Persediaan Temu Duga PTD

Salah satu persediaan sebelum ditemuduga ialah mengetahui bidang tugas-tugas PTD. Secara ringkasnya bidang tugas PTD adalah seperti berikut:

1. Terlibat dalam pengurusan sumber ekonomi negara seperti tugasan menggubal Rancangan Lima Tahun Malaysia, menggubal Dasar Wawasan Negara dan merancang projek-projek ekonomi negara. Contoh organisasi ialah Unit Perancang Ekonomi.

2. Terlibat dalam pengurusan sumber kewangan negara seperti tugasan merancang dan melaksanakan belanjawan negara, jabatan dan kementerian. Contoh organisasi ialah Kementerian Kewangan.

3. Terlibat dalam pengurusan sumber manusia dan organisasi seperti memilih, melantik dan melatih penjawat awam. Contoh organisasi ialah Jabatan Perkhidmatan Awam.

4. Terlibat dalam perancangan dan pengurusan sosial serta infrastruktur seperti merancang kemudahan jalan raya, pengangkutan awam dan kemudahan kesihatan negara. Contoh organisasi ialah Kementerian Kerja Raya.

5. Terlibat dalam pentadbiran dan pembangunan wilayah, perbandaran, tanah, daerah dan kerajaan tempatan seperti merancang pembangunan tanah di daerah-daerah dan bekerjasama dengan penduduk setempat dalam memajukan komuniti. Contoh organisasi ialah Pejabat Daerah dan Tanah.

6. Terlibat dalam hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri seperti menjalinkan hubungan dua hala dengan negara-negara ASEAN, Eropah dan Timur Tengah sama ada secara ekonomi, politik dan sosial. Contoh organisasi ialah Kementerian Luar Negeri.

7. Terlibat dalam keselamatan dan pertahanan negara seperti penyediaan peralatan persenjataan, askar-askar dan kerjasama dengan pertahanan negara sahabat. Contoh organisasi ialah Kementerian Pertahanan.

8. Terlibat dalam pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi seperti meningkatkan kecekapan sektor awam dengan penggunaan teknologi terkini, memodenkan tatacara pelaksanaan tugasan awam selari dengan kemajuan teknologi maklumat dan memantau pelaksanaan pemodenan tersebut. Contoh organisasi ialah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Begitulah sedikit sebanyak yang boleh dikongsi bersama anda. Semoga berjumpa lagi.

p.s. Dapatkan tip temu duga seterusnya melalui buku ‘Panduan Temu Duga PTD’ atau klik di sini.

Tugas PTD

Ramai bertanya apa tugas PTD. Tugas PTD sebenarnya pelbagai. Secara mudahnya tugas PTD bergantung kepada di mana beliau ditempatkan. Jika di unit kewangan sesebuah jabatan atau kementerian, maka beliau akan mengendalikan urusan kewangan jabatan tersebut. Contohnya pembayaran gaji, pembelian aset jabatan, pembayaran projek dan sebagainya. Begitu juga jika ditempatkan di unit perkhidmatan. Beliau akan mengendalikan urusan pengesahan perkhidmatan, pertukaran lantikan, pemberian taraf berpencen dan sebagainya. Lazimnya akan ada pembantu-pembantu tadbir yang akan membantu. Selepas itu PTD akan membuat semakan dan persetujuan. Bagi PTD yang bertugas di unit antarabangsa atau di Kementerian Luar Negeri, maka mereka akan banyak berurusan dengan pelbagai negara dalam hal-hal seperti program menteri, konvensyen, seminar antarabangsa, lawatan dan macam-macam lagi. Pendek kata, rencam. Sungguhpun begitu, dengan semua perkara ini, maka banyaklah pengalaman dan pengetahuan yang mereka perolehi seperti pengurusan manusia, pengurusan kewangan, pengurusan masa dan daya kepimpinan secara praktikal.

Bekas Menteri Ucap Terima Kasih PTD

Selamat petang,

Dalam kesibukan Pilihanraya Umum, Datuk Seri Effendi Norwawi (gambar) telah menulis artikel yang antara lainnya menghargai tugas para PTD khususnya yang bertugas di Hal Ehwal Kabinet, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri. Antara tugas utama unit tersebut adalah menyediakan minit mesyuarat Kabinet. Beliau berkata,datuk-effendi.jpg

“One of the things that really amazes me, and I think they are our unsung national heroes, is how the cabinet secretariat writes all these incredibly exhaustive, complicated, convoluted discussions and decipher them into logical and accurate minutes (imagine having to make out what’s being said between 31 politicians). And they have to do this in one day. (The minutes must be out by Friday).”

Selain itu, beliau turut memuji Ketua Setiausaha Negara yang juga seorang PTD. Katanya,

“The meeting doesn’t end there. All these ministers (including the PM) conduct post-cabinet meetings usually on the same day after lunch with ministry officials. Cabinet decisions are conveyed to secretaries-general and teams to implement. After that, they are under the watchful eyes of the chief secretary to the government.And believe me, this guy doesn’t miss a thing. And some officers have experienced his displeasure for not living up to his mark. “

Artikel penuh ini boleh dilihat di sini.

Jadi jika anda berminat menjadi PTD, tugasan seperti di atas adalah sebahagian contoh bidang tugas PTD.

p.s. Anda boleh lihat lebih banyak tugas PTD di Bab 13, buku Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Pilihanraya Umum 2008

Salam hormat,spr.jpg

Apa kaitan PTD dengan pilihanraya? Sebenarnya PTD amat rapat dengan pilihanraya. Mengapa saya kata begitu? Jika anda nak tahu, boleh dikatakan jawatan dari Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hingga ke peringkat pengurusannya adalah PTD atau pernah menjadi PTD?

Jawatan-jawatan lain yang dipegang oleh PTD di SPR ialah seperti berikut:

1. Setiausaha

2. Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi)

3. Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan)

4. Ketua-Ketua Penolong Setiausaha

5. Pengarah-Pengarah Pilihanraya Negeri

6. Penolong-Penolong Setiausaha

Merekalah yang menjalankan tugas-tugas di belakang tabir perjalanan pilihanraya negara. Kalau boleh dikatakan ialah ‘unsung heroes’ atau hero-hero yang tidak didendangkan. Harapan kita semoga pilihanraya kali ini akan berlangsung dengan aman dan meriah. Selamat mengundi semua!

p.s. Anda boleh ketahui tugasan PTD di bab 13, buku Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Gelaran Jawatan PTD Semasa Bertugas

Salam mesra,

Setelah anda berjaya dilantik, anda akan ditempatkan di kementerian atau jabatan tertentu. Memandangkan terdapat lebih dari 700 kementerian dan jabatan dalam pentadbiran negara, sudah terdapat beberapa perbezaan. Antaranya ialah gelaran jawatan anda. Bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 anda akan dikenali sebagai gelaran tersebut. Anda nak tahu gelaran jawatan anda nanti?

Gelaran jawatan anda nanti antara lain adalah seperti berikut:

1. Penolong Setiausaha

2. Penolong Pengarah

3. Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela

4. Setiausaha Sulit

5. Pegawai Tadbir

6. Setiausaha Kedua

7. Ketua Canseri

8. Penolong Pegawai Daerah

Jadi jangan terkejut nanti apabila orang ramai dan rakan sepejabat akan memanggil anda dengan gelaran yang disebut tadi. Oklah setakat di sini sahaja kali ini. Jumpa lagi.