Bacaan


Pertamanya penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua terhadap buku ‘Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik’. Segala komen dan pandangan anda selama ini telah kami terima untuk memperbaiki mutu buku tersebut. Hasilnya buku tersebut telah dicetak buat kali ketiga oleh penerbit. Banyak peristiwa manis telah penulis alami sepanjang perjalanan menerbitkan buku tersebut. Untaian terima kasih dan kesyukuran kepada Ilahi, ketua jabatan, penerbit, editor, rakan-rakan dan ahli keluarga penulis atas membantu penulis mencapai impian ini.

Keduanya, bagi anda yang berminat memiliki buku tersebut, kini stok baru telah berada di pasaran seluruh negara. Moga dengan kehadiran buku ini mampu  menyediakan diri anda ke arah kerjaya PTD sebagaimana ramai rakan-rakan anda yang lain sebelum ini telah alami.

Akhir sekali bagi anda yang berminat mendapatkan buku ini, anda boleh dapatkan dengan klik di sini. Selamat maju jaya.

Di Korea Selatan, seorang wanita berusia 68 tahun akhirnya telah berjaya dalam peperiksaaan bertulis untuk mendapatkan lesen memandu pada percubaan kali ke-950. Berikut adalah fakta ringkas berita:

* Bermula dari bulan April 2005

* Lulus pada  November 2009

* Sebanyak RM14,286.00 telah digunakan

* Markah lulus ialah 60 daripada 100

* Markah yang diperolehi ialah 60

* Sebab mengambil : Perlukan lesen memandu untuk bisnes jual sayurannya

- Sumber : Akhbar The Star (7.11.2009). Berita penuh adalah seperti di bawah.

Motivasi

Antara soalan popular sebelum temuduga PTD ialah:

Apa pakaian yang sesuai dipakai?

Ini berikutan belum ada garis panduan yang jelas tentang pakaian calon temuduga. Namun bagi memberi idea kepada anda bagaimana para pegawai awam berpakaian, anda boleh  klik di dua laman berikut:

1. Pakaian rasmi

2. Pakaian rasmi alternatif  

Lounge suit

Lounge suit

Mungkin ada yang tertanya-tanya di mana PTD sektor luar negeri akan bertugas. Lebih khususnya lagi  PTD yang bertugas dengan Kementerian Luar Negeri.

Bagi anda yang ingin mengetahui perkara ini, terdapat 104 tempat di seluruh dunia di mana PTD bertugas. Antaranya di Algiers (Algeria), Buenos Aires (Argentina), Perth dan Canberra (Australia), Havana (Cuba), Budapest (Hungary), Pristina (Kosovo), Muscat (Oman) dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di laman web ini.

Dengan begitu banyak tempat bertugas, pastinya anda akan mengalami pelbagai pengalaman baru dan menarik. Mungkin anda boleh membukukan pengalaman anda pula selepas ini.

Musim bunga

Musim bunga

Musim panas

Musim panas

Musim sejuk

Musim sejuk

Musim Luruh

Musim Luruh

Bagi anda yang berminat dengan bidang pengurusan dan kepimpinan, berikut adalah buku-buku terkini yang disyorkan untuk bacaan anda.

1. 5 Minds For The Future – Pengarang : Howard Gardner5 Minds For The Future 2

2. A Sense Of Urgency       – Pengarang : John P. Kotter

3. Lead By Example           – Pengarang : John Baldoni

4. What Were They Thinking – Pengarang : Jefrey Pfeffer

5. The Source of Leadership     – Pengarang : David M. Traversi

Untuk semakan kandungan, anda boleh layari klik pada tajuk-tajuk buku di atas. Selamat membaca.

p.s. Saya sedang membaca buku 5 Minds For The Future. Intipati utamanya ialah pengkelasan lima jenis minda manusia sebagai alat untuk memimpin. Jenis-jenis pemikiran yang dimaksudkan ialah minda berdisiplin, minda bersintesis, minda mencipta, minda beretika dan minda menghormati.

Rasanya ramai sudah mengetahui tentang PTD. Namun seperti penjawat-penjawat awam yang lain, PTD juga perlu melalui Peperiksaan Tahap Kecekapan atau PTK. Jika dilihat akan sukatan peperiksaan dan bahan rujukannya, rasanya mahu menepuk dahi juga dibuatnya.

Bukan senang hendak menjadi senang, kata orang. Tetapi bagi anda yang berminat dengan kerjaya ini, ada baiknya mengetahui sukatan peperiksaan dan bahan rujukan dari awal. Mudah-mudahan dapatlah anda membuat persediaan. Sukatan peperiksaan PTK bagi PTD adalah seperti berikut:

1. PTD Gred M41. Untuk Tahap 1, sila klik di sini. Untuk Tahap 2, sila klik di sini.

2. PTD Gred M44. Sila klik di sini.

3. PTD Gred M48. Sila klik di sini.

4. PTD Gred M52. Sila klik di sini.

5. PTD Gred M54. Sila klik di sini.

Sumber: Laman web www.kompetensi.jpa.gov.my

Jika perasan, semasa kita belajar di sekolah mahupun di universiti, kita tidak didedahkan cara bekerja sebenar di pejabat. Sebagai contoh, walaupun dulu penulis mengambil kursus undang-undang, namun semasa bertugas, undang-undang yang terpakai di pejabat tidak dipelajari semasa universiti. Untuk itu, penulis terpaksa membaca dan bertanya kepada pegawai kanan di pejabat.

Namun kini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh agensi kerajaan untuk mendedahkan cara bekerja di pejabat. Penulis percaya dengan adanya panduan ini, maka proses peralihan dari alam belajar ke alam pekerjaan akan lebih mudah. Ia memuatkan pelbagai topik menarik seperti berikut:

* pengurusan am pejabat

* pentadbiran sumber manusia

* keperibadian dan ketrampilan

* pengurusan perhubungan dengan pelanggan

* sistem penyampaian perkhidmatan

* urusan surat-menyurat

* pengurusan fail

* penyelenggaran, pemuliharaan dan pelupusan rekod

* pengurusan komunikasi dan teknologi maklumat

* inventori dan bekalan pejabat

Jadi bagi yang berminat mendapatkan maklumat ini boleh klik di sini.

google_booksearch2

Kepada yang berminat, anda boleh layari laman Google Book untuk membaca sepintas lalu kandungan buku Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Caranya ialah dengan klik di sini.

Untuk makluman anda, didapati sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa laman web yang menjual e-book panduan permohonan PTD.

Memandangkan tiada maklumat penulis sebenar e-book berkenaan, maka dengan ini dimaklumkan bahawa saya, Salehuddin Md. Dahlan ingin membuat penafian bahawa saya bukanlah penulis ebook berkenaan dan boleh dihubungi dengan emel salehuddin78@hotmail.com sahaja. Justeru penggunaan emel seperti rujukan@gmail.com dan sebagainya bukanlah merujuk kepada saya.

Oleh yang demikian sebarang pembelian, penggunaan serta risiko penerbitan ebook berkenaan adalah dinafikan bagi pihak saya. Sekian, harap maklum.

Julai 2008 TOP 20 Buku Profesional di Alamanda Putrajaya

 

1. Rahsia Bisnes Orang Cina

2. Rahsia Melabur Dalam unit  Amanah

3. Buat Duit Dari Rumah   

4. Hendak Susah Ataupun Senang

5. Kamus Inggeris-Melayu untuk Penterjemah   

6. Teknik Efektif Internet Marketing   

7. Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik    

8. Buat Duit Dengan MLM   

9. Rahsia Bisnes Mamak   

10. Rancangan Perniagaan   

11. Mengurus Konflik   

12. Memotivasi Pekerja   

13. Supaya Poket Tidak Kosong Lagi   

14. Menjadi Jutawan MLM   

15. Kerja Berpasukan   

16. Rahsia Minda Jutawan   

17. Rahsia Orang Kaya Damansara   

18. Kemahiran Memimpin   

19. Duit Banyak Bertambah Banyak   

20. Rahsia Bisnes Orang Jepun

Sumber: www.universitipts.com

Laman Berikutnya »