Pengumuman


Pertamanya penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua terhadap buku ‘Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik’. Segala komen dan pandangan anda selama ini telah kami terima untuk memperbaiki mutu buku tersebut. Hasilnya buku tersebut telah dicetak buat kali ketiga oleh penerbit. Banyak peristiwa manis telah penulis alami sepanjang perjalanan menerbitkan buku tersebut. Untaian terima kasih dan kesyukuran kepada Ilahi, ketua jabatan, penerbit, editor, rakan-rakan dan ahli keluarga penulis atas membantu penulis mencapai impian ini.

Keduanya, bagi anda yang berminat memiliki buku tersebut, kini stok baru telah berada di pasaran seluruh negara. Moga dengan kehadiran buku ini mampu  menyediakan diri anda ke arah kerjaya PTD sebagaimana ramai rakan-rakan anda yang lain sebelum ini telah alami.

Akhir sekali bagi anda yang berminat mendapatkan buku ini, anda boleh dapatkan dengan klik di sini. Selamat maju jaya.

Bagi anda di Melaka pada 22 hingga 23 Disember 2009 ini, suatu program Karnival Kerjaya akan diadakan yang akan disertai oleh SPA.

Antara pengisiannya ialah:

* Taklimat permohonan jawatan ke dalam perkhidmatan awam

- Panduan Ujian Khas Memasuki Perkhidmatan Awam

- Panduan memohon jawatan

- Persiapan menghadiri temu duga

* Khidmat nasihat pengambilan

* Khidmat nasihat peperiksaan

* Tayangan video dan banyak.

Butiran program adalah berikut:

Tarikh : 22 dan 23 Disember 2009

Tempat : Melaka International Trade Centre

Masa     : 10 pagi hingga 4 petang

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, anda boleh klik di sini. Jom kita ke sana.

bendera Malaysia

Buat para pembaca beragama Islam, penulis ingin mengucapkan selamat berpuasa. Semoga kita semua mendapat faedah dan berkat daripadanya.

Buat semua, selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-52. Doa penulis agar negara kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan stabil hendaknya.

Bagi calon-calon temuduga PTD, semoga berjaya dan fikirkan anda boleh. Ini kerana kita semua dilahirkan sebagai juara.

Di kala ini, ramai calon yang bakal menduduki peperiksaan PTD resah gelisah. Dalam pada itu pula, ramai yang bertanya kepada penulis beberapa isu. Untuk tidak menghampakan harapan mereka, berikut adalah jawapan yang mampu penulis berikan:

Soalan 1 : Bagaimana hendak menjadi diplomat?

Jawapan : Selepas berjaya dilantik menjadi PTD, calon boleh memohon untuk bertugas di Kementerian Luar Negeri atau agensi-agensi kerajaan lain yang mempunyai unit / bahagian antarabangsa. Contohnya di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Soalan 2 : Apakah laluan menjadi PTD sekiranya dari kerjaya sebagai guru / pensyarah?

Jawapan : Isi borang SPA8 seperti di laman web dan pastikan telah disahkan dalam perkhidmatan serta mendapat pelepasan dengan izin daripada ketua jabatan semasa.

Soalan 3 : Bagaimanakah pengambilan PTD sekiranya calon memiliki ijazah sarjana?

Jawapan : Prosesnya sama seperti calon ijazah sarjana muda, namun akan diberikan tangga gaji permulaan yang lebih tinggi iaitu P1T4.

Soalan 4 : Berapa lamakah tempoh kontrak PTD?

Jawapan : Dua tahun selain bergantung kepada terma/syarat kontrak dan polisi semasa.

Soalan 5 : Apakah contoh-contoh soalan peperiksaan PTD?

Jawapan : Buku contoh-contoh soalan peperiksaan PTD yang lengkap telah berada di pasaran. Caranya ialah dengan klik di sini.

Soalan 6 : Apakah contoh-contoh isu-isu semasa?

Jawapan : Antara contoh isu-isu semasa adalah berikut -

a. Kemelesetan ekonomi dunia sekitar tahun 2007-2008.

b. Prestasi bola sepak negara.

c. Siri kejadian tanah runtuh di dalam negara.

d. Penebangan hutan kayu balak yang tidak terkawal.

e.  Budi bahasa rakyat Malaysia.

Soalan 7 : Perlukah hadir peperiksaan jika sudah lulus PAC?

Jawapan : Tidak perlu hadir.

BERITA HANGAT

Buat peminat kerjaya sebagai PTD,

Adalah dengan ini diumumkan bahawa buku ‘Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik’ edisi kemas kini 2009 telah berada di pasaran. Antara ciri-ciri menarik kali ini adalah seperti berikut:

* informasi yang dikemas kini selaras dengan perkembangan kerjayacover-buku-ptd-ii

* kulit buku yang ditambahbaik

* font tulisan yang lebih mudah dibaca

dan banyak lagi.

Jadi, kepada yang berminat, anda boleh menyemak senarai pengedarnya di seluruh Malaysia dengan klik di sini atau pesan secara terus dari penulis dengan klik di sini.

p.s. Stok adalah terhad. Siapa cepat, dia dapat.

Mengikut laman web SPA, didapati bilangan calon yang akan ditemuduga pada awal 2009 adalah sebanyak 1575 dengan bilangan kekosongan jawatan hanya 300 tempat.

Ini bermakna lebih kurang 19% sahaja calon yang akan berjaya. Dengan situasi pekerjaan sekarang, maka bertambah sengitlah persaingan kali ini. Semoga berjaya dan selamat berjuang.

p.s. Anda boleh semak statistik tersebut dengan klik di sini.

p.s.s. Dapatkan panduan temu duga melalui buku ‘Panduan Temu Duga PTD’ atau klik di sini.

Untuk makluman anda, didapati sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa laman web yang menjual e-book panduan permohonan PTD.

Memandangkan tiada maklumat penulis sebenar e-book berkenaan, maka dengan ini dimaklumkan bahawa saya, Salehuddin Md. Dahlan ingin membuat penafian bahawa saya bukanlah penulis ebook berkenaan dan boleh dihubungi dengan emel salehuddin78@hotmail.com sahaja. Justeru penggunaan emel seperti rujukan@gmail.com dan sebagainya bukanlah merujuk kepada saya.

Oleh yang demikian sebarang pembelian, penggunaan serta risiko penerbitan ebook berkenaan adalah dinafikan bagi pihak saya. Sekian, harap maklum.

cover-buku-ptd

Buat yang bertanya tentang buku Kerjaya Sebagai PTD,

Sukacita dimaklumkan bahawa buku tersebut sedang diulang cetak oleh penerbit. Difahamkan ia akan siap dalam masa terdekat. Jadi harap bersabar.

p.s.: Senarai kedai yang mengedar buku ini adalah seperti di sini.

Buat calon-calon peperiksaan memasuki PTD pada bulan Ogos 2008 yang lalu, keputusan telah diumumkan secara rasmi oleh SPA Malaysia. Untuk mengetahui keputusan anda, anda boleh klik di sini. Tahniah bagi yang berjaya.

Selepas diumumkan keputusan temu duga PTD baru-baru ini, ramai yang bertanya status PTD lantikan secara simpanan dan kontrak. Pandangan penulis kepada para calon PTD kontrak dan simpanan adalah berikut: tunggu surat atau pengumuman daripada SPA tentang status anda. Di dalam surat atau pengumuman itu nanti akan dimaklumkan butiran yang lebih lanjut. Harapan penulis agar anda dapat bersabar. Mungkin ada sinar pelangi di akhir penantian anda. Semoga berjaya.

Laman Berikutnya »