Aktiviti


Kepada anda, kami ingin mengucapkan:

‘Selamat Tahun Baru 2010′

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini anda akan bertambah ceria, makmur dan bahagia hendaknya.  Kami juga berdoa lebih banyak perkara baik berlaku pada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Kepada anda yang berminat dengan kerjaya sebagai PTD, teruskanlah minat anda dengan membaca blog ini. Semoga ia memberi manfaat anda semua.

Sekian, selamat bertemu di tahun baru.

Baru-baru ini, penulis berkunjung ke rumah jiran. Jiran di hadapan rumah sahaja. Mereka baru berpindah ke situ. Sembang punya sembang, rupanya asal senegeri.  Hendak dijadikan cerita, salah seorang anak lelakinya pernah memohon kerja di suatu syarikat. Kata emaknya, kerja sebagai kru penerbitan dan pengurusan majlis. Antara intipatinya ialah diperlukan menandatangani satu perjanjian dan membayar sejumlah wang sebanyak RM180.00. Wang tersebut diterangkan sebagai wang perlindungan insuran semasa bekerja kelak. Pelik juga. Mengapa calon perlu bayar insuran untuk dapatkan pekerjaan?

Untuk kepastian, penulis meminta untuk melihat perjanjian dan resit bayaran tersebut. Perjanjian dan resit tersebut ditulis dalam Bahasa Inggeris. Memang ada peruntukan dalam perjanjian tersebut bersetuju membayar sejumlah wang. Namun ia disebut sebagai ‘consulting fee’ (yuran khidmat nasihat) dan bukannya ‘insurance fee’ (yuran insuran). Begitu juga dalam resit pembayaran tersebut.

Dalam hati penulis berkata “Tertipu nampaknya makcik ini dan anaknya.” Oleh kerana tidak sampai hati anak beliau ditipu lagi, penulis menerangkan maksud sebenarnya perjanjian tersebut. Terdiam makcik itu. Hemm… yang sedihnya mereka sekeluarga baru sahaja berpindah ke Kuala Lumpur dan telah kematian ketua keluarga (suami makcik tersebut) setahun yang lalu. Kiranya ingin mencuba nasib di ibu kota.

Moral : Cukupkan ilmu dan kemahiran di dada sebelum mencuba nasib di mana-mana.

 

Bagi anda di Melaka pada 22 hingga 23 Disember 2009 ini, suatu program Karnival Kerjaya akan diadakan yang akan disertai oleh SPA.

Antara pengisiannya ialah:

* Taklimat permohonan jawatan ke dalam perkhidmatan awam

- Panduan Ujian Khas Memasuki Perkhidmatan Awam

- Panduan memohon jawatan

- Persiapan menghadiri temu duga

* Khidmat nasihat pengambilan

* Khidmat nasihat peperiksaan

* Tayangan video dan banyak.

Butiran program adalah berikut:

Tarikh : 22 dan 23 Disember 2009

Tempat : Melaka International Trade Centre

Masa     : 10 pagi hingga 4 petang

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, anda boleh klik di sini. Jom kita ke sana.

Di Korea Selatan, seorang wanita berusia 68 tahun akhirnya telah berjaya dalam peperiksaaan bertulis untuk mendapatkan lesen memandu pada percubaan kali ke-950. Berikut adalah fakta ringkas berita:

* Bermula dari bulan April 2005

* Lulus pada  November 2009

* Sebanyak RM14,286.00 telah digunakan

* Markah lulus ialah 60 daripada 100

* Markah yang diperolehi ialah 60

* Sebab mengambil : Perlukan lesen memandu untuk bisnes jual sayurannya

- Sumber : Akhbar The Star (7.11.2009). Berita penuh adalah seperti di bawah.

Motivasi

Separuh Gelas

Apa yang anda dapat lihat dari gambar di atas? Adakah ia:

* mengandungi air separuh gelas? atau

* kosong separuh gelas?atau

* kedua-duanya?

Begitulah gambaran salah satu situasi yang kita hadapi dalam kehidupan ini. Iaitu sama ada kita ingin melihat sesuatu perkara itu dari sudut positif atau sudut negatif. Terpulang kepada kita.

Yang pastinya, lebih ramai orang yang berjaya disebabkan mereka melihat sesuatu perkara itu dari sudut positif. Contohnya wabak H1N1 telah menyebabkan ramai peniaga untung dengan menjual penutup mulut dan hidung.  Kelewatan mendapat pesanan makanan segera telah mencetuskan segmen perniagaan ‘drive-thru’. Penurunan jualan komputer bimbit semasa ekonomi dunia merundum pula mencetuskan fenomena komputer bimbit kecil dipanggil ‘netbook’. Dan sebagainya.

Fikir-fikirlah..

Buat para pengunjung blog ini, penulis ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin”.  Semoga dengan kehadiran Syawal kali ini akan membawa perubahan positif dan tercapainya impian anda.

Sebagai hiburan, sudilah mendengar lagu raya yang malar segar ini.

Di kala ini, ramai calon yang bakal menduduki peperiksaan PTD resah gelisah. Dalam pada itu pula, ramai yang bertanya kepada penulis beberapa isu. Untuk tidak menghampakan harapan mereka, berikut adalah jawapan yang mampu penulis berikan:

Soalan 1 : Bagaimana hendak menjadi diplomat?

Jawapan : Selepas berjaya dilantik menjadi PTD, calon boleh memohon untuk bertugas di Kementerian Luar Negeri atau agensi-agensi kerajaan lain yang mempunyai unit / bahagian antarabangsa. Contohnya di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Soalan 2 : Apakah laluan menjadi PTD sekiranya dari kerjaya sebagai guru / pensyarah?

Jawapan : Isi borang SPA8 seperti di laman web dan pastikan telah disahkan dalam perkhidmatan serta mendapat pelepasan dengan izin daripada ketua jabatan semasa.

Soalan 3 : Bagaimanakah pengambilan PTD sekiranya calon memiliki ijazah sarjana?

Jawapan : Prosesnya sama seperti calon ijazah sarjana muda, namun akan diberikan tangga gaji permulaan yang lebih tinggi iaitu P1T4.

Soalan 4 : Berapa lamakah tempoh kontrak PTD?

Jawapan : Dua tahun selain bergantung kepada terma/syarat kontrak dan polisi semasa.

Soalan 5 : Apakah contoh-contoh soalan peperiksaan PTD?

Jawapan : Buku contoh-contoh soalan peperiksaan PTD yang lengkap telah berada di pasaran. Caranya ialah dengan klik di sini.

Soalan 6 : Apakah contoh-contoh isu-isu semasa?

Jawapan : Antara contoh isu-isu semasa adalah berikut -

a. Kemelesetan ekonomi dunia sekitar tahun 2007-2008.

b. Prestasi bola sepak negara.

c. Siri kejadian tanah runtuh di dalam negara.

d. Penebangan hutan kayu balak yang tidak terkawal.

e.  Budi bahasa rakyat Malaysia.

Soalan 7 : Perlukah hadir peperiksaan jika sudah lulus PAC?

Jawapan : Tidak perlu hadir.

Setelah sekian lama belajar, jika kita perasan terdapati jurang ketara di antara alam persekolahan dan alam kerjaya. Maksud saya dari segi pengetahuan dan kemahiran. Secara ringkasnya mengenai alam kerjaya adalah seperti berikut:

1. Kita akan tahu mana satu pelajaran yang boleh dipraktis.

2. Membuka peluang untuk kita mempelajari perkara baru yang akan digunakan semasa bekerja.

3. Bukan markah peperiksaan yang dikejar, tetapi sama ada kita boleh laksanakan sesuatu tugas atau tidak.

4. Lebih ramai kita kenal orang, lebih mudah urusan kita.

5. Bukan jawapan yang panjang lebar dan meleret yang diperlukan. Cukup sekadar yang perlu sahaja.

6. Lebih banyak mesyuarat akan kita hadiri.

7. Kita tidak punya banyak masa untuk menelaah.

8. Kita akan terikat dengan pelbagai komitmen mengikut watak yang kita pegang.

9. Kemahiran mengurus dan berkomunikasi adalah penting berbanding subjek-subjek lain.

10. Gred peperiksaan kita hanya indikator awal keupayaan kita namun sikap kita semasa bertugas akan menentukan hala tuju kita.

Dan banyak lagi alam kerjaya akan tunjukkan kepada kita. Yang penting apa yang kita boleh pelajari dan jadikan iktibar.

Walau apapun tanggapan umum mengenai PTD, di sebalik keseronokan bertugas, sebenarnya wujud kepayahan dalam kerjaya ini.

Sebagai contoh, bagi PTD yang bertugas di luar negeri, berikut adalah 13  kesusahan yang dialami:

1. Bencana alam dan kesannya di negara bertugas.

2. Pengorbanan dari ahli keluarga dari segi kekurangan kemudahan makanan, minuman, keperluan anak dan sebagainya di negara bertugas.

3. Had lingkungan tempat untuk bergerak bebas.

4. Isu bahasa untuk berkomunikasi.

5. Karenah birokrasi.

6. Tiada peluang bertemu pemimpin sesetengah negara.

7. Ketiadaan sekolah yang sesuai untuk anak-anak.

8. Keperluan berunding dengan kumpulan bersenjata.

9. Risiko terlibat dalam serangan bersenjata terhadap negara bertugas.

10. Kekurangan mendapatkan bekalan perubatan dan makanan akibat sekatan.

11. Berhadapan dengan ramai pejuang agama.

12. Iklim alam yang mencabar dan tidak menentu.

13. Keperluan memiliki ahli keluarga yang memahami keadaan tugasan.

Jadi bagaimana anda? Sanggup menghadapi cabaran tersebut? Jika ya, pohonlah jawatan ini. Peperiksaan untuk memasuki kerjaya ini akan berlangsung tidak lama lagi. Mana tahu, mungkin anda orang yang  diingini oleh perkhidmatan.

Selamat berusaha.

Ribut pasir

Ribut pasir

Perang

Perang

Tsunami

Tsunami

 

 

 

 

Sepanjang bertugas sebagai PTD, sesekali anda akan dijemput menjadi Liason Officer atau singkatannya ialah LO. Tentu sekali ada yang bertanya apa itu Liason Officer? Liason Officer dalam konteks ini sebenarnya bertugas sebagai pegawai pengiring / perhubungan kepada wakil-wakil negara yang datang menghadiri sesuatu program seperti persidangan, mesyuarat dan perbincangan.

Sebagai LO, anda bertanggungjawab menguruskan kelancaran perjalanan wakil negara dari tarikh beliau sampai hingga beliau berlepas pulang ke negara masing-masing. Sebagai contoh, anda perlu menguruskan jadual wakil negara, memastikan kebajikan wakil negara dan mengiringi wakil negara berkenaan. Yang menariknya ialah anda akan dibantu dengan polis, para pegawai Wisma Putra dan diberi kemudahan penginapan, pakaian, kad telefon dan sebagainya. Ketika inilah anda berpeluang mengenali wakil-wakil negara sambil diiringi dengan polis outrider (jadi tiada isu kesesakan jalan raya akan berlaku).

Ketika ini kemahiran berbahasa dan kemahiran pengurusan amat diperlukan bagi memastikan kejayaan program. Banyak lagi perkara yang anda alami jika terpilih menjadi LO ini. Yang pasti, pengalaman tersebut pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Laman Berikutnya »