Peperiksaan


Baru-baru ini, penulis menghadiri suatu pameran kerjaya. Dalam banyak-banyak soalan lazim ditanya ialah :

Kami sudah isi borang, mengapa kami tidak dipanggil bekerja?

Daripada soalan ini, kita boleh mengganggak fikiran orang yang bertanya tersebut. Namun sebagai percambahan fikiran, secara umumnya pihak majikan (tidak kira sektor awam atau sektor swasta) tidak berkewajipan memberikan pekerjaan kepada setiap pemohon. Justeru itu sebarang permohonan atau pengisian borang tidak menjanjikan pekerjaan. Ia hanya salah satu usaha  untuk mendapatkan pekerjaan. Belum tahu berjaya atau tidak.

Yang penting, jika tidak berjaya, kita tidak perlu menyalahkan sesiapa. Barangkali ada kekurangan atau kesilapan di pihak calon. Juga barangkali ada calon yang lebih baik dari calon yang tidak berjaya. Terdapat pelbagai faktor yang   menentukan kejayaan mendapatkan sesuatu pekerjaan. Ataupun barangkali ada perancangan lain yang ditentukan untuk calon berkenaan oleh Yang Maha Berkuasa.

Mana tahu, calon tersebut bakal menjadi usahawan yang berjaya. Atau bakal terpilih untuk jawatan di tempat lain yang lebih baik. Ini kerana tidak semestinya calon yang berjaya dilantik akan berasa bahagia. Contohnya:

1.  Mendapat jawatan yang kurang diminati tetapi layak.

2. Mendapat tempat bertugas yang tidak sesuai dengan jiwanya.

3. Sukar mendapatkan tempat bertugas berdekatan dengan ahli keluarga.

4. Terpaksa bertugas dengan jenis orang yang kurang disukai.

5. Kurang prospek kenaikan gaji atau pangkat.

dan macam-macam lagi.

Justeru itu, apa yang penting redha dan syukur dengan sebarang keputusan yang diperoleh. Tidak semua perkara yang indah seperti dikhabarkan.

Baru-baru ini, penulis berkunjung ke rumah jiran. Jiran di hadapan rumah sahaja. Mereka baru berpindah ke situ. Sembang punya sembang, rupanya asal senegeri.  Hendak dijadikan cerita, salah seorang anak lelakinya pernah memohon kerja di suatu syarikat. Kata emaknya, kerja sebagai kru penerbitan dan pengurusan majlis. Antara intipatinya ialah diperlukan menandatangani satu perjanjian dan membayar sejumlah wang sebanyak RM180.00. Wang tersebut diterangkan sebagai wang perlindungan insuran semasa bekerja kelak. Pelik juga. Mengapa calon perlu bayar insuran untuk dapatkan pekerjaan?

Untuk kepastian, penulis meminta untuk melihat perjanjian dan resit bayaran tersebut. Perjanjian dan resit tersebut ditulis dalam Bahasa Inggeris. Memang ada peruntukan dalam perjanjian tersebut bersetuju membayar sejumlah wang. Namun ia disebut sebagai ‘consulting fee’ (yuran khidmat nasihat) dan bukannya ‘insurance fee’ (yuran insuran). Begitu juga dalam resit pembayaran tersebut.

Dalam hati penulis berkata “Tertipu nampaknya makcik ini dan anaknya.” Oleh kerana tidak sampai hati anak beliau ditipu lagi, penulis menerangkan maksud sebenarnya perjanjian tersebut. Terdiam makcik itu. Hemm… yang sedihnya mereka sekeluarga baru sahaja berpindah ke Kuala Lumpur dan telah kematian ketua keluarga (suami makcik tersebut) setahun yang lalu. Kiranya ingin mencuba nasib di ibu kota.

Moral : Cukupkan ilmu dan kemahiran di dada sebelum mencuba nasib di mana-mana.

 

Salam hormat,

Telah terbit! Buat julung kalinya dipersembahkan buku yang ditunggu-tunggu untuk anda menghadapi peperiksaan PTD. Umum diketahui, peperiksaan khas memasuki PTD sukar untuk dilepasi. Biasanya tidak sampai 10% daripada para calon yang mendudukinya akan lulus. Selain itu, tiada bahan rujukan dan latihan yang khusus boleh dicari. Justeru itu, usaha telah dibuat untuk membantu anda untuk bersedia menghadapi peperiksaan tersebut. Buku ini mampu:

* menyesuaikan anda dengan format soalan

* mendedahkan  anda dengan kepelbagaian bentuk jenis soalan peperiksaan

* memudahkan anda membuat rujukan

* menjimatkan masa dan tenaga anda daripada mencari buku yang sesuai

* memudahkan proses persediaan anda sebelum peperiksaan

* mengurangkan rasa takut menghadapi peperiksaan

* memberikan anda keyakinan menghadapi peperiksaan

* memberikan anda kelebihan berbanding calon-calon lain

dan banyak lagi.

Disediakan mengikut format terkini, buku ini lengkap dengan :

* kelima-lima seksyen soalan peperiksaan:

Seksyen A : Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen C : Pengertian dan Kefahaman Terhadap Esei-Esei

Seksyen D : Esei Bahasa Melayu

Seksyen E : Esei Bahasa Inggeris

 
 
 
 
 

* ratusan soalan

* sesuai untuk latih tubi

* format terkini

* pertama di pasaran

* stok terhad

Jadi tunggu apa lagi? Miliki senaskah sekarang!

Cara-caranya ialah:

1. Kirimkan bayaran ke akaun Maybank sebanyak RM30.00 ke no. akaun 164294279021 (Nur Dzalilah Mohamad Zabidi).

2. Seterusnya, emelkan bukti pembayaran (slip bank in dan sebagainya) beserta nama dan alamat penghantaran ke nurdzalilah@bukuniaga.com.

3. Penghantaran akan dibuat sejurus pengesahan bayaran diterima daripada bank.

4. Caj penghantaran adalah percuma.

Cepat sebelum kehabisan stok lagi.

Di Korea Selatan, seorang wanita berusia 68 tahun akhirnya telah berjaya dalam peperiksaaan bertulis untuk mendapatkan lesen memandu pada percubaan kali ke-950. Berikut adalah fakta ringkas berita:

* Bermula dari bulan April 2005

* Lulus pada  November 2009

* Sebanyak RM14,286.00 telah digunakan

* Markah lulus ialah 60 daripada 100

* Markah yang diperolehi ialah 60

* Sebab mengambil : Perlukan lesen memandu untuk bisnes jual sayurannya

- Sumber : Akhbar The Star (7.11.2009). Berita penuh adalah seperti di bawah.

Motivasi

Masa kini tinggal singkat sahaja untuk menyediakan diri. Apa kata kita tengok senarai semak berikut sebelum menghadirkan diri ke dewan peperiksaan.

1. Sudah membaca dan berlatih untuk kelima-lima seksyen peperiksaan. (Ya/Tidak)

2. Sudah berbincang dengan calon-calon lain akan persediaan masing-masing. (Ya/Tidak)

3. Sudah memiliki slip panggilan peperiksaan dan kad pengenalan. (Ya/Tidak)

4. Sudah memohon cuti bagi yang bertugas pada hari peperiksaan. (Ya/Tidak)

5. Sudah menyiapkan peralatan untuk menjawab peperiksaan. (Ya/Tidak)

6. Sudah mempunyai kaedah untuk sampai ke dewan peperiksaan. (Ya/Tidak)

7. Sudah mengetahui tempat peperiksaan dan melawatnya terlebih dahulu. (Ya/Tidak)

8. Sudah mempunyai teknik dan strategi untuk lulus peperiksaan. (Ya/Tidak)

9. Sudah memastikan tiada halangan untuk hadir ke tempat peperiksaan. (Ya/Tidak)

10. Sudah memaklumkan kepada ibu bapa dan keluarga untuk sama-sama memberi sokongan moral. (Ya/Tidak)

11. Sudah berdoa memohon dipermudahkan urusan peperiksaan. (Ya/Tidak)

Jika anda telah banyak menjawab ‘Ya’, maka anda sudah bersedia.

“Nasib baik hanya berlaku apabila persediaan bertemu peluang”.

Semoga berjaya dan sukses selalu!

Di kala ini, ramai calon yang bakal menduduki peperiksaan PTD resah gelisah. Dalam pada itu pula, ramai yang bertanya kepada penulis beberapa isu. Untuk tidak menghampakan harapan mereka, berikut adalah jawapan yang mampu penulis berikan:

Soalan 1 : Bagaimana hendak menjadi diplomat?

Jawapan : Selepas berjaya dilantik menjadi PTD, calon boleh memohon untuk bertugas di Kementerian Luar Negeri atau agensi-agensi kerajaan lain yang mempunyai unit / bahagian antarabangsa. Contohnya di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Soalan 2 : Apakah laluan menjadi PTD sekiranya dari kerjaya sebagai guru / pensyarah?

Jawapan : Isi borang SPA8 seperti di laman web dan pastikan telah disahkan dalam perkhidmatan serta mendapat pelepasan dengan izin daripada ketua jabatan semasa.

Soalan 3 : Bagaimanakah pengambilan PTD sekiranya calon memiliki ijazah sarjana?

Jawapan : Prosesnya sama seperti calon ijazah sarjana muda, namun akan diberikan tangga gaji permulaan yang lebih tinggi iaitu P1T4.

Soalan 4 : Berapa lamakah tempoh kontrak PTD?

Jawapan : Dua tahun selain bergantung kepada terma/syarat kontrak dan polisi semasa.

Soalan 5 : Apakah contoh-contoh soalan peperiksaan PTD?

Jawapan : Buku contoh-contoh soalan peperiksaan PTD yang lengkap telah berada di pasaran. Caranya ialah dengan klik di sini.

Soalan 6 : Apakah contoh-contoh isu-isu semasa?

Jawapan : Antara contoh isu-isu semasa adalah berikut -

a. Kemelesetan ekonomi dunia sekitar tahun 2007-2008.

b. Prestasi bola sepak negara.

c. Siri kejadian tanah runtuh di dalam negara.

d. Penebangan hutan kayu balak yang tidak terkawal.

e.  Budi bahasa rakyat Malaysia.

Soalan 7 : Perlukah hadir peperiksaan jika sudah lulus PAC?

Jawapan : Tidak perlu hadir.

Antara soalan popular ketika ini ialah:

 “Mengapa saya dipanggil untuk menduduki peperiksaan PTD sedangkan saya telah menjalani PAC?”

Buat pengetahuan anda, inilah peluang yang diberikan kepada semua calon yang belum berjaya dilantik. Walaupun calon telah menjalani PAC, namun keputusannya belum diumumkan.  Justeru itu tidaklah diketahui sama ada calon tersebut berjaya dalam PAC atau tidak. Namun pihak SPA masih bermurah hati memberikan peluang kepada mereka untuk berjaya.

Tetapi jika calon tersebut yakin bahawa beliau pasti lulus PAC yang beliau jalani, terpulanglah padanya untuk menduduki peperiksaan tersebut semula. Harapan penulis, dengan penjelasan ini mampu mendorong kepada yang berminat untuk terus berusaha hingga terpilih. Selamat berusaha!

Sabtu lepas (21.2.2009) telah berlalu peperiksaan khas memasuki PTD.

Penulis percaya ramai calon yang terkejut dengan betapa pantasnya masa berlalu. Dengan lima kertas untuk dihabiskan dalam masa sehari, tentu ramai yang belum pernah mengalaminya.

Biarlah pengalaman yang anda lalui menjadi kenangan manis di kemudian hari.

Esok, maka bermulalah sesi temuduga bagi calon-calon yang berjaya dalam PAC. Mungkin ada yang tidak dapat tidur malam ini. Mungkin ada yang gemuruh, tidak sabar dan pelbagai perasaan melanda.

Bagi anda yang akan menghadiri temuduga, usah risau, usah gentar. Seharusnya anda berbangga kerana berjaya hingga ke tahap ini. Pasti ada sesuatu yang istimewa dalam diri anda yang dilihat oleh para penilai PAC.

Cuma esok, anda harus menunjukkan sekali lagi bahawa anda layak menjawat jawatan PTD di hadapan panel penemuduga.

Bertenanglah.

p.s. Untuk dapatkan lagi tip temu duga, anda boleh dapatkan ‘Panduan Temu Duga PTD’ atau klik di sini.

Bagi anda yang berminat memasuki PTD, kini anda mempunyai dua peluang untuk tahun 2009 ini. Peperiksaan khas memasuki PTD menurut laman web SPA memaklumkan tarikh peperiksaan akan diadakan pada 21.2.2009 dan 8.8.2009. Selamat mencuba.

p.s. Anda boleh semak jadual tersebut di sini.

Semenjak para calon mendapat panggilan menduduki peperiksaan khas pada 21.2.2009 akan datang, maka ramailah yang bertanyakan soalan-soalan panas kepada penulis. Antara lainnya ialah contoh soalan yang akan dikemukakan dalam peperiksaan, buku PTD dan sebagainya. Yang masih takut-takut untuk menduduki peperiksaan tersebut pun ada. Selalunya berkenaan penguasaan Bahasa Inggeris.

Jadi untuk tidak menghampakan para penyoal, berikut adalah jawapan penulis:

1. Tiada soalan bocor kerana ia adalah perkara rahsia dan menjadi suatu kesalahan untuk menyebarkannya. Namun dalam kiriman-kiriman sebelum ini penulis ada memaklumkan bagaimana untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

2. Buku penulis bertajuk ‘Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik’ telah kehabisan stok baik di peringkat penerbit dan penulis. Jika bernasib baik, buku tersebut masih terjual di kedai-kedai buku kecil di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

3. Tiada apa yang perlu ditakutkan dengan peperiksaan khas ini jika anda telah bersedia dan yakin dengan kemampuan masing-masing. Belum cuba belum tahu.

4. Mulai 2009, kesemua lantikan baru PTD adalah bersifat kontrak untuk tempoh tertentu. Selepas itu, jika didapati sesuai, barulah ditawarkan ke lantikan tetap.

Semoga berjaya dan berusahalah.

Laman Berikutnya »