Bandaraya Kuala Lumpur telah mendapat Datuk Bandar yang baru. Menggantikan Y. Bhg. Datuk Ab. Hakim bin Borhan, Y. Bhg. Datuk Ahmad Fuad bin Ismail (gambar) akan menjadi Datuk Bandar ibu negara Malaysia yang kesembilan selama dua tahun.
Beliau yang berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, sebelum ini pernah bertugas di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang. Berpendidikan sarjana pentadbiran dalam bidang Perhubungan Antarabangsa, Universiti Denver, Amerika Syarikat dan ijazah sarjana muda bidang sejarah dari Universiti Malaya. Beliau mula berkhidmat dengan perkhidmatan awam mulai 9 Oktober 1976.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau, anda boleh klik di sini.





