6:27 am
i tak dapat surat lagi lahh..benci ni…….tak sabar2 nak exam…i dah pun pinjam buku2 ngan anak buah i yang form 5…buku form 6 yang penuh habuk pun dah dikeluarkan…Yes tahun ni aku nak harungi semua cabaran…tak nak dengar citer orang lain lagi..last year first time i ambik exam PTD..lulus pula tapi sayangnya tak gi assesment…..huh..hampa
02/02/2009 at 6:55 am
askum….
ape yang ptt sy tahu ttg ujian ptd ni…
sbb sy x de pengalaman dalam peperiksaan tersebut dan baru shja menamatkan pengajian saya di uum…peperiksaan khas ptd ni same ke nga peperiksaan skim 14 yang dtawarkan oleh spa?
boleh x trang serba sedikit apa persediaan yang perlu sy lakukan semasa menjalani peperiksaan ptd ini dan cara menjawab setiap soalan yang diberikan…tq
02/02/2009 at 9:22 am
Assalamualaikum,
En Salehuddin,
Bila nak jawab pertanyaan dalam forum ni? Postng saya pun belum terjawab lagi.. Tak sabar nak baca penjelasan dari tuan empunya diri berkenaan isu2 yang diutarakan!
Busy ka?
02/02/2009 at 11:14 am
Wslm,
Buat para pembaca sekalian,
1. Markah PAC adalah penting untuk ranking temuduga kelak.
2. Jika mengikut skim perkhidmatan, tiada CGPA minima untuk jawatan ini. Yang penting adalah mendapat ijazah sarjana muda (kepujian) dari universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.
3. Tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba di setiap peringkat tapisan adalah perkara biasa.
02/02/2009 at 1:16 pm
wow..dengar kata cam susah nak dapat lah ni…
kalau cam tu hancur lah impian saya……
03/02/2009 at 1:44 am
Hye En…
Boleh saya tau sebelum dipanggil utk 1 @ 2 ujian bertulis?
03/02/2009 at 2:02 am
Salam..
En. Salehuddin & kawan2…
Saya 1st time nak amek exam PTD ni…cuak rasanya..
ada apa2 tips untuk saya?
what preparation must to do? hahah
03/02/2009 at 11:58 am
Kawan2 demo kat kelantan dan Terengganu tu dah dapat surat panggilan exam..Hi….baca lah surat khabar……mesti keluar punya….jangan panik…soalan2nya senang aja..
kalau sesiapa yg lulus PAC tapi tak panggil interview sebaliknya dapat balik surat exam tu….entah lah nak cakap apa tentang SPA ni
03/02/2009 at 12:02 pm
kadang2 kita harus kedekut sikit..kita harus banyak berusaha untuk dapat tip peperiksaan..tidak adil lah bagi mereka yang banyak kali gagal…Oleh tu, bagi mereka yg first time…jangan putus asa..jangan kecewa..
petuanya..cuba dulu..gagal tu..usaha lagi…kehidupan tu satu persaingan..kalau saya bagi tau u….rugi lah i….i lebih seorang pesaing..bukan i kedekut ilmu..masa i exam pun sama aja..tak ada tip langsung..sibuk kerja overtime lagi..tapi lulus..kita harus bijak berfikir dan membuat keputusan..Jangan putus asa ketika menjawab soalan.
03/02/2009 at 3:45 pm
salam..
tuan, sy skrg sdg menunggu panggilan interview. dgrnya p’tengahan feb ni.dlm ms yg sm, sy terpilih utk mengambil exm pd 21 feb nti.
soalan sy:
- betul ke calon yg telah lulus pac (bln 12,08) x perlu mengambil exm akn dtg?
ms nk exm sy stdy buku MALAYSIA KITA n byk bc paper..
selain byk tgk forum portal ptd
03/02/2009 at 6:23 pm
sya bru dpt surat panggilan exam ptd pd 02/2/2009 nie, sya byk baca kat forum yg exam dia nie ssh nk lps…sya bru 1st time ambik exam nie,mmg dah cuak abis baca forum ttg ptd nie…rasa nk koyak kn jak surat tu kalo ssh mcm nie…rupa2nya ssh jgk nk jd bos nie…patut pn yg dh jd ptd 2,dh dorng x nmpk lubang telinga dorng…hehehe
04/02/2009 at 1:27 am
21 Februari 2009 ( Sabtu )
04/02/2009 at 1:29 am
Ujian Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41
21hb Februari 2009
Selamat Menjawab………..
04/02/2009 at 9:27 am
Assalamualaikum Salehuddin,
Pada 21 Februari 2009 ini, saya akan menduduki Ujian PTD. Ada tak buku rujukan untuk calon-calon yang akan ambil ujian ni. Ada tak jual buku contoh-contoh soalan ujian.
Terima Kasih.
04/02/2009 at 9:28 am
Assalamualaikum Salehuddin,
Pada 21 Februari 2009 ini, saya akan menduduki Ujian PTD. Ada tak buku rujukan untuk calon-calon yang akan ambil ujian ni. Ada tak jual buku contoh-contoh soalan ujian.
Terima Kasih.
04/02/2009 at 12:33 pm
apa ni..lambatnya dapat surat.dah nak masuk 5hb Februari ni..lembab tul..
04/02/2009 at 12:34 pm
Hi Kawan2..Berita sensasi dan tergempar…………
Nak Tau? Kini anda boleh semak di mana anda ditempatkan untuk menduduki peperiksaaan PTD M41..Mudah sahaja, anda hanya melayari http://www.spa.com.my..
Saya sudah semak..tapi masih tunggu surat.. biasa lah…
04/02/2009 at 12:41 pm
PTD Exam Count Down ::::::: 18 hari lagi termasuk hari ini……yesssssssssssss
05/02/2009 at 1:52 am
PTD Exam Count Down ::::::: 17 hari lagi termasuk hari ini……yesssssssssssss
05/02/2009 at 3:35 am
Assalamualaikum En. Salehuddin,
Saya dipanggil kali kedua untuk hadiri exam PTD di Putrajaya. Tetapi kali ini tak termasuk sahsiah diri. Adakah formatnya sama macam last year.
05/02/2009 at 6:58 am
a,kum tunang saya akan menjalani sesi temuduga bagi PTD dalam bulan mac 2009 nie boleh tak encik bagi sedikit tips2 tentang apa yg saya patut baca sebelum menjelang hari temuduga…
05/02/2009 at 10:10 am
salam..
1st n foremost…thnx to en.salehuddin..blog anda byk membantu sy…
utk makluman for those yg dh pass PAC dec lalu…date interview dh keluar..n keraguan utk menduduki xam pd 21/2/09 pn blh dikire dh lps…it’s up to us either want to sit the exam or not…it’ll not effect our interview..instead dier bole jd backup kiter if kite fail interview…
for those yg br 1st time duk exam PTD..my advise..just relax ur mind..n know bout the current issue…n also know a little bit bout pntdbrn kerajaan..bout world…if u couldn’t answer for one Q..just proceed to another Q..masa adelah limit utk kite pk kn jwpn yg kiter xtau…utk esei..anda memerlukan idea n kupasan yg baik…dun worry..just sit for exam…let it be after dat..
pd rkn2 yg dh pass PAC n wait for interview..i wish u all the best n gewd luck..xkesahla it’ll be kontrak or tetap…klu anda rs kontrak tuh x menjamin..forget bout dis post…only cream of the cream will be chosen…=)
p/s:neway..just to share this..try to join forum.ptdportal.com to know more bout the career as PTD…
05/02/2009 at 8:47 pm
Salam Tn.Salehuddin…
Boleh saya dapatkan tips untuk temuduga PTD tersebut?
06/02/2009 at 7:28 am
PTD Exam Count Down ::::::: 16 hari lagi termasuk hari ini……yesssssssssssss
06/02/2009 at 8:50 am
The game will begins..final interview bg PTD dh dapat diketahui..All the best utk sapa2 yang dh lulus PAC!!
06/02/2009 at 3:27 pm
After PAC..Final Interview….Tapi Kuota terhadkan?? mesti tak ramai yang terpilih…Gambathe
09/02/2009 at 12:09 pm
Yes..Exam
09/02/2009 at 6:09 pm
Hi kawan2 dah dapat Surat Panggilan Exam? Saya dah puas tunggu ? Tak dapat2 lagi ni….Nak salahkan siapa? Posman? SPA? Kerajaan ? atau PTD ( kerana kurang cekap menjalankan kerja) that y semua lambat..
Kepada PTD yang mungkin bekerja kat Pejabat Pos Malaysia atau SPA tu..paham2 lah…semak2 mana2 surat belum dikirimkan….jangan last minit..11 hari lagi saya nak exam..
Patut lah kerajaan Malaysia sentiasa dipersalahkan….Salah siapa? Saya pun tak tau..hanya RAKYAT MALAYSIA yang berhak untuk memberi jawapan setiap kali menjelang musim pilihanraya..
Ni lah punca……….dan kesilapan………( tambah ayat sendiri) kalau saya masukkan mesti ada yang tidak puas hati..
10/02/2009 at 4:21 am
kepada king, jgn cepat salahkan orang lain.. perkara seumpama ini sering berlaku.. SPA menghantar kira2 80,000 permohonan untuk exam PTD. Mungkin terdapat ketidakkeberkesanan dalam penghantaran surat, tapi SPA membenarkan calon membawa panggilan exam yang dicetak dari SPA portal.. gunakan option yang ada, nampak benar anda x tahu.. Camne nak jadi PTD? Hal2 remeh pun x tahu..
10/02/2009 at 8:43 am
Salam sejahtera,
kepada semua yg berjaya utk di interviewkan end of this feb..semoga berjaya..saya sarankan byk membaca current isu dan juga gain more knowledge dr newspaper especially bhg rencana selain dari current isu..cuba relatekan..example isu perlembagaan yg current isu sekrg terjadi pasal pentadbiran di perak dan diraja..pasal isu ekonomi kaitkan juga dgn kementerian apa yg terbabit..tujuan sesuatu dasar dibentuk..selain itu juga pasal PTD SPA JPA…namun saya yakin selain dari knowledge..yg penting sekali adalah cara kita berkomunikasi…mesti fact and clear…insyallah sama2 la kita praktikkan agar tak tersasul masa interview kelak…
anyway..sapa dapat interbiu kat melaka??
10/02/2009 at 12:11 pm
Kepada Gbam yang amat “BUDIMAN”
Bah kata pepatah Melayu ” Siapa yang makan cili dia yang rasa pedas”.. Saya sememangnya tahu alternatif ini. Saya selalu online ngapa pula saya tidak tahu perkara ini? Saya amat memahami keadaan PTD sekarang.. gbm, u terasa ke? King minta maaf banyak2 lah kalau u terasa..( mungkin u dikategorikan dalam salah satu kumpulan yang king termaksudkan). Tujuan king utarakan masalah ini kerana kasihan kat mereka yang tidak mempunyai PC kat umah dan masih tertunggu2 surat panggilan.Pada masa yang sama, menyuntik semangat bekerja bagi mereka yang terasa seperti gbam..
Buat gbam yang budiman, bukan rumah semua orang ada pc macam rumah gbam..ada setengah tu ada pc tapi tak ada internet…Kalau nak jadi PTD, kita harus berfikir untuk semua orang…bukan untuk diri sendiri sahaja macam gbam..
Kepada GBAM, kalau kita nak jadi PTD, kita harus banyak bersabar dan guna bunga bahasa yang indah..King sibuk nak menelaah buku…ohhh ya…king ada cadang untuk gbam…kalau gbam free tu, cuba baca buku teks pendidikan moral sebab ia banyak membantu anda agar anda menjadi lebih soleha dan pass ujian sahsiah nanti..ohh lupa, setahu king, kali ni tidak ada ujian sahsiah kot..Tidak ngapa, PENDIDIKAN MORAL elok juga untuk masa depan orang seperti gbam..
Terima kasih atas nasihat gbam..king akan inform alternatif ini kat member2 yang lambat dapat surat macam king disebabkan oleh KESIBUKAN yang dibuat-buat.
King ingin minta maaf sekiranya mana yang menyinggung perasaan gbam.
10/02/2009 at 1:47 pm
saya pun sokong sepenuh kata-kata king..saya pun belum dapat surat lagi.kawan saya pun ada apply PTD, dia pun belum dapat surat.Kesian rumahnya juga tiada komputer.Lazimnya dia akan ke CC untuk semakan.Betul kata-kata king, bukan rumah semua orang ada komputer. King sabar ya, kita tunggu sama-sama.harap-harap kita jadi PTD dan usaha bersama untuk mengubah cara kerja PTD yang ada sekarang.OK
10/02/2009 at 2:43 pm
salam..
wah..ramainya nak ambil exam minggu depan..
saya pun sama.. saya ambil di sek. men. keb. kajang utama.. semoga semua dapat menjawab dengan baik…
11/02/2009 at 8:57 am
salam semua…
sy pun dpt gak panggilan exam minggu dpn. tapi kt putrajaya. rasa cuak gak nk jawab soalan tu lepas baca blog ni…nk beli buku en. Saleh pun dah habis..cm ne nk study ni… huhuhuhu… anyway…sy wish to all yg nk amik exam ni..best of luck including me.. semoga kite semua berjaya mengharungi exam ni.. Selamat berjaya semua!!
11/02/2009 at 4:38 pm
saya tak sabar nak ambil ujian ni
12/02/2009 at 9:34 am
Abg,
Ade lagi tak stok buku kerjaya sbg PTD?
12/02/2009 at 9:41 am
Buat Dix,
Maaf. Buku ini tiada stok lagi.
14/02/2009 at 11:40 am
sy ada buku kerjaya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik yang dicari-cari oleh anda…kalau nak,sy boleh buat salinan fotostat untuk anda..nak tak?
14/02/2009 at 11:41 am
sy ada buku kerjaya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik yang dicari-cari oleh anda…kalau nak,sy boleh buat salinan fotostat untuk anda..nak tak?..
14/02/2009 at 11:53 am
King,
Tidak baik buat kerja cetak rompak.Lagipun Buku Kerja PTD yang dikeluarkan oleh Tuan Salehuddin mempunyai tandatangan beliau dan mutiara kata yang amat bermakna dan boleh memberansangkan anda.Jadi amat berbaloi sekiranya anda melabur untuk cita-cita yang dikejar.
Hi kawan-kawan, sekiranya anda tidak dapat membeli buku tersebut, cuba saudara-saudari pinjam daripada kawan-kawan yang pernah membeli atau bertanya kepada kedai-kedai buku di sekitar selangor.Saya percaya, Usaha itu tangga kejayaan.Sekiranya saudara usaha,pasti terjumpa buku yang dicari-cari. Jangan membeli buku salinan dari mana-mana pihak.Sehingga hari ini, saya masih amat terharu dengan mutiara kata beliau dan ia masih segar di sanubari saya.
Selamat Menjawab Soalan-soalan PTD.
18/02/2009 at 1:46 am
mark..saya dh cari dimerata mph kt msia ni..smp ke png..n9 pn saya cari..tp mereka still xder stok itu..jd mcmner saya nk baca buku tu..
jd saya rasa ada baiknya jugak kalo leh photocopy..dr xdpt baca langsung..itu opinion saya lh..
saya rasa king hanya berniat utk tolong kwn2 yg lain..tp xtau lh kalo dia ada maksud lain pulak..
jadi skang ni mcmner..apa penyelesaian utk kami2 yg still xdpt buku kerjaya sbg seorg ptd tu..apa tindakan yg patut kami buat?..
18/02/2009 at 4:15 am
Buat Puteri Izaini,
Stok baru buku tersebut akan berada di pasaran dalam masa terdekat.
18/02/2009 at 8:33 am
Tuan,
Saya telah dipanggil untuk hadir ke peperiksaan PTD.Tuan adakah disebabkan saya ini berbangsa Cina maka peluang saya adalah lebih cerah untuk menjadi PTD?
Terima kasih
18/02/2009 at 8:58 am
en salehuddin..buku tu akan ada dipsran dlm ms terdekat..adakah seblm 21/2 ni..sbb exam pd 21/2 ni..
18/02/2009 at 11:48 am
Buat Kuang Chen,
Sebenarnya semua kaum mempunyai peluang untuk menjawat jawatan ini. Malahan ramai rakan-rakan PTD terdiri daripada pelbagai kaum.
18/02/2009 at 1:53 pm
en salehuddin,
sy ingin tahu berapa lamakah tempoh masa yang perlu dilalui utk PAC?
Terima Kasih.
19/02/2009 at 4:52 am
Buat Miss M,
Tempoh masa PAC adalah sehari.
19/02/2009 at 12:04 pm
eN salehuddin,
saya akan menduduki exam PTD pada 21 Feb ni… walaubagaimanapun, saya masih kabur dgn apakah skop kerja sebagai seorang PTD??
19/02/2009 at 3:29 pm
Buat Remy,
Skop kerja PTD lebih banyak kepada pengurusan sumber manusia, kewangan dan pentadbiran sesebuah organisasi kerajaan. Contohnya pengambilan kakitangan, pengurusan perkhidmatan kakitangan, disiplin dan sebagainya. Anda boleh rujuk buku “Kerjaya Sebagai PTD” untuk jawapan lebih khusus.
20/02/2009 at 4:16 am
Salam tuan,
Saya ada 1 soalan. Saya telah dipanggil utk mndukduki exam pd esok hrnya.. yg sy amat takut skrg ni sy telah gagal dlm sub. BI d peringkat SPM dulu. Sy juga tidak ambil paper July. Adakah pakara ini memberi halangan terbesar buat sy nt. Pun begitu sy telah improve BI sy msa di U dlu. Apa pendapt tuan ttg mslh ni??
20/02/2009 at 6:09 am
Buat saudara Azmee, saya tertarik dengan soalan saudara mengenai perkara tersebut. Saya juga akan menduduki exam pTD pada 21.02.2009 (Keningau), dan saya rasa keyakinan saudara boleh mengatasi kesulitan dalam exam PTD esok. Saya juga sangat berminat untuk membaca reply dari En. Salehuddin.
Terima kasih.
20/02/2009 at 12:03 pm
petuanya ialah jangan risau pasal ni semua..just relax
20/02/2009 at 1:17 pm
Selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon yang akan mengambil ujian PTD GRED M41 esok pada jam 9.00 pagi.
Jumpa di SMK Mulong,Kota Bharu,Kelantan.
Semoga Berjaya.
20/02/2009 at 3:51 pm
yeah..10 jam lagi dah boleh exam..jumpa di sana…sana
20/02/2009 at 5:21 pm
tak dapat tidur…..tidak ngantu ni..
20/02/2009 at 5:22 pm
tak dapat tidur…..tidak ngantuk ni..
20/02/2009 at 11:00 pm
Bangun..siap sedia gi exam
20/02/2009 at 11:39 pm
nak bertolak ni dah..bye..semoga berjaya..yang penting..jangan meniru
21/02/2009 at 8:49 am
dah balik..king terjumpa kawan2 seuniversiti,rakan sekerja dan ramai lagi..tapi kali ini ramai pula cina dan india.dulu se dua orang je..bagi yang lulus itu,anda bernasib baik..bagi yang tidak lulus tu.anda kurang bernasib baik..bagi yang keluar soalan itu..Anda sememang nya tidak waras dan keluarkan soalan yang tidak waras..Anda sepatutnya ke tanjung rambutan..
Kawan king ada yang jadi PTD..wow lepas graduate terus masuk kerja..dah 4 tahun..gaji kini 6ribu..umur belum 30 tahun..
21/02/2009 at 11:01 am
encik salehudin.
berapa lama result PTD keluar? takutnya…
21/02/2009 at 12:41 pm
SPA dan pegawai PTD pun boleh melalukan kesilapan? (manusia mana yang tidak melakukan kesilapan)? Tetapi PTD-PTD di SPA adalah merupakan kalangan pegawai-pegawai unggul yang terpilih…..
Saya berasa amat terkilan dengan kesilapan yang dilakukan oleh SPA iaitu masa ujian untuk seksyen c Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang dicetak pada kertas soalan dan surat makluman peperiksaan. Masa yang dicetak ialah selama 45 minit untuk menjawab 20 soalan kefahaman (bahasa Melayu dan Inggeris). Apabila saya sedang menjawab bahagian ini, saya telah dimaklumkan oleh pegawai bertugas bahawa terdapatnya sedikit pembetulan masa.Perkara ini amat memalukan kerana PTD juga melakukan kesilapan walaupun telah berkali ditapis.Masalah ini tidak harus dipandang ringan kerana ia telah menjejaskan emosi calon-calon yang pertama kalinya menduduki peperiksaan. Saya berasa amat kesal dengan kesilapan yang dilakukan oleh PTD dari SPA.
21/02/2009 at 1:18 pm
saya juga menyokong kata-kata King.saya juga mengalami masalah yang sama.
21/02/2009 at 1:18 pm
Saya merupakan salah seorang calon yang mengambil Ujian PTD ( Pegawai Tadbir Diplomatik) M41 yang berlangsung pada 21/Februari 2009 ( Sabtu ) di Negeri Selangor.
Saya berasa amat terkilan dengan kesilapan yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan pegawai-pegawai berpangkat PTD yang telah dipilih khas. Kekecewaan yang teramat ini disebabkan oleh PTD-PTD di SPA adalah merupakan kalangan pegawai-pegawai yang unggul setelah dipilih dengan cara diskriminasi kaum.
Saya berasa amat kecewa dengan kesilapan yang dilakukan oleh SPA iaitu masa ujian untuk seksyen C Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang dicetak pada kertas soalan dan surat makluman peperiksaan. Masa yang dicetak ialah selama 45 minit untuk menjawab 20 soalan kefahaman (bahasa Melayu dan Inggeris). Apabila saya sedang menjawab bahagian ini, saya telah dimaklumkan oleh pegawai bertugas bahawa terdapatnya sedikit pembetulan masa.Perkara ini amat memalukan kerana PTD juga melakukan kesilapan walaupun telah berkali ditapis.Masalah ini tidak harus dipandang ringan kerana ia telah menjejaskan emosi calon-calon yang pertama kalinya menduduki peperiksaan. Saya berasa amat kesal dengan kesilapan yang dilakukan oleh PTD dari SPA.
Seperkara yang amat membanggakan saya pada hari ini ialah semakin ramai saudara-saudari bukan bumiputera telah tampil untuk mengambil ujian PTD. saya berharap pihak SPA TIDAK AKAN MENGAMALKAN SIKAP PILIH KASIH DAN DISKRIMINASI KAUM DALAM PEMILIHAN PEGAWAI yang selama ini didominisasikan kaum bumiputera. Dengan ini, jabatan kerajaan akan mewujudkan satu suasana kerja bersaing yang sihat.
Pada pendapat saya, perkara ini berlaku kerana budaya kecuaian dan diskriminasi kaum yang diamalkan sebelum ini. Justeru itu, saya tidak berharap ada kesilapan yang akan dilakukan oleh SPA lagi.
Abu Kasim
21/02/2009 at 4:38 pm
Tuan Salehudin,
Bilakah exam PTD akan datang utk tahun 2009 ni. Saya tidak hadir ke peperiksaan pada 21/2 lepas atas sbb peribadi. Adakah saya akn dipanggil semula?
22/02/2009 at 1:53 am
Peperiksaan PTD akan datang adalah sekitar bulan Ogos. Saudara perlu mengisi semula borang SPA.
22/02/2009 at 3:33 pm
Assala…kum, terima kasih kerana tuan dpt meluangkan sedikit masa utk pertanyaan saya. Untuk makluman tuan tempoh permohonan saya akan tamat pada 19/12/2009, adakah saya perlu juga mengisi semula borang utk exam pada bulan ogos nanti.
TQ…
23/02/2009 at 1:20 am
Wassalam,
Saudara tidak perlu mengisi borang semula jika belum tamat tempoh sah laku.
23/02/2009 at 4:12 am
bila keputusan peperiksaan PTD 21/2/2009 akan diumumkan??
dan bila pula PAC akan dijalankan jika lulus exam tersebut?
adakah PAC selama sehari shj?
23/02/2009 at 5:11 am
Keputusan peperiksaan dan PAC akan diumumkan oleh SPA melalui laman web. Tiada tarikh yang diumumkan setakat ini. Ya, PAC ketika ini dibuat selama sehari sahaja.
23/02/2009 at 6:45 am
soalan seterusnya….saya agak curious berkenaan dgn jawatan PTD gred M41, adakah jawatan itu jawatan TETAP atau KONTRAK, sekiranya KONTRAK bermakna jawatan itu sah untuk beberapa tahun kemudian kita akan kehilangan kerja, adakah begitu? saya harapkan penjelasan, terima kasih.
23/02/2009 at 9:43 am
Encik salehudin,
I’ve sat exam PTD on 21.2.2009. Objective questions for Pengetahuan AM and Math I found it’s OK and easy. But BM & BI essay buat I panik dan tak cukup masa. I think my essay not so good to get good marks. So kalau objective kita boleh score but essay kita teruk, ada peluang nak lulus.
23/02/2009 at 10:59 am
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah
23/02/2009 at 11:00 am
kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya
23/02/2009 at 3:48 pm
Assala…kum tuan, di kalangan PTD yang dilantik setiap tahun ramai tak di antara mereka yang berusia 40 tahun ke atas atau jawatan ini dimonopoli oleh golongan muda sahaja.
TQ…
23/02/2009 at 4:13 pm
Selamat Sejahtera,
Saya telah menduduki exam ptd pada 21/2/2009.Adakah keputusan peperiksaan akan diumumkan dalam 2 minggu ?
Soalan yang kedua ialah, berapa ramai pengawai ptd akan dilantik untuk kali ini ?
Sekian terima kasih.
24/02/2009 at 3:09 pm
Salam,
Sepengetahuan saya, tidak ramai.
24/02/2009 at 5:24 pm
Hi,
Berapa ramai pengawai yang akan di panggil untuk ujian PAC untuk kali ini dan bila result akan keluar untuk exam pada 21/2/2009.
Terima kasih
25/02/2009 at 4:00 am
Buat Kamal,
Tiada makluman rasmi tentang berapa ramai pegawai yang dipanggil untuk ujian PAC dan bila keputusan peperiksaan akan keluar. Biasanya keputusan peperiksaan akan diumumkan dalam tempoh antara sebulan ke dua bulan selepas peperiksaan diadakan.
25/02/2009 at 4:02 am
Selamat sejahtera,
Buat Kumar,
Biasanya keputusan peperiksaan diumumkan dalam tempoh antara sebulan ke dua bulan dari tarikh peperiksaan. Manakala jumlah PTD yang akan dilantik boleh saudara rujuk ke laman web SPA dengan klik di sini.
25/02/2009 at 1:36 pm
Perhatian,
Komen-komen yang berbaur perkauman, agama dan politik tidak dibenarkan dalam blog ini.
Sebarang komen yang mempunyai unsur sedemikian akan dipadamkan oleh moderator tanpa ragu.
25/02/2009 at 3:00 pm
Tuan,
Betul Kata Tuan.Kita harus menggunakan blog dengan bermoral.
25/02/2009 at 4:07 pm
Tuan, Adakah Spa membuat tapisan terlebih dahulu sebelum memanggil para pemohon untuk menduduki exam PTD?
26/02/2009 at 12:44 am
Assala…kum Tuan,
Saya kini 39thn dan sedang berusaha utk menyertai PTD sehingga berjaya kerana inilah jwtn. yang saya idamkan selepas memperolehi ijazah.
Sudilah kiranya tuan memberi sedikit pandangan/komen ttg. peluang utk saya mencapai impian ini berdasarkan kpd. umur saya kini.
26/02/2009 at 1:47 am
Tuan,
1. Berapa kalikah seseorang itu boleh ambil untuk ujian PTD?
2. Jika tempoh tamat sah laku dan perlu mengisi borang baru, adakah spa akan panggil untuk ujian akan datang sekiranya kita tidak berjaya untuk ujian kali kedua.
Harap tuan dapat balas soalan saya?
26/02/2009 at 12:10 pm
Wassalam,
Buat Rizani,
Jika dilihat umur saudara, masih layak memohon jawatan PTD. Cumanya perlu bersaing dengan calon-calon yang lebih muda dan mungkin jua berhadapan gaji permulaan yang kurang dari gaji yang diperolehi sekarang. Kelebihan saudara besar kemungkinan ada pada pengalaman dan kematangan berfikir. Selain itu mungkin saudara ada kemahiran-kemahiran tertentu yang istimewa mutunya. Jadi sekiranya saudara boleh menunjukkan kelebihan dan kemahiran istimewa saudara itu di hadapan para penilai dan penemuduga, saya percaya lebih besarlah peluang saudara.
26/02/2009 at 4:26 pm
Tuan, Adakah Spa membuat tapisan terlebih dahulu sebelum memanggil para pemohon untuk menduduki exam PTD?
Tuan,saya harap Tuan dapat membalas soalan saya.Terima kasih
27/02/2009 at 10:40 am
Buat Normaliza,
1. Tiada had percubaan untuk menduduki peperiksaan PTD.
2. Jika tamat tempoh sah laku permohonan kemudian mengisi borang permohonan sekali lagi, SPA akan memanggil calon berkenaan ke ujian akan datang sekiranya layak.
27/02/2009 at 10:42 am
Buat King,
SPA akan membuat tapisan terlebih dahulu sebelum memanggil calon menduduki peperiksaan PTD.
27/02/2009 at 2:45 pm
Assala…kum Tuan,
Terima kasih atas pandangan yang telah tuan berikan,saya amat menghargainya.Seperkara lagi,mengikut portal spa exam yang dikhaskan utk.PTD pada bln 8 nanti tidak dinyatakan.Adakah exam utk. jawatan (15 gred 41) itu yang tuan maksudkan dengan panggilan berikutnya pd. bulan 8 nanti?
TQ…
27/02/2009 at 4:18 pm
terima kasih
27/02/2009 at 6:38 pm
king terjumpa maklumat ini kat laman web.sakit hati king.sampai hati mereka kata demikian..cis
28/02/2009 at 5:51 am
Ass’ Kum Tuan
Tuan, Tahun Lepas saya telah lulus ujian PTD. saya dipanggil untuk menghadiri EXAM PAc.oleh kerana saya mempunyai urusan penting maka saya telah menolak tawaran EXAM PAC tersebut.sehingga hari ini saya masih dapati maklumat saya terdapat di SPA. Adakah saya masih menggunakan maklumat berkenaan untuk menduduki EXAM PAC Nanti. Tarikh PAC yang diberi ialah 16 Mei 2008. adakah ia masih boleh digunakan.Ngapa SPA tidak padam kan
01/03/2009 at 5:16 am
Wassalam,
Buat Rizani,
Peperiksaan pada bulan Ogos nanti termasuk jawatan PTD.
01/03/2009 at 5:16 am
Wassalam,
Maklumat saudari telah menjadi rekod SPA. Sekiranya tempoh sah laku permohonan masih belum tamat, maka saudari akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan lagi.
01/03/2009 at 12:56 pm
Tuan,
Sekiranya seseorang tersebut telah dilantik menjawat jawatan kontrak. Berapa lamakah seseorang tersebut akan disahkan jawatan.
01/03/2009 at 4:27 pm
En Salehudin,
Saya ada post pertanyaan tempoh hari ttpi tidak dijwab..
saya ringkaskan:
1. Betul ke PAC akan dibuat 2x.kali 1 yg sehari tu dan kemudian kalau berjaya baru PAC 2 hari tu.
2. Betul ke tawaran untk lantikan kontrak..ini merupakan dilema sekiranya saya berjaya melepasi semua halangan utk jd PTD kerna saya tlh mjawat jwtn ttp dlm pkhdmtn awam cuma di skim pkhdmtn yg berbeza je..
sekian,terima kasih
02/03/2009 at 2:43 am
Silap cetak sudah dimaklum
SURUHANJAYA Perkhidmatan Awam (SPA) ingin merujuk surat ‘Calon Prihatin’ dari Shah Alam, Selangor di dalam ruangan ini pada 26 Februari mengenai kesilapan SPA, PTD jejaskan emosi calon ujian kali pertama.
Sebagai makluman, masa menjawab kertas Seksyen C, Peperiksaan Khas Pegawai Tadbir dan Diplomatik ialah 35 minit dengan 20 soalan seperti tercatat dalam arahan buku soalan itu.
Kesilapan hanya berlaku pada kulit buku soalan iaitu kesilapan percetakan dan tidak dapat dipinda. Namun, perkara itu dimaklumkan ketua pengawas kepada calon peperiksaan.
SPA memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan diharapkan penjelasan ini membetulkan kekeliruan yang berlaku.
RADZIAH MOHD SHARIF,
Pegawai Perhubungan Awam SPA.
05/03/2009 at 1:38 am
Tuan salehudin,
Selepas keputusan temuduga di umumkan, berapa lamakah tempoh antara tarikh keputusan temuduga dengan tarikh dipanggil berkhidmat/kursus PTD unggul? 2 minggu? 1 minggu? Bolehkah buat penangguhan? Ini disebabkan oleh kesulitan di majikan lama untuk notis sebulan… Harap tuan Salehudin dapat komen
06/03/2009 at 1:26 am
Salam bang,
Ade lagi tak stok buku kerjaya sbg PTD.kalau ade email sy ye.supaya sy lekas bank-in.tq.
06/03/2009 at 2:30 pm
Wassalam,
Buat Dix,
Masih tinggal beberapa buah lagi.
08/03/2009 at 5:12 pm
hi adikku saleh….
Apa khabar sekarang?kebetulan terjumpa blog u ni mlm ni.tak sangka!
thank you for your effort to educate people on what ptd is all about.
09/03/2009 at 4:45 pm
hi tuan.
tuan,bila result exam ptd akan keluar ya?
10/03/2009 at 1:44 pm
En.Salehuddin,
Saya telah menghadiri temuduga untuk PTD pada 04/03/09 yang lepas..Saya melalui proses temuduga dengan lancar tanpa sebarang kesukaran kerana telah membuat persediaan yang rapi..Namun demikian, satu soalan yang masih melegar dan menghantui saya sehingga kini akibat kesilapan membuat keputusan yang lepas..Saya pernah mendapat tawaran lantikan tetap ke PTD pada tahun 2006 selepas menjalani ketiga-tiga proses pemilihan dengan cemerlang..Akan tetapi..saya terpaksa menolak tawaran berikut pada saat2 akhir akibat masalah pemberian notis berhenti kerja di tempat kerja saya(Swasta)..saya menulis surat untuk menangguhkan kemasukan pada masa itu..tapi tidak diendahkan….Insiden ini telah berlalu dan rekod saya menolak tawaran diungkitkan semasa temuduga hari itu..Penemuduga tidak menanya saya langsung pasal hal2 kenegaraan dan isu2 semasa kerana dia mengatakan saya sudah mengetahuinya semua..cuma mereka lebih menanyakan kenapa saya tolak tawaran PTD yg lepas…walaupun saya dapat memberikan jawapan yang telus dan benar..tapi hati saya masih gusar dan tidak yakin akan diterima ke jawatan kali ini…Soalan saya ialah..adakah saya akan ditolak kemasukan ke PTD kali kerana kesilapan saya yang lepas???
11/03/2009 at 4:53 am
Buat Bryankks,
Perkara tersebut biasanya akan dibawa ke mesyuarat terlebih dahulu sebelum apa-apa keputusan dibuat. Jadi harap bersabar untuk mengetahui keputusannya.
11/03/2009 at 4:58 am
Hi Manikam,
Biasanya dalam lingkungan sebulan ke dua bulan dari tarikh temuduga.
11/03/2009 at 11:40 am
hi kawan-kawan
ada berita baik ni.yeahhh..result exam PTD M41 akan keluar pada minggu depan. Sabar ya.
Semoga kita semua lulus.
15/03/2009 at 11:26 am
Hi,
23hb May 2009 Ujian PAC ya..sila bersiap sedia.Sehari
17/03/2009 at 8:43 am
btol ka king???…ermmm agaknya lulus ke tak la…lalang exam aritu first time….
PAC sehari ja ke??? selalunya apa kena buat dekat PAC?
18/03/2009 at 4:14 pm
Lalang,
Melalui analisis king. Sebenarnya tiada jawapan tepat daripada orang yang kita mengharapkan.Sekiranya tidak keluar pada minggu ini. keputusan akan keluar pada hujung bulan ini. ( melalui sumber2 yang boleh dipercayai ).Sebenarnya tidak ramai yang hadir untuk mengambil exam tersebut berbanding bilangan calon yang mendaftar.Soal lulus atau tidak, semuanya terpulang kepada TUHAN.King harap semua calon yang berusaha itu akan lulus.
20/03/2009 at 4:00 am
Hi,
Salam Sejahtera.
Saya ingin bertanya sama ada keputusan peperiksaan yang diadakan pada 21/2/2009 akan di umumkan minggu depan ?
Sekian terima kasih.
20/03/2009 at 6:14 pm
Tuan,
salam
Tuan masih ada buku PTD edisi 2009 ke? macam mana untuk mendapatkannya?
sekian.
22/03/2009 at 3:56 pm
Wassalam,
Buku PTD edisi 2009 masih ada stok. Untuk mendapatkannya boleh klik di sini..
22/03/2009 at 4:01 pm
Salam sejahtera,
Buat Kumar,
Setakat ini tiada pengumuman rasmi daripada SPA mengenai perkara berkenaan.
25/03/2009 at 4:08 pm
Salam,
Tuan, Dimana saya boleh dapat buku cenderasi putrajaya?
27/03/2009 at 3:26 pm
Wassalam,
Buat Puteri,
Maaf. Buku tersebut tidak terjual di mana-mana kedai buku. Ia hanya diberikan semasa perasmian sambutan jubli emas SPA pada tahun 2008 tempoh hari sahaja.
29/03/2009 at 2:54 am
salam sesiapan yang pg interview ari 24 Feb n seterusnya boleh check result dah kuar kat spa..semoga anda berjaya…amin..Insyallah
31/03/2009 at 12:36 pm
bila result Exam PTD keluar? Tak Sabar ni
31/03/2009 at 4:08 pm
Salam Tuan Saleh,
Perasaan saya pun sama dengan puteri.berdebar. Bila ya result PTD akan keluar?
01/04/2009 at 3:43 am
Wassalam,
Mohon bersabar. Saya percaya sedikit masa lagi keluarlah keputusannya.
01/04/2009 at 9:23 am
01/04/2009 at 9:26 am
03/04/2009 at 2:47 am
Malas nak laan SPA yang lembab ni.
06/04/2009 at 10:01 am
salammm ..
07/04/2009 at 7:42 am
salam…result x kua lg ye…ade kemushkilan skit ni..sy da pg ujian 21 feb 2009..sbln lps tu sy isi lg sekali brg spa.adakah permhnn sy terbatal?mcmn plak sekiranya sy layak ke ujian untk stage no 2?adakah sy x akn dipanggil krn situasi di atas?
Wassalam,
Buat Suriati,
Pengisian borang yang baru tidak menghalang kelayakan saudari untuk ujian di peringkat kedua. Ini kerana ia berdasarkan borang permohonan sebelum itu.
07/04/2009 at 3:59 pm
bile result nk kuar ni???um..
11/04/2009 at 6:03 am
Salam ..
saya telah diterima untuk berkursus selama 6 bulan di INTAN. saya ingin tahu lebih lanjut apakah aktiviti yang akan dijalankan disana?
terima kasih
11/04/2009 at 11:04 am
Rin, result exam PTD M41 pada 21hb Februari akan keluar pada tahun 2010.
12/04/2009 at 8:13 am
Hi, kawan-kawan
King kembali…Haiiiiii..Bila ya result PTD M41 akan keluar..haahaha.nak kongsi maklumat ngan kawan-kawan diluar sana.. Hari tu, masa nak ambik exam PTD, bukan main lagi king buat persediaan,pensil 2B, pembaris boll pen, liquid, buku rujukan, air, roti semua bekalan siap dibawa.maklumlah exam kan..takut tak sempat nak makan luar.haus dan sebagainya.kotak pensil juga dibawa.Pensil siap ditajamkan. Malang tidak berbau….rupa-rupanya king terlupa bawa pemadam.Ya kawan-kawan, pemadam merupakan material yang amat penting dalam peperiksaan.Sila pastikan ia dibawa.Nasib baik lah king ni muka tebal, toleh kiri kanan.akhirnya nampak seorang cik abang yang handsome.wow, dia macm berpengalaman, bukan main banyak lagi pemadam dibawa.apa lagi, nak tak nak, terpaksa pinjam…NASIHAT, sila pastikan anda membuat check list atau final checking sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.
Tuan Salehuddin, Bila result PTD akan keluar ya? ada yang kata 6 hingga 8 minggu? kalau ia keluar bulan 4.adakah PAC akan dijalankan pada bula 5.lazimnya bilakah PAC dijalankan selepas result PTD keluar?
Sekian terima kasih
13/04/2009 at 2:28 am
salam,
saya arie, sy br pertama kali mengambil exam bertulis spa pd 21 feb 2009, saya ingin bertanya pada en saleh bilakah result exam bertulis spa itu dikeluarkan?dan adakah result itu akan dihantar melalui surat ke rumah atau hanya boleh tahu mgenainya di dlm laman web spa shj?sy bnyk kali jg cek di dlm laman web ttp blm ad apa2 lg mgenainya.atau adakah sudah diberitahu ttp sy mgkn tidak mengetahuinya.bolehkah en saleh membalas pertanyaan saya itu jika tidak keberatan.Sy betul2 ingin tahu tambahan family sy pula mgharapkan sy, kalau boleh sy tidak mahu ggl sy ign membantu ibubapa sy. Jika sy ggl didlm exam itu adakah sy boleh melakukan exam itu skali lg pd bln ogos ni tanpa mengisi borang spa yang lain?dan adakah sy perlu mgisi borang spa sekali lg atau terus akan dipggl?Kalau ada ap2 maklumat boleh x en saleh emailkan kpd sy?(rep asap pls)
Thanks.
Regards
Arie
13/04/2009 at 5:44 am
salam,
Saya pernah ditawarkan utk join PTD setelah lulus ketiga3 stage pada 2002. Tp saya menolak (melalui telefon) kerana telah dpt keje lain masa tu.
Soalan : adakah saya join PTD semula tanpa melalui stage2 tersebut?
13/04/2009 at 2:18 pm
Wassalam,
Biasanya jika pernah ditawarkan jawatan PTD dan calon menolak, calon tersebut akan disenaraihitamkan oleh SPA buat suatu tempoh tertentu. Dan sekiranya tamat tempoh berkenaan, baru boleh memohon semula dan perlu melalui ujian-ujian semula.
13/04/2009 at 2:20 pm
Wassalam,
Mohon maaf. Saya tidak tahu bila keputusan akan dikeluarkan oleh SPA. Ini kerana ia masih maklumat sulit.
Biasanya keputusan akan dimaklumkan melalui laman web dan surat kepada calon.
13/04/2009 at 2:25 pm
Wassalam,
Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan semasa kursus 6 bulan tersebut. Selain itu ia bukan sahaja diadakan di INTAN, tetapi akan diadakan di pelbagai tempat latihan seperti di Outward Bound School, Maktab Polis, Akademi Bomba dan Pusat Latihan Tentera Darat. Sepanjang kursus, para peserta akan didedahkan dengan pelbagai perkara seperti penganjuran majlis, etika, protokol, disiplin diri dan sebagainya.
14/04/2009 at 1:39 am
Salam,
Thanks for the reply, kalau en saleh sudah dapat berita mgenainya bolehkah en saleh beritahu kpd saya melalui email.Mungkin saya tidak dapat mgetahuiny terlebih dahulu dan saya harap en saleh boleh membantu saya.
Thanx
Regards,
arie.
14/04/2009 at 4:25 pm
bila ya result PTD akan keluar? esok? lusa? atau pun ……bila ya? asyik menanti-nanti
15/04/2009 at 3:50 am
Yeah..saya lulus ujian PTD…Kawan2, Result dah keluar kul 10am tadi.apa lagi semak dengan IC anda lah…
15/04/2009 at 3:52 am
cuma 10% je lulus..kepada kawan-kawan yang gagal.jangan kecewa.cuba lagi..Berdoa kepada Tuhan.Harus berfikiran positif ya..
15/04/2009 at 4:04 am
salam king,
knp bl sy cek xde pon pegawai tadbir yg ad pegawai fotografi shj??
15/04/2009 at 5:50 am
Assalamulalaikum En Salehuddin,
boleh saya tau, untuk calon yang ditawarkan jawatan PTD, adakah semuanya calon lantikan kontrak atau ada sebahagian calon lantikan tetap?
terima kasih
15/04/2009 at 6:55 am
arie..ada
15/04/2009 at 6:56 am
http://www.spa.gov.my/
15/04/2009 at 11:35 am
hi kawan-kawan, malam ini Web SPA agak sukar untuk buka.jadi sabar ya.mungkin ramai kawan-kawan kita ngah sibuk checking..Hi, Sabar ya.
16/04/2009 at 3:44 am
Tuan, adakah peluang saya akan lebih cerah sekiranya saya sedang berkhidmat sebagai PA kepada seorang Timbalan Menteri.
16/04/2009 at 8:10 am
Saya rasa begitu kecewa hari ini selepas mendapat tahu yang saya GAGAL dalam exam PTD M41 yang diadakan pada 21hb Februari.
Saya begitu confident yang saya telah buat sedaya updaya saya.Namun saya telah digolongkan sebagai calon gagal.Adakah saya gagal disebabkan saya ini bangsa india.
Baru-baru ini kita semua dimaklumkan diberita bahawa keutamaan akan diberikan kepada calon bukan bumiputra dan lebih peluang pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang bukan bumiputra.Namun saya rasa ianya semua adalah cuma kata-kata yang untuk mengalakkan sahaja.
Namun demikian tiada apa yang boleh saya buat kerana keputusannya bukan ditangan saya.Saya harap mereka yang tidak lulus jangan putus asa.
Sekian……
16/04/2009 at 9:54 am
Bila interview yang kedua akan diadakan.
16/04/2009 at 4:46 pm
Tuan Salehuddin,
Berapa ramai kah calon yang akan lulus.Nampaknya ramai yang lulus ni.
18/04/2009 at 5:29 pm
Tuan, bila kah exam PTD ya?
19/04/2009 at 3:45 am
Salam Tuan.
Tuan, lazimnya bilakah akan berlangsungnya exam PAC? dan berapa harikah exam tersebut? satu atau dua Tuan?
19/04/2009 at 8:44 am
Ass Kum Tuan,
Tuan Bila Peperiksaan PAC? apa yang harus saya buat masa itu?
20/04/2009 at 1:35 am
salam,
en saleh betul ke saya dgr khabar brita, tahun ni last borang spa dikeluarkan?
Tahun depan dh x ada.Ini yang saya dgr drp org.
Betul ke?
20/04/2009 at 1:33 pm
Wassalam,
Semuanya adalah calon lantikan kontrak.
20/04/2009 at 1:36 pm
Wassalam,
Borang SPA sudah tidak dikeluarkan mulai tahun Januari 2009. Kini borang digital yang boleh didapati secara percuma di laman web SPA akan digunakan sepenuhnya.
20/04/2009 at 2:02 pm
Wassalam,
Tarikh PAC akan diumumkan kepada calon oleh SPA. Ia akan berlangsung selama sehari.
20/04/2009 at 2:04 pm
Mengikut jadual SPA, peperiksaan PTD kali kedua tahun 2009 ialah pada 15.8.2009.
20/04/2009 at 2:11 pm
Buat Ahmad,
Peluang kepada semua calon adalah sama.
21/04/2009 at 12:01 am
Tuan,
Ngapa semua yang dilantik adalah secara kontrak? adakah semua akan dijadikan sebagai penjawat awam? adakah lantikan contract akan tamat apabila tamatnya tempoh contract?
27/04/2009 at 5:11 pm
salam
saya cukup tertarik dengan perbincangan di laman ini. berdasarkan pemerhatian saya, format kemasukan PTD telah ditukar, tidak seperti dulu. lazimnya, tempoh untuk mengetahui keputusan peperiksaan PTD adalah lebih kurang 2 bulan (mungkin lebih, bergantung), termasuklah keputusan untuk PAC dan temuduga, saudara salehuddin harap betulkan sekiranya saya salah.
pada saudara king, ada sebabnya SPA/JPA memilih, kalau boleh dikategorikan di sini dalam julat BMI yg sesuai. TETAPI, ramai juga rakan2 saya yang berjawatan PTD tidak kurang besar saiznya. setahu saya, selepas dihantar posting ke mana2 kementerian ataupun jabatan selama 6 bulan hingga setahun, pegawai2 ini akan dihantar ke INTAN untuk berkursus selama 6 bulan (ada kemungkinan besar akan dilanjutkan menjadi 9 bulan), where they are required to undergo courses like army, fire and rescue department, Outward Bound School, Polis etc. tak hairanlah kalau kebanyakan yang saudara king lihat itu comot2 belaka. latihan yang dijalankan adalah mentally and physically challenging. jadi fitness adalah kriteria utama.
for those who are really committed and ready to accept a life as PTD, all the best. btw, larian 2.4km merupakan acara tersohor dalam pemilihan sebagai PTD, so start running
28/04/2009 at 5:53 pm
A’kum..
En. Salehuddin, mula-mula saya nak ucapkan terima kasih byk2 kerana buku dan laman blog nih telah membantu saya dari mula saya exam, PAC dan last skali interview pada 25 feb lepas. Alhamdulilah, saya lebih bersedia dan lebih confiden semasa menduduki setiap ujian yg dijalankan. terima kasih.
Untuk makluman encik, saya kini sedang bertugas sebagai penjawat awam dlm Gred KP17 sejak 4 tahun yg lepas dan telah disahkan dlm jawatan.
Di sini saya nak ajukan pertanyaan dan bantuan kepada encik iaitu sampai skg keputusan interview saya masih lagi belum diketahui lagi. Bila saya call SPA, diorang kata nama saya kena KIV sebab nak tunggu kelulusan JPA samada nak lantik atau tidak. Alasannya saya kini tetap dan berpencen, dan nak dilantik pula ke jawatan kontrak. Saya jadi hairan, nampaknya sperti ada masalah utk pegawai sedang berkhidmat seperti saya. Rasa sedih pun ada, macam digantung tak bertali. Kalau misalan saya gagal atau lulus interview tempohari, bagilah tahu. Taklah sampai 1 bulan lebih menunggu buah yg tak jatuh2. Peliklah, kenapa jadi seperti ni? Sedangkan saya intake yg ke3 kalau tak silap utk ditawarkan PTD kontrak.
29/04/2009 at 8:52 am
Tuan,
saya merupakan pelajar sarjana. akan menamatkan pengajian hujung tahun ini. sepatutnya saya mendaftar pada 24 april yang lalu di intan. saya berjaya untuk jawatan itu.
saya tidak menghadirinya kerana masih ada komitmen dengan universiti.
adakah tindakan saya tepat? atau boleh saya menuli surat untuk pelepasan atau cuti tanpa gaji selama saya ingin mengabiskan proses pembelajaran saya?
29/04/2009 at 2:28 pm
Salam,
Seharusnya saudari memaklumkan perkara ini kepada SPA sebelum tarikh tersebut. Cadangan tindakan ketika itu ialah meminta penangguhan melapor diri bertugas.
29/04/2009 at 2:33 pm
Wassalam,
Saudara perlu menunggu panggilan rasmi dari SPA. Ini kerana dasar berkenaan PTD kontrak akan dijelaskan oleh mereka.
30/04/2009 at 4:57 am
Tuan,
isteri saya baru melapor diri jawatan ptd kontrak diputrajaya.masalah kami,isteri saya sedang mengandung dan mempunyai anak kecil berumur 1 tahun setengah.saya pula bekerja dikelantan.oleh itu, isteri saya berseorangan di putrajaya dalam keadaan mengandung.
Saya ingin tahu jika isteri saya boleh memohon untuk bertukar ke kelantan?untuk makluman tuan, kementerian di tempat isteri saya bertugas memaklumkan bahawa tiada ptd dr kementerian tersebut di tugaskan di kelantan.terima kasih.
Salam,
Cadangan saya adalah anda memaklumkan permohonan untuk bertukar kepada pihak JPA ke tempat yang lebih sesuai dengan keadaan keluarga saudara.
07/05/2009 at 12:34 am
Tuan Salehuddin,
Saya berumur 45tahun dan sangat berminat menyertai PTD serta sedang berusaha ke arah itu. Pada pandangan tuan bagaimanakah peluang saya dan saya sanggup menempuh segala cabaran demi mencapai impian sebagai salah seorang warga PTD. TQ…
12/05/2009 at 1:47 pm
Salam,
Buat Wan Naim,
Peluang saudara masih ada. Cumanya saudara perlu berusaha sedikit sahaja lagi. Pastinya saudara mempunyai pelbagai kemahiran dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama kelak.
19/05/2009 at 10:34 am
Salam Tuan Salehuddin,
(1) Terima kasih tuan. Saya banyak dapat maklumat dlam ruangan blog ini.
(2) Moga tuan terus kekal cemerlang dalam skim perkhidmatan ini.
SYMP,
Muhammad Fardullah bin Om
24/05/2009 at 12:51 pm
assalamualaikum en salehuddin..saya ada satu soalan.untuk PAC larian sejauh 2.4 km,berapa had masa yang ditetapkan?tq
31/05/2009 at 8:28 am
Salam Tuan Salehuddin,
Saya di panggil temuduga bulan depan.Saya ingin bertanya adakah PTD kali ini ditawar secara kontrak atau tetap? Kalau secara kontrak berapakah tempoh masa kontrak tersebut?
Adakah semasa interview calon perempuan perlu memakai blazer?
Terima kasih
03/06/2009 at 3:44 pm
tuan,
saya berniat nak sambung master.apa course yg sesuai dgn kerjaya ptd?
sekian.
11/06/2009 at 2:21 pm
Dix,
Sebenarnya tiada pengkhususan tertentu jika hendak sambung ‘Master’ dalam kerjaya sebagai PTD. Cuma mungkin jika berkaitan pengurusan adalah baik.
11/06/2009 at 2:22 pm
Wassalam,
Pelantikan semua PTD adalah bersifat kontrak.
Bukanlah satu kemestian calon perempuan memakai blazer semasa temuduga.
12/06/2009 at 12:45 pm
abu Says:
23/05/2009 at 8:52 am
1) Bila akan berlangsungnya PAC untuk calon-calon yang lulus ujian pada 21hb Feb 2009.
2) Sekiranya Calon Lulus PAC dan sedang menanti untuk interview…tiba2 menerima surat SPA untuk menduduki Exam pada 8hb Ogos 2009. Apakah yang perlu dilakukan oleh calon berkenaan? Ignore the exam or just go for the exam? Saya pernah mengajukan soalan ini kepada pihak SPA, mereka mengatakan keputusan terkini akan diambil, sekiranya saya mengambil exam, interview pula kan dibatalkan..Apa pandangan Tuan? Ngapa SPA tidak mempunyai memo mengenai perkara ini di laman web? TQ
20/06/2009 at 9:06 am
salam tuan,
bagaimana keutamaan pemilihan untuk menduduki peperiksaan dibuat?adakah berdasarkan keutamaan yang diletakkan semasa mendaftar spa8?
contohnya, calon A memilih jawatan PTD sbg pilihan ke 5 berbanding calon B yg membuat sbg pilihan pertama.tapi calon A memohon lebih awal berbanding calon B.
21/06/2009 at 10:24 am
Wassalam,
Tidak. Biasanya ia berdasarkan sama ada calon berkenaan melepasi tapisan yang dikenakan oleh SPA.
06/07/2009 at 2:32 am
salam
encik,
saya telah menghadiri PAC pada hujung minggu lalu. bilakah agaknye keputusan nya akan diumumkan.
18/07/2009 at 5:36 pm
Wassalam,
Perkara tersebut akan diumumkan secara rasmi oleh SPA kelak.
20/07/2009 at 3:05 am
Salam Tuan Salehuddin
Saya ingin bertanya tentang had umur bagi menyertai PTD, ataupun lebih tepat lagi perkhidmatan awam.
Umur saya baru mencecah 29 tahun dan saya telah bekerja di bidang swasta selama 4 tahun dan tidak pernah berkhidmat di dalam perkhidmatan awam.
Adakah umur dan status saya sesuai untuk skim tersebut?
Rizwan
20/07/2009 at 3:19 am
salam salehuddin,
i am interested to apply for the PTD post, looking at the 44 empty posts in KPTM, whereas i am alrealdy employed under KPTM, but under the PPPS DH41. however, i feel that the mobility for the PTD posts is better than my post now.
how do i apply and is it a good idea?
20/07/2009 at 8:29 am
salam..
encik,sy akan menghadiri exam ptd pd 8.8.09 ini. respond daripada kwn-kwn yg telah ambil exam kebanyakan mereka tidak cukup masa untuk menjawab terutama bahagian matematik.
boleh encik beri tips2 untuk menjawab dengan cemerlang kerana diketahui soalan-soalan adalah berdasarkan logik..
lagi satu, adakah benar buku ‘malaysia kita’ memang banyak membantu dalam menjawab soalan? ada buku-buku tambahan yang boleh dibuat rujukan?
sekian, terima kasih.
20/07/2009 at 8:29 am
Tuan,
Saya telah mendapat surat utk menduduki exam ptd. Saya ingin tahu adakah ia jawatan kontrak sebab di surat itu tidak dinyatakan kontrak dan cuma menyebut kemasukkan ke ptd M41 sahaja.
20/07/2009 at 3:18 pm
Buat Sivanes,
Ketika ini kesemua lantikan PTD baru adalah bersifat kontrak terlebih dahulu.
20/07/2009 at 3:19 pm
Wassalam,
Tip untuk menjawab soalan matematik adalah banyakkan latihan matematik SPM. Manakala soalan IQ, saudara boleh berlatih menggunakan buku-buku IQ yang banyak di pasaran.
20/07/2009 at 3:21 pm
Wassalam,
You can apply thru SPA website and yes it is a good idea.
20/07/2009 at 3:24 pm
Wassalam,
Ya, umur dan status anda sesuai. Yang pastinya saudara memiliki ijazah bukan? Ini kerana untuk jawatan ini had umur adalah 54 tahun (setakat ini).
21/07/2009 at 12:55 pm
Salam Tuan Salehuddin,
Had umur 54tahun untuk memasuki Skim M itu hanya untuk kakitangan kerajaan sahaja.
Bagaimana dengan kakitangan swasta yang berumur lingkungan 30-an?
Terima kasih.
22/07/2009 at 5:50 am
En.Salehuddin,
Saya telah mendpat panggilan untuk menduduki peperiksaan PTD pada 8 Ogos ini. Saya berusia 37tahun sekarang, tidak pernah berkhidmat dalam sebarang Institusi Kerajaan.Bertugas sebagai seorang Pengurus di Kilang Swasta.
Saya tidak menyangka akan mendapat peluang ini,namun saya teruja.
Apa pandangan saudara? Adakah saya mempunyai peluang(please give me your honest thought, taking into acoount I am not a Bumiputra).Saya memang berminat sungguh namun saya tidak mahu menipu diri sendiri, jadi berilah saya sedikit pandangan yang pratikal, saya tidak kisah yang positif atau negatif.
Terima kasih
22/07/2009 at 11:52 am
Encik Pushpa,
Peluang saudara untuk dilantik tetap ada. Saudara pastinya mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu yang boleh dimanfaatkan oleh perkhidmatan awam. Had umur untuk menjadi PTD pula ialah 54 tahun, jadi saudara layak memohon. Ramai kawan-kawan bukan bumiputera saya terpilih menjadi PTD, justeru soal kaum tidak berbangkit.
22/07/2009 at 11:58 am
Wassalam,
Had umur tersebut adalah untuk semua calon yang berkelayakan. Tidak terhad kepada kakitangan kerajaan sahaja.
23/07/2009 at 5:27 am
Terima kasih En.Salehuddin.
23/07/2009 at 3:07 pm
salam.saya sangat kecewa dgn SPA..saya sememangnya berharap utk menduduki exam ptd bulan 8 ni..then bila cek tadi tak dapat, sebaliknya kawan saya yang baru je daftar bulan 7 dapat pegi exam.saya dah dftar bulan 2 lagi..kawan saya yang lagi satu dah daftar tahun lepas lagi.kalu nak ikut result, very obvious that our result better lagi dari yang dapat..sgt sedih…
24/07/2009 at 1:43 am
salam, en. salehuddin…
sudikah kiranya encik memberi saya tips utk menjawab soalan ujian khas ptd kerana saya mendapat panggilan ujian khas pada 8/8/09 dan adakah buku contoh soalan/latih tubi yg boleh dijadikan rujukan.terima kasih
24/07/2009 at 12:41 pm
assalamualaikum..
saya pelajar tahun akhir semester 1,dan berminat dgn bidang ni.
soalan saya ialah,saya tlh terpilih utk mghadiri ujian kelayakan ptd pada bulan 8 ni.tapi saya bimbang sekiranya status saya belum layak utk mghadiri ujian tersbt kerana tempoh pengajian saya masih ada hampir 10 bulan utk digelar graduan sarjana muda.
24/07/2009 at 3:50 pm
betul ke lantikan ptd kali ni utk kontarak 2 taun sahaja?
25/07/2009 at 3:21 am
Wassalam,
Saudara boleh merujuk isu ini kepada SPA di talian hotline atau emelkan isu ini kepada SPA melalui laman web mereka.
25/07/2009 at 3:23 am
Wassalam,
Saudari boleh menggunakan buku latihan BM / BI / Matematik peringkat SPA, buku teks Pengajian Am STPM dan buku IQ yang banyak di pasaran sekarang ini.
26/07/2009 at 1:24 pm
Assalamualaikum Mr. Salleh,
Sekarang saya masih lagi menunggu keputusan PAC pada 28 Jun lalu. Namun begitu, semalam saya ada menerima tawaran untuk exam PTD with different angka giliran as before. Adakah saya gagal dlm PAC yg lepas ?? Appreciate ur comment ..
27/07/2009 at 6:07 pm
kepada CHEM…jika boleh saya tahu, bila tarikh anda memohon dengan spa? dalam status ruangan keputusan CGPA, adakah anda meletakkan status pelajar tahun akhir atau yang telah mendapat ijazah eg.sarjana muda?
27/07/2009 at 6:12 pm
TO Chem..bilakah tarikh anda memohon dengan spa? adakah anda memohon menggunakan result akhir atau result semasa(belum tamat pengajian)?
28/07/2009 at 2:54 am
seperti nisa, saya juga menerima tawaran untuk menduduki peperiksaan PTD dengan nombor giliran yang lain walaupun telah menjalani ujian PAC pada 28 Jun 09.
1. keputusan belum lagi keluar. mungkinkah saya telah gagal?
2. sekiranya keputusan PAC keluar sebelum peperiksaan PTD pada 08.08.09 nanti dan saya lulus, perlukah saya menduduki peperiksaan tersebut lagi?
3. sekiranya keputusan PAC keluar selepas peperiksaan PTD pada 08.08.09, saya lulus tetapi telah pun menduduki peperisaan PTD, keputusan mana yang akan diambil kira nanti?
28/07/2009 at 3:45 am
Salam,
Saya telah dipanggil untuk menduduki peperiksaan PTD yang akan dijalankan pada 8hb Ogos 2009 di Putrajaya.
Untuk makluman, latarbelakang kerjaya saya bermula di syarikat swasta selama lebih kurang 10 tahun. Saya memiliki ijazah sarjana daripada salah sebuah universiti luar negara.
Adakah Gred lantikan M41 setaraf dengan kelayakan serta pengalaman saya?
Terima kasih.
28/07/2009 at 5:21 am
Assalammualaikum…
En. Saleh, saya adalah antara yg tercalon untuk menduduki exam khas 08.08.09 ini.
Semasa mengisi borang permohonan,result yang ditulis tidak sama dengan result sebenar. Ini adalh kerana ada masalah dalaman di tempat pengajian saya.Walaubagaimanapun saya telah menukar kepada result yg sebenar tetapi tdk dapat dipastikan samaada SPA mengambil rekod yg baru atau yang lama.
Adakah ini akan menjadi isu sekiranya saya berjaya ke peringkat seterusnya nanti.
Pls comment.
28/07/2009 at 2:44 pm
Wassalam,
Biasanya kesemua rekod para calon akan disimpan oleh SPA. Sekiranya saudari berjaya ke peringkat seterusnya, berterus-teranglah kepada pegawai yang bertanya nanti.
28/07/2009 at 2:54 pm
Wassalam,
Biasanya bagi calon yang mempunyai kelayakan lebih tinggi daripada ijazah sarjana muda dan berpengalaman akan diberikan tangga gaji lebih tinggi dalam gred lantikan M41. Sebagai contoh, bagi calon yang memiliki ijazah sarjana, tangga gaji mereka akan bermula pada P1T4. Berbanding dengan calon yang hanya memiliki ijazah sarjana muda, tangga gaji mereka akan bermula pada P1T1.
Mengenai isu pengalaman, sekiranya bersesuaian dan diluluskan oleh pihak SPA, pelarasan gaji ke tangga gaji yang lebih tinggi boleh dimohon.
29/07/2009 at 8:46 am
Salam, saya akan menghadiri exam PTD 8 Ogos ini. Exam kali pertama.
Saya cuma ingin kan kepastian, betul ke yg seramai 6000 org dipanggil untuk exam, 300 akan dipilih untuk PAC dan cuma 30 akan dipilih menjadi PTD?
please answer, sebab dah jadi tak semangat bila dengar cuma 30 yang akan dipilih.
please respon.
29/07/2009 at 12:13 pm
Wassalam,
Tidak benar. Biasanya yang hadir peperiksaan hanya lebih kurang 10 000 orang. Yang berjaya ke PAC lebih kurang 2000 orang dan yang berjaya untuk ditemuduga ialah lebih kurang 1000 orang. Manakala yang berjaya dilantik bagi setiap urusan lebih kurang 300 ke 400 orang.
Jadi, kuatkanlah semangat. Mana tahu anda termasuk yang berjaya kali ini. Selamat berusaha!
30/07/2009 at 10:16 am
hi…saya akan menduduki peperiksaan ptd pada 8/8/09 ni buat kali kedua?hehe…ade x tips isu semasa apa yang akan keluar untuk essay?
31/07/2009 at 4:30 am
Berapa lamakah tempoh masa seorang PTD kontrak akan diberikan jawatan tetap? Saya telah disahkan jawatan tetapi berminat untuk menjadi PTD dan akan menduduki peperiksaan pada 8hb ini.Tetapi setelah mendapat tahu bahawa jawatan PTD hanyalah secara kontrak, saya merasa ragu-ragu pula. Walaupun meminati jawatan ini, tetapi perlu juga fikirkan masa depan yang cerah kerana telah mempunyai keluarga.
01/08/2009 at 7:26 am
Salam semua… saya pun akan menghadiri exam ptd 8 Ogos ni….for the first time.
Bila baca komen dan pendapat di atas rasa makin nervous nak menghadapi exam tu nanti.Ya Allah kuatkanlah semangat hambamu ini.
En Salehuddin,
Buku ‘Kerjaya sebagai Pegawai Tadbir’/PTD ada di jual tak di kedai buku POPULAR? atau mana2 kedai buku di kawasan Klang…
Bagaimana caranya untuk saya mendapatkan buku tersebut melalui blog ini..? Bolehkah saya bayar menggunakan cimbclicks?
03/08/2009 at 4:01 am
assalamualaikum en. salehuddin. saya juga ada menerima surat menduduki peperiksaan khas ptd pada 8.8.09. saya telah menghadiri ptd pac pada julai lepas. adakah ini bermakna saya gagal dalam pac yang lepas? bilakah panggilan untuk temuduga bagi yg berjaya dlm pac? perlukah saya menunggu panggilan temuduga tanpa mengambil peperiksaan yang baru? saya menyemak didalam laman web spa, yang ada hanyalah peperiksaan ptd dan masih belum ada panggilan temuduga. saya risau kalau sudah terlepas untuk menyemak.
05/08/2009 at 6:37 pm
Salam En Salehuddin,
TQ coz bg tips2 temeduga PTD…sy baru check result PAC PTD semalam n alhamdulillah lulus.dr pengalaman En bl agak2nya sy akan dipanggil temuduga?
05/08/2009 at 6:41 pm
Then satu lg, exam 8/8 ni pun nama sy tersenarai..blh ke sy menduduki exam tersebut walaupun dah lulus PAC n akan ditemuduga??TQ
09/08/2009 at 6:09 am
salam… sekadar bertanya..
Antara Syarat Kenaikan Pangkat:-
1 disahkan dalam jawatan;
2 mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
3 lulus PTK aras 3 atau aras 4; dan
4 diperakui oleh ketua jabatan;
Berapakah biasanya tahap prestasi yang ditetapkan untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam?
09/08/2009 at 10:59 am
Biasanya markah prestasi untuk pertimbangan kenaikan pangkat adalah purata 80% dan ke atas bagi LNPT tiga tahun sebelum.
09/08/2009 at 2:35 pm
hi..
8.8.09 yg lalu sya telah mengikuti exAM PTD. selalunya berapa lama tempoh bagi menunggu keputusan smada lulus ke tak?
tq
10/08/2009 at 9:02 am
Lebih kurang sebulan.
12/08/2009 at 1:43 pm
Assalamualaikum,
Salam hormat kepada En. Salehuddin, saya telah membuat semakan dan mendapati saya telah lulus bagi ujian PAC pada 03/07/2009. Berapa lamakah masa yg perlu diambil bagi ke peringkat seterusnya (temuduga).
14/08/2009 at 3:17 pm
Salam… mohon penjelasan tuan PTD.
Berdasarkan surat daripada Tan Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam MALAYSIA kepada Semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Rujukan JPA(S)K.256/6/27 Klt .2 s.k2 ( 4 )
Bertarikh 3 Julai 2009
Bertajuk : Penetapan Wajaran Markah Prestasi Bagi Urusan Pemangkuan/ Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Awam
Dalam Lampiran A
PANDUAN WAJARAN MARKAH PRESTASI BAGI URUSAN PEMANGKUAN / KENAIKAN PANGKAT
Bil 2. Gabungan Markah LNPT dan Laporan Penilaian Prestasi Khas (LNPK).
Persoalan saya. Berapa peratuskah nilaian yang diterima untuk kenaikan pangkat sekiranya 80% LNPT (3 tahun terakhir) dan 20% LNPK diambil kira.
Harap tuan dapat memberikan penjelasan sewajarnya…
17/08/2009 at 11:57 am
assalamualaikum..
en. salehuddin, alhamdulillah saya lulus dalam ptd pac pada julai yg lepas. Berapa lamakah tempoh untuk panggilan temuduga?
terima kasih.
24/08/2009 at 2:27 pm
to ejay…
saya guna result semasa, dan sbg pelajar thn akhr. abg saya ajar saya mohon sblm hbs bljr.dont worry, setahu sya panggilan ni sebanyk 3 kali.may be next time awk dpt
25/08/2009 at 5:35 am
Salam buat Encik Salehuddin, bt pengetahuan En.Salehuddin, saya telah mendapatkan buku hasil tulisan saudara. Sememangnya byk informasi dan pengetahuan yang diperolehi mengenai sejarah dan tokoh2 serta bidang tugas PTD. Di sini saya mempunyai sedikit kemusykilan yang memerlukan pandangan saudara. Saya telah lulus pre-PAC baru-baru ini. Pada masa sekarang saya menjawat jawatan di dalam kumpulan P&P bertaraf tetap tetapi masih belum disahkan dalam perkhidmatan. Adakah saya mempunyai peluang utk menjawat jawatan ini? Sekian.
17/09/2009 at 2:48 am
Salam Tuan…
Saya kagum dan bangga dengan percapaian Tuan dalam karier Tuan..Tahniah sekali lagi.
Persoalan saya :
a) Tuan, saya baru saja lulus peperiksaan Khas PTD peringkat 1. Apakah peringkat seterusnya setelah lulus peperiksaan tersebut?
b) Berdasarkan maklumat2 yang saya baca di atas, ketika berada di PAC perlu menjalankan aktiviti larian sejauh 2.4 km. Adakah ia wajib? dan apakah signifikan dengan PTD?
MOhon perhatian Tuan, memandangkan saya masih baru dalam usaha menjejakkan kaki dalam dunia kerjaya PTD. Harap dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman daripada Tuan.
Sekian Terima Kasih..
02/10/2009 at 12:35 pm
saya dah bank in duit.. dah seminggu.. tapi tak dapat respon pun lagi daripada penulis..huhuhu.. bz kee.. esok exam PTD ni.. habisla guee…
07/10/2009 at 12:05 pm
Salam.
Saya nak tanya, bolehkah saya mengambil exam untuk kali kedua dalam tahun yg sama?
Adakah saya perlu tggu sehingga tempoh pendaftaran saya tamat dan daftar semula dgn SPA?
Kerjasama tuan adalah sangat dihargai.Terima kasih.
21/10/2009 at 1:15 am
salam alaik…
Terima kasih dan setinggi penghargaan atas kesudian tuan berkongsi maklumat bersama..
saya merupakan graduan 2008 sekarang bekerja sebagai guru sandaran..Sya mendapat panggilan temuduga PTD kontrak lantikan JPA pada 26.10 nanti..soalan saya ialah,
1)Adakah temuduga ini di buata oleh pihak JPA atau spa?
2)Apakah tips2 untuk saya menghadapi temuduga ini..
3) sejauh manakah peluang ptd kontrak lantikan JPA ini untuk diserap tetap?..
Sekian,terima kasih.semoga tuan diberkati dan dilindungi Allah selalu..
28/10/2009 at 12:21 pm
Wassalam,
1. JPA
2. Tip-tip ada diterangkan dalam entri blog sebelum ini.
3. Peluang lantikan kontrak untuk diserap tetap ada.
31/10/2009 at 10:09 am
Salam En Salehuddin
Saya adalah bekas pelajar tajaan KPM gred DG41 yang akan disahkan jawatan. Jika saya ingin bertukar ke M41 (PTD), apakah proses yang perlu saya ambil?..
Adakan saya perlu membayar ganti rugi kontrak biasiswa KPM..
pandangan en bagaimana?
terima Kasih
04/11/2009 at 4:49 pm
terima kasih banyak2 atas maklum bals tuan…semoga terus berjaya..
04/11/2009 at 10:39 pm
Wassalam,
Perlu dapatkan pelepasan daripada Ketua Perkhidmatan (Ketua Pengarah Pelajaran) secara bertulis. Isu ganti rugi perlu dapatkan penjelasan daripada Kementerian Pelajaran.